Disember 11, 2014

Shopping Buku Big Bad Wolf Book Sale 2014

Dah pergi The Big Bad Wolf Book Sale ? Kalau belum moh lerrr, banyak buku-buku yang bagus dan menarik untuk di beli dengan harga yang begitu berpatutan. Last day 21 December 2014, 11:59PM (Selasa).



Tip ke Big Bad Wolf Book Sale 2014

1. Ruang parking agak sesak, datang awal. Kos Parking RM3 - RM4 per entry. Boleh turun di Stesen Serdang Komuter, perjalanan dalam 25 minit dari Stesen berjalan kaki ke dewan buku.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa, bawa beg sandang dan mineral water.

3. Kalau bawa anak, awasi anak-anak jangan biarkan berseorangan.

4. Luangkan masa dalam 2 ke 5 jam, ada banyak pilihan buku yang berharga dari RM2, RM6, RM8, RM10 dan ke atas sebuah buku. So, plan your budget dan masa wisely. ;)

5. Ruang dalam dewan buku luas dan tersusun mengikut genre.

6. Ia di buka selama 24 jam sehari ! Dan berakhir pada jam 11:59 malam 21/12/2014. Jom, jangan lepaskan peluang !

7. Bila dah ambil buku tu dan kalau ada buku yang tak jadi di beli, susun dan letak-lah di tempatnya semula dengan kemas dan bersih yer. Kita 'ulat buku' yang pembersih-kan ? ;)

Bagaimana nak ke #BigBadWolfBooks ? Okay, jom follow peta di bawah. Hopefully you guys tak sesat.

Rujuk di sini juga untuk maklumat penuh dari webpage BBWB.

Share-lah pengalaman you all juga bersama kami yer di ruang komen di bawah.

Terima kasih

Panduan Pendaftaran Haji

Panduan Pendaftaran Haji Melalui Penyata Akaun KWSP



Bangunan KWSP Jalan Raja Laut


Untuk makluman, untuk melakukan pendaftaran haji, jumlah simpanan akaun Tabung Haji perlu ada sekurang-kurangnya RM 1300.00. 

Dimaklumkan juga, selain itu, Tabung Haji juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran haji menggunakan penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pendaftaran haji melalui KWSP boleh dilakukan di kaunter


  • Cawangan Tabung Haji (TH);
  • Uniteller Tabung Haji iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat.


Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji KSWP

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Mempunyai akaun KWSP dan ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dalam Akaun 1 KWSP
  • Mempunyai akaun Tabung Haji
  • Berusia bawah 55 tahun
  • Pendaftaran haji kali pertama
  • Tidak muflis


Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji KWSP

  • Kad Pengenalan / MyKad.
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini.
  • Buku Akaun Simpanan Tabung Haji (Bagi pendaftaran di Bank Islam dan Bank Rakyat).
Pendaftaran haji secara online boleh dilakukan di Portal MyTaha mahupun melalui perkhidmatan Maybank2U.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC

Sumber : Lembaga Tabung Haji