September 19, 2015

Panduan Permohonan Visa Umrah

Nota Panduan Permohonan Visa Umrah Ini Untuk Rujukan Bakal Jemaah Umrah 


Kesemua dokumen penting di bawah ini perlu diserahkan kepada pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, 45 hari sebelum hari penerbangan. Bagi pakej bulan Ramadhan, dokumen perlu diserahkan 45 hari sebelum 1 Ramadhan. Dan menghadiri kursus Umrah 30 hari sebelum tarikh penerbangan.

Tertakluk kepada pindaan dan peraturan Kedutaan Arab Saudi dari masa ke semasa

malaysia-airlines
Malaysia Airlines

  • Salinan sijil nikah yang telah disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Rujuk Cerai dan Wisma Putra (Kementerian Luar Negara) berserta surat izin (Letter of Consent) dari Suami atau Bapa yang disahkan oleh Persuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra; 
  • Surat beranak sebagai bukti pertalian mahram / kad pengenalan mahram;
  • Salinan sijil kelahiran bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan dibawah umur 18 tahun yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra;
  • Pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dan masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan; 
  • Buku suntikan Meningitis ACYW-135 / surat pengesahan rekod kesihatan daripada Doktor Kerajaan atau Swasta;
  • 4 keping gambar berukuran 4cm x 6cm latar belakang berwarna putih, bagi wanita wajib bertudung hitam atau gelap manakala lelaki tanpa songkok atau kopiah;
  • Surat kuasa Mahkamah Syariah / Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak) yang telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan wanita yang berumur 45 tahun keatas dan pergi berseorangan tidak memerlukan dokumen mahram.

Rujukan i-UMRAH Jabatan Wakaf Zakat dan Haji

Nota Penting (Edisi Kemas Kini)

  • Pastikan salinan sijil nikah jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. (Semua salinan sokongan mesti-lah dalam keadaan bersih dan jelas);
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami isteri, anak dan bapa, adik-beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi;
  • Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian perlu disahkan oleh JPN dan Wisma Putra;
  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam Bahasa Inggeris sahaja;
  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh dibuat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk dan Cerai sahaja;
  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh dibuat di ibu pejabat JPN negeri-negeri atau mana-mana cawangan.

Tiada ulasan: