September 10, 2015

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Adab Dalam Berdoa

Sebelum aku bercerita tentang panduan mengerjakan solat sunat hajat, aku nak share tentang adab dalam berdoa. Nota ini sebahagiannya aku rujuk dari buku Himpunan Doa Mustajab dari Al Quran & Hadis dan juga nota kuliah Maghrib di surau. Jika ada kesalahan dan kesilapan dalam nota ini, mohon memberi teguran dengan niat untuk kebaikan dan kerana Allah.


3 Tip penting adab dalam berdoa

  1. Di mulai dengan memuji nama Allah dan selawat nabi, juga diakhiri dengan keduanya. 
  2. Jangan berdoa kepada Allah disertai perbuatan maksiat yang tak henti-hentinya.
  3. Menghadap ke arah kiblat, dan mengangkat kedua tangan di arahkan ke langit dan berdoalah dengan rendah hati dengan suara yang lembut, menyatakan adanya keperluan terhadap Allah bukan sekadar dengan bahasa yang fasih sahaja tanpa menghayati maksud kandungannya.

Solat Hajat


Bila kita mahu mengusahakan sesuatu perkara, selain memohon restu ibu bapa, digalakkan kita menunaikan solat hajat dengan niat memohon pertunjuk dan moga diperkenaankan oleh Allah. 
  1. Berwuduk dengan sebaik-baiknya dan kemudian solatlah. Bilangan rakaat adalah 2 atau hingga 12 rakaat.
  2. Lafaz niat : Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
  3. Selesai solat, duduk dengan sopan dan baca-lah istighfar “Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya ”.
  4. Diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. “Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”.
  5. Sujud dan perbanyakkan ucap - “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”.

Doa Solat Hajat


“Tiada  tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Penyabar dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Ya Allah, Yang Maha Pengasih di antara sekian yang Maha Pengasih”

Tiada ulasan: