April 30, 2014

Field Study Trip - MAS

Mengimbau kembali pengalaman lawatan sambil belajar di Malaysia Airline System - MAS pada bulan April , 2013 bersama rakan industri Insuran & Takaful yang dianjurkan oleh Malaysian Insurance Institute (MII).

Bersama rakan industri insuran & takaful di Hangar 6, Malaysia Airlines, A380, KLIA, Sepang.

April 17, 2014

Charity Drive: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Komuniti & Sukarelawan

Bismillah.


Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas


Insya Allah, saya akan terlibat menguruskan CSR seterusnya ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas yang terletak di Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada 1 June, 2014 (Ahad).

Charity drive ini, bakal di sertai dari kelab pemotoran Kelab Alfisti Malaysia, Volvo Enthusiast Club Malaysia, sukarelawan bebas dan terbuka kepada mereka yang ingin turut serta.

Diantara pengisian aktiviti pada hari tersebut adalah dengan aktiviti makan tengah hari bersama, sesi pemberian hadiah kepada setiap warga tua, pemeriksaan kesihatan dan beberapa aktiviti lain yang dalam perancangan.

Kepada mereka yang ingin membuat lawatan peribadi atau ingin menganjurkan lawatan kebajikan bersama persatuan masing-masing boleh menghubungi pengurus rumah jagaan tersebut iaitu Pn Muji Binti Sulaiman di talian 012 243 3743. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi saya di talian +6011 3292 8711.

Alamat :

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Lot 3530, Jalan Besar, Batu 9, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

Maklumat Tambahan : Soal & Jawab


Apakah bentuk sumbangan yang diperlukan ?

Semua jenis bentuk sumbangan di terima. Buat masa ini, sumbangan seperti kerusi roda yang boleh di bawa mandi (Shower Wheelchair), Sabun Mandi Cecair Dettol, Pampers Dewasa Size L dan Sabun Basuh Pakaian sangat di perlukan. ( updated 10/11/2014)

Waktu Melawat ?

Waktu melawat yang sesuai adalah dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Boleh juga membawa anak-anak anda hadir bersama. Warga emas ini sangat suka kehadiran anak-anak kecil. 

Rumah Kebajikan Orang Tua


Update : 

Perjalanan akan bermula dari


Masjid Perdana Putrajaya (via Persiaran Perdana) berkumpul pada jam 9 pagi dan kita menjangka akan tiba Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada jam 10 pagi (selepas ditambah tolak waktu menunggu dan sebagainya, so guys, please be punctual.)

Laluan lengkap seperti di google maps dibawah.


Lihat Peta yang Lebih Besar

Terima kasih

Penafian : Khaidir Zakaria adalah sukarelawan bebas dan tidak terikat dengan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas. Beliau sedia membantu dari sudut menyediakan maklumat yang anda perlukan. 

April 16, 2014

Keperluan dan Rancangan

Memahami Keperluan dan Keutamaan Dalam Merancang 


Masih ramai yang kurang jelas tentang kepentingan perlindungan kewangan dengan menyumbang dalam pelan Takaful. 

Fungsi takaful itu luas dan pelbagai. Ia boleh membantu kita dari segi :


  • Pendidikan
  • Persaraan
  • Perniagaan
  • Kos Pembiayaan Perubatan
  • Pengurusan Perlindungan Perumahan
  • Pengurusan Hutang


dan 

Rancang-lah ia berdasarkan keperluan dan keutamaan untuk masa hadapan ahli keluarga kita.

April 03, 2014

Bijak Mengurus Wang

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Buku Bijak Mengurus Wang

Salah faham orang Melayu kita berhubung perlindungan takaful atau 'insurans' ialah ia bukan perkara yang fikirkan penting atau harus didahulukan. Manfaat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini dipandang remeh berbanding pengumpulan harta yang berbentuk fizikal.



Itulah sebabnya ramai orang Melayu, apabila dilanda musibah sama ada menghidap penyakit kritikal atau perlu kepada pembedahan, terpaksa membuat rayuan mengutip derma menerusi media massa, di televisyen atau radio.

Tidak terkecuali dalam kalangan artis veteran berlaku sedemikian. Seandainya mereka merancang sementara masih berkarya dan mampu memiliki kehidupan mewah untuk mengambil perlindungan takaful, sudah pasti keadaan di masa susah ini lebih mudah dilalui.

Konsep create and save atau mulai dan menabung adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada produk takaful. Apabila anda mulai melanggan takaful diri atau keluarga, tabungan anda sudah mulai dibina. Jika jumlah maanfaat diambil adalah RM100,000 jadi jumlah inilah yang tersedia untuk waris apabila berlaku kematian. Katakanlah setelah mengambil polisi selama satu tahun dan musibah melanda. Anda baru mencarum RM1,200 tetapi manfaat yang diterima oleh waris anda adalah RM100,000.

Jika anda perlu menyasarkan dana sebanyak RM100,000 dengan kemampuan tabungan anda hanya RM100 sebulan, anda akan berjaya mengumpul hanya RM 1,267.03 (dengan andaian pulangan 10% setahun) dalam tempoh satu tahun. Jumlah ini pasti tidak mencukupi untuk menyara hidup waris yang ditinggalkan. Jumlah RM100,000 yang sudah tersedia untuk waris akibat pengambilan perlindungan diri yang awal pasti boleh menampung kos sara hidup waris untuk tempoh yang lebih lama.

Di copy & paste dari Buku Hajah Rohani, page 198, untuk rujukan bersama.