April 17, 2014

Charity Drive: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Komuniti & Sukarelawan

Bismillah.


Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas


Insya Allah, saya akan terlibat menguruskan CSR seterusnya ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas yang terletak di Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor pada 1 June, 2014 (Ahad).

Charity drive ini, bakal di sertai dari kelab pemotoran Kelab Alfisti Malaysia, Volvo Enthusiast Club Malaysia, sukarelawan bebas dan terbuka kepada mereka yang ingin turut serta.

Diantara pengisian aktiviti pada hari tersebut adalah dengan aktiviti makan tengah hari bersama, sesi pemberian hadiah kepada setiap warga tua, pemeriksaan kesihatan dan beberapa aktiviti lain yang dalam perancangan.

Kepada mereka yang ingin membuat lawatan peribadi atau ingin menganjurkan lawatan kebajikan bersama persatuan masing-masing boleh menghubungi pengurus rumah jagaan tersebut iaitu Pn Muji Binti Sulaiman di talian 012 243 3743. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi saya di talian +6011 3292 8711.

Alamat :

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Lot 3530, Jalan Besar, Batu 9, Kampung Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

Maklumat Tambahan : Soal & Jawab


Apakah bentuk sumbangan yang diperlukan ?

Semua jenis bentuk sumbangan di terima. Buat masa ini, sumbangan seperti kerusi roda yang boleh di bawa mandi (Shower Wheelchair), Sabun Mandi Cecair Dettol, Pampers Dewasa Size L dan Sabun Basuh Pakaian sangat di perlukan. ( updated 10/11/2014)

Waktu Melawat ?

Waktu melawat yang sesuai adalah dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Boleh juga membawa anak-anak anda hadir bersama. Warga emas ini sangat suka kehadiran anak-anak kecil. 

Rumah Kebajikan Orang Tua


Update : 

Perjalanan akan bermula dari


Masjid Perdana Putrajaya (via Persiaran Perdana) berkumpul pada jam 9 pagi dan kita menjangka akan tiba Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas pada jam 10 pagi (selepas ditambah tolak waktu menunggu dan sebagainya, so guys, please be punctual.)

Laluan lengkap seperti di google maps dibawah.


Lihat Peta yang Lebih Besar

Terima kasih

Penafian : Khaidir Zakaria adalah sukarelawan bebas dan tidak terikat dengan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas. Beliau sedia membantu dari sudut menyediakan maklumat yang anda perlukan. 

Tiada ulasan: