Februari 04, 2014

Penyakit Spesifik

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Internet

Blue circle for diabetes



Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus.

Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :
  • Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
  • Diabetes Mellitus
  • Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
  • Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
  • Hernia, buasir atau fistula
  • Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
  • Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia wujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan insuran atau takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi > 90 hari bagi setiap perjalanan.

Tiada ulasan: