Februari 25, 2014

Bersusah-Susah Dahulu, Bersenang-Senang Kemudian

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Pengalaman Peribadi

Alhamdulillah. Rezeki dari Allah yang Maha Kaya, Maha Mengasihi. Maha Bijaksana.


Bulan ini agak sibuk dengan persediaan dan ulang kaji paper Cert Malaysian Insurance Institute (CMII), hadir kelas setiap hari sabtu di Wisma Sime Darby hingga bulan April.

Penting untuk aku lulus paper ini untuk lengkapkan Diploma MII. May 2014 pula Insya Allah jika tiada halangan, selepas tamat paper CMII, aku akan sambung pengajian paper Islamic Financial Planner (IFP) di IBFIM, Kuala Lumpur.

Ini adalah pelaburan penting pada aku, ia akan membantu aku pergi lebih jauh di dalam bidang pengurusan kewangan Islam. Insya Allah.

Selain itu, pelbagai perkara positve & negative berlaku kebelakangan ini. Hopefully ia tidak melemahkan semangat. Aku pasti Allah ada sesuatu yang istimewa yang hendak berikan kerna setiap musibah, masalah itu ada hikmah dan rahsianya. Sabar.

Jumaat lepas aku terlibat secara tidak langsung perbincangan dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, tentang projek Pilot LZS kerjasama dengan ejen Takaful sebagai ejen pemungut Zakat. Aku mencadangkan kepada En Iswaruddin dan Puan Rozy untuk membuat perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan Al Isra Associates SB. Aku percaya pihak Al Isra pasti dengan hati terbuka memberikan kerjasama, kerna ini adalah satu peluang yang sangat baik membantu menjalankan kerja amal melibatkan Zakat, ia juga salah satu cabang pengurusan kewangan Islam. Alhamdulillah, aku dah sampaikan maklumat ini kepada Tn Hj Abd Aziz Riadi (direct Agensi Manager aku).

Okay, seperkara lagi. Aku juga terlibat menguruskan pengurusan penjualan Land & Property di PUSU Heights, UIAM Gombak. Dan juga sedang menguruskan 2 potencial clients urusan pinjaman dan pembelian perumahan mengunakan Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Alhamdulillah, peluang demi peluang Allah bukakan pintu untuk aku terus belajar.

Alhamdulillah, thank you, Allah

Khaidir Zakaria


Tiada ulasan: