April 03, 2014

Bijak Mengurus Wang

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Buku Bijak Mengurus Wang

Salah faham orang Melayu kita berhubung perlindungan takaful atau 'insurans' ialah ia bukan perkara yang fikirkan penting atau harus didahulukan. Manfaat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini dipandang remeh berbanding pengumpulan harta yang berbentuk fizikal.



Itulah sebabnya ramai orang Melayu, apabila dilanda musibah sama ada menghidap penyakit kritikal atau perlu kepada pembedahan, terpaksa membuat rayuan mengutip derma menerusi media massa, di televisyen atau radio.

Tidak terkecuali dalam kalangan artis veteran berlaku sedemikian. Seandainya mereka merancang sementara masih berkarya dan mampu memiliki kehidupan mewah untuk mengambil perlindungan takaful, sudah pasti keadaan di masa susah ini lebih mudah dilalui.

Konsep create and save atau mulai dan menabung adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada produk takaful. Apabila anda mulai melanggan takaful diri atau keluarga, tabungan anda sudah mulai dibina. Jika jumlah maanfaat diambil adalah RM100,000 jadi jumlah inilah yang tersedia untuk waris apabila berlaku kematian. Katakanlah setelah mengambil polisi selama satu tahun dan musibah melanda. Anda baru mencarum RM1,200 tetapi manfaat yang diterima oleh waris anda adalah RM100,000.

Jika anda perlu menyasarkan dana sebanyak RM100,000 dengan kemampuan tabungan anda hanya RM100 sebulan, anda akan berjaya mengumpul hanya RM 1,267.03 (dengan andaian pulangan 10% setahun) dalam tempoh satu tahun. Jumlah ini pasti tidak mencukupi untuk menyara hidup waris yang ditinggalkan. Jumlah RM100,000 yang sudah tersedia untuk waris akibat pengambilan perlindungan diri yang awal pasti boleh menampung kos sara hidup waris untuk tempoh yang lebih lama.

Di copy & paste dari Buku Hajah Rohani, page 198, untuk rujukan bersama.

Tiada ulasan: