Februari 11, 2014

Its a matter of mindset.

Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.

Yes, its a matter of mindset. Itu adalah perkara utama yang menjadi penghalang dan kekuatan kita. Semalam selepas pulang dari library IBFIM, aku hadiri appointment. Seperti biasa berkongsi pandangan dan cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi prospek. Dalam pada masa yang sama, aku belajar tentang pengajaran dan tauladan dari masalah yang dihadapi prospek, so, aku tak perlu ulang kesilapan yang sama dan pada masa yang sama juga menjadi modal untuk aku share panduan dan pengalaman ini dengan prospek yang lain untuk dijadikan contoh.

Ilmu perlu di cari, amal dan kongsi. Ia tidak merugikan, aku percaya bab tu. So, tak perlu risau tentang idea ini di tiru oleh orang lain.

Tentang mindset. Kalau dalam kotak fikiran kita dah set, 'eh i cant do it, eh tak boleh doh, eh macam tipu je, eh poyo lah ko, eh aku takut lah, eh boleh ker macam tu?'

Bagaimana pula bila mindset kita kata 'Yes, i can do it, Yes, insya Allah, Yes, there is a way to solve the problem, Yes, awek tu sure suka aku punya, Yes, aku dah usaha sebaik mungkin, insya Allah pasti ada hikmah kegagalan ini'.

Nampak tak perbezaan tu? So, kalau mindset kita positive, maka kita akan menjadi positive dan sebaliknya.

Point aku nak share tentang mindset ini adalah bila kita dah set dalam fikiran kita boleh melakukan yang terbaik, insya Allah hasilnya pasti baik.

Bagaimana untuk dapatkan dan kekalkan mindset yang baik  ini?

Very good question. Macam ni, ini apa yang aku praktik.

Contoh : Sekiranya aku risau dan nervous nak berdepan dengan prospek A ini, aku akan bayangkan dia adalah kawan baik aku yang sudah lama aku kenal. Aku akan bayangkan dia sangat berminat ingin tahu tentang apa yang nak aku kongsikan ilmu pengurusan kewangan. Aku akan bayangkan dia suka bercakap dengan aku.

So, bila aku dah set fikiran positive, untuk langkah seterusnya ia menjadi mudah. TAPI, janganlah ko set awal2 to the point 'aku sure gagal-lah' nak bercakap dengan prospek ini hanya kerana prospek adalah seorang Dato'

Ini pengalaman sebenar aku, disebabkan Dato' ini lewat hadir temu janji, aku boleh sound dalam bahasa sopan.. 'Dato' , saya minta maaf waktu temu janji saya bersama Dato' sudah selesai, saya ada 2 lagi appointment yang perlu saya hadir dengan menepati masa. Izinkan saya minta diri dan boleh kita set masa appointment kita esok jam 11am di office Dato' ?

Dato' tu terdiam dan menjawab, I'm sorry and okay. Alhamdulillah, sekarang ini Dato' tersebut adalah salah seorang clients aku dalam projek IT. Lepas ni aku nak slowly approach dia jadi client Takaful aku pula. Insya Allah.

Okay, dah hampir jam 6 pagi, lets prepare for Solat Subuh.

Have a good day!



Tiada ulasan: