September 19, 2015

Panduan Permohonan Visa Umrah

Nota Panduan Permohonan Visa Umrah Ini Untuk Rujukan Bakal Jemaah Umrah 


Kesemua dokumen penting di bawah ini perlu diserahkan kepada pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, 45 hari sebelum hari penerbangan. Bagi pakej bulan Ramadhan, dokumen perlu diserahkan 45 hari sebelum 1 Ramadhan. Dan menghadiri kursus Umrah 30 hari sebelum tarikh penerbangan.

Tertakluk kepada pindaan dan peraturan Kedutaan Arab Saudi dari masa ke semasa

malaysia-airlines
Malaysia Airlines

  • Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Rujuk Cerai dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negara) berserta surat izin (Letter of Consent) dari Suami atau Bapa yang disahkan oleh Persuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra; 
  • Surat beranak sebagai bukti pertalian mahram / kad pengenalan mahram;
  • Salinan sijil kelahiran bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan dibawah umur 18 tahun yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra;
  • Pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan; 
  • Buku suntikan Meningitis ACYW-135 / surat pengesahan rekod kesihatan daripada Doktor Kerajaan atau Swasta;
  • 4 keping gambar berukuran 4cm x 6cm latar belakang berwarna putih, bagi wanita wajib bertudung hitam atau gelap manakala lelaki tanpa songkok atau kopiah;
  • Surat kuasa Mahkamah Syariah / Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak) yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan wanita yang berumur 45 tahun keatas dan pergi berseorangan tidak memerlukan dokumen mahram.

Rujukan i-UMRAH Jabatan Wakaf Zakat dan Haji

Nota Penting (Edisi Kemas Kini)

  • Pastikan salinan sijil nikah jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. (Semua salinan sokongan mesti-lah dalam keadaan bersih dan jelas);
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami isteri, anak dan bapa, adik-beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi;
  • Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian perlu disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam Bahasa Inggeris sahaja;
  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh dibuat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk dan Cerai sahaja;
  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh dibuat di ibu pejabat JPN negeri-negeri atau mana-mana cawangan.

September 10, 2015

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Adab Dalam Berdoa

Sebelum aku bercerita tentang panduan mengerjakan solat sunat hajat, aku nak share tentang adab dalam berdoa. Nota ini sebahagiannya aku rujuk dari buku Himpunan Doa Mustajab dari Al Quran & Hadis dan juga nota kuliah Maghrib di surau. Jika ada kesalahan dan kesilapan dalam nota ini, mohon memberi teguran dengan niat untuk kebaikan dan kerana Allah.


3 Tip penting adab dalam berdoa

  1. Di mulai dengan memuji nama Allah dan selawat nabi, juga diakhiri dengan keduanya. 
  2. Jangan berdoa kepada Allah disertai perbuatan maksiat yang tak henti-hentinya.
  3. Menghadap ke arah kiblat, dan mengangkat kedua tangan di arahkan ke langit dan berdoalah dengan rendah hati dengan suara yang lembut, menyatakan adanya keperluan terhadap Allah bukan sekadar dengan bahasa yang fasih sahaja tanpa menghayati maksud kandungannya.

Solat Hajat


Bila kita mahu mengusahakan sesuatu perkara, selain memohon restu ibu bapa, digalakkan kita menunaikan solat hajat dengan niat memohon pertunjuk dan moga diperkenaankan oleh Allah. 
  1. Berwuduk dengan sebaik-baiknya dan kemudian solatlah. Bilangan rakaat adalah 2 atau hingga 12 rakaat.
  2. Lafaz niat : Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
  3. Selesai solat, duduk dengan sopan dan baca-lah istighfar “Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya ”.
  4. Diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. “Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”.
  5. Sujud dan perbanyakkan ucap - “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”.

Doa Solat Hajat


“Tiada  tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Penyabar dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Ya Allah, Yang Maha Pengasih di antara sekian yang Maha Pengasih”

September 09, 2015

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi




Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  • Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  • Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  • Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber Rujukan

September 08, 2015

Awalnya, Semua Begitu Indah

Bagaimana Deklarasi Harta Sepencarian Dapat Membantu Pasangan Suami Isteri? 


Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Isu tuntutan Harta Sepencarian selepas perceraian atau kematian pasangan suami-isteri menjadi isu kritikal yang jarang dibincangkan secara terbuka. Masih ramai dikalangan kita yang kurang pendedahan tentang prosidur tuntutan, pengagihan dan perancangan awal pengurusan harta hasil usaha dan sumbangan dalam membina perniagaan dan pendapatan bersama ini. 

Lebih membimbangkan pada mereka (segelintir suami) yang berpoligami dan menafikan pula hak isteri-isteri yang banyak membantu. Kita semua tahu isteri menerima 1/8 hak faraid dari bahagian harta peninggalan si suami. 

So, bagaimana untuk kita secure bahagian agihan lebih dari 1/8 ? 

Bagaimana dengan harta hasil usaha sama dalam membina rumah tangga dan juga perniagaan seperti contoh kisah Shahir dan Iris Damia dalam Slot Ratu Cinta Iris ?

Kami menawarkan khidmat menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian bagi mengatasi masalah diatas dan ia melindungi hak bahagian suami dan isteri sekiranya berlaku poligamikematian atau perceraian di antara mereka.


Tip Deklarasi Harta Sepencarian


Berikut adalah senarai dokumen dan perkara yang di perlukan dalam membuat Deklarasi Harta Sepencarian.
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami dan isteri berserta salinan sijil nikah dan bukti pemilikan harta 
  • Untuk yang monogami dan yang berpoligami, semua isteri mestilah hadir sama bersetuju dengan pengagihan dan hasrat dibuat dengan rela hati
  • Senarai Harta Alih
  • Senarai Harta Tak Alih
  • Fi permohonan tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tidak dapat diteruskan atau dibatalkan
  • Fi Pentadbiran Harta Pusaka adalah dikira berdasarkan kepada nilai pasaran harta ketika Probet dikeluarkan

Hubungi kami hari ini untuk urusan (click) temujanji khidmat nasihat dan perbincangan lanjut. 

Terima kasih

Khaidir Zakaria
011-3292 8711 
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

September 06, 2015

Panduan Menyediakan Wasiat di as-Salihin Trustee Berhad

buat wasiat dan hibah di as-salihin-trustee-berhad

Ini adalah nota ringkas prosidur yang biasa di praktik dan panduan menyediakan wasiat di as-Salihin Trustee Berhad. IEP atau Islamic Estate Planner akan mengenal pasti beberapa perkara seperti di bawah semasa fact-finding prospek. Hasrat si pewasiat mesti-lah mematuhi hukum syarak dan tidak melanggar undang-undang. Si pewasiat hendak-lah dalam keadaan waras, bercakap benar, bertanggung-jawab dan tidak menyembunyikan fakta-fakta penting.


Langkah 1

  • Memastikan pewasiat adalah beragama Islam. 
  • Mengenali status pewasiat sama ada berkeluarga/bujang/janda/duda/monogami/poligami/anak angkat/anak OKU atau mualaf.
  • Mendapatkan maklumat lengkap butiran peribadi pewasiat.
  • Melantik Pentadbir / Wasi. 

Langkah 2

  • Melantik penjaga (jika ada anak kandung minor di bawah umur 18 tahun).
  • Hanya perlu diisi oleh pewasiat lelaki.

Langkah 2A

Mendapatkan persetujuan pewasiat untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian / Perjanjian Aset Perolehan Bersama bagi suami-isteri (monogami & poligami) yang menyumbang usaha, idea, tenaga dan duit dalam pengumpulan harta bersama di sepanjang perkawinan yang sah.


Langkah 3

  • Menyenaraikan semua ahli waris faraid pewasiat (suami/isteri/anak/adik-beradik termasuk ibu bapa, jika ada).
  • Mendapatkan nama penuh ahli waris mengikut kad pengenalan beserta no talian telefon semasa untuk dihubungi.

Langkah 4

  • Menyenaraikan keterangan aset, benefisiari dan bahagian % pengagihan harta alih dan harta tak alih.
  • Menyenaraikan keterangan semasa HUTANG / LIABILITI seperti Personal Loan, PTPTN, Home Loan, Credit Card Loan, pinjaman perniagaan dan lain-lain.
  • Mengenal pasti cara pengagihan harta si pewasiat sama ada mengikut cara sama rata, faraid atau muafakat.
  • Menamakan ahli bukan waris dengan 1/3 bahagian, jika ada. 
  • Bagi rumah kediaman dan harta-harta komersial, nyatakan alamat dan nombor hak milik.
  • Bagi tanah nyatakan nombor hak milik tanah dan lokasi.
  • Bagi akaun bank - nyatakan cawangan bank dan no. akaun jenis akaun dan tidak perlu nyatakan nilai dalam akaun.
  • Nyatakan no polisi Takaful Keluarga.
  • Nyatakan no rujukan ASB, KWSP, Tabung Haji, Saham, no. ahli koperasi, Safe Deposit Box, dan lain-lain. 

Langkah 5

  • Mendapatkan kebenaran pewasiat untuk kuasa tambahan Wasi untuk membayarkan zakat, kaffarat, haji dan fidyah puasa.
  • Menyediakan surat pesanan terakhir si pewasiat kepada waris.
  • Memaklumkan kepada pewasiat bahawa kesemua waris fardu akan menerima lebihan / baki / semua harta dalam jumlah yang sama -- tertakluk kepada persetujuan semua ahli waris selepas kematian si pewasiat.

Langkah 6

  • Menentukan dan menyenaraikan aset khas untuk melangsaikan hutang si pewasiat. (Contoh: Gunakan duit dari pampasan Takaful Hayat atau jual rumah di Bangsar untuk langsaikan hutang XYZ).

Rumusan : Isi Kandungan Dokumen Wasiat Akhir as-Salihin Trustee Berhad

  • Perlantikan Pelaksana Wasiat iaitu Wasi
  • Perlantikan Penjaga Harta bagi anak dibawah umur
  • Klausa penyelesaian hutang dan perbelanjaan si pewasiat
  • Klausa pemberian harta pusaka
  • Perbentukan Amanah dalam wasiat
  • Klausa baki Harta yang tidak di isytihar
  • Arahan-arahan tambahan
  • Pesanan terakhir si pewasiat

Supporting document yang diperlukan:

  • Salinan I/C / Kad Pengenalan (Original Sighted)
  • Salinan Sijil Nikah ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Salinan Sales and Purchase Agreement ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Deposit / Commitment Fees untuk memulakan kerja deraf dokumen Wasiat.


Semoga panduan menyediakan Wasiat ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Untuk pertanyaan dan urusan perdaftaran ;

Sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711 untuk urusan temu janji dan maklumat lanjut. Atau, sila booking temu janji secara atas talian di sini, klik >> Daftar Temu janji <<

Wallahu a'lam