Memaparkan catatan dengan label Contoh Surat Wasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contoh Surat Wasiat. Papar semua catatan

Jun 28, 2018

Belanja Pengebumian Dalam Urusan Jenazah

Belanja pengembumian ialah belanja menguruskan jenazah si mati sehingga selamat dikebumikan bagi urusan yang wajib sahaja.


Ia boleh diambil daripada harta pusaka si mati dengan syarat seperti dibawah:

Belanja Mati  - Urusan Wajib

Peralatan Kapan
Keranda / Penutup liang lahad
Upah gali liang lahad
Upah mandi jenazah
Upah bawa jenazah / kereta jenazah

Sumber Perbelanjaan: Ia boleh diambil dari harta pusaka si mati. Wang sumbangan orang ramai yang menziarahi kematian, wang khairat kematian, sumbangan ikhlas dari sanak-saudara.

Bukan Urusan Wajib / Tidak boleh diambil daripada harta si mati TANPA kebenaran dan pengetahuan ahli waris.

Pemberian kepada orang yang solat jenazah sekiranya tidak diwasiatkan
Tahlil / Kenduri Arwah
Upah mengaji Al Quran
Pemberian kepada pembaca talqin
Membuat binaan di atas kubur (Kepok)

Sumber Perbelanjaan: Dengan syarat semua waris yang berhak bersetuju. Waris yang memberi persetujuan hendaklah cukup umur dan sempurna akal. Sekiranya terdapat waris yang belum dewasa atau tidak sempurna akal, bahagian mereka diasingkan.

Perancangan harta pusaka adalah sebagai satu tanda keprihatinan anda terhadap nasib yang bakal menimpa ahli keluarga. Buat-lah dokumen wasiat bertulis agar memudahkan ahli waris kita menguruskan harta peninggalan kita di masa hadapan.

BACA: Panduan Membuat Wasiat di as-Salihin Trustee Berhad

BACA: Rujukan Artikel Majalah Solusi isu No 6

nak-bebel
Nakbebel


Belanja pengebumian isteri, wajib ke atas suaminya walaupun isteri itu seorang yang kaya dan berharta!

Okay, untuk topik seterusnya, kami akan menyentuh bab menguruskan hutang simati selepas urusan belanja pengembumian dalam urusan jenazah selesai.

Jun 27, 2018

Kes Kematian Tanpa Wasiat

Proses Permohonan Harta Sepencarian Untuk Kes-Kes Kematian Tanpa Wasiat.


Video ini menceritakan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh balu @ Pihak Yang Menuntut Harta Sepencarian, setelah kematian pasangannya, sehinggalah kepada menuntut harta pusaka secara keseluruhannya, iaitu;


  • Membuat permohonan Pengisytiharan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah.
  • Membuat permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah.
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di institutsi-institusi berkaitan seperti Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.


Biasanya, tuntutan harta sepencarian dibuat sekiranya balu mahukan pembahagian yang lebih daripada hak faraid mereka. Bayangkan, jika semua prosedur di atas terpaksa dilalui oleh balu si mati, sekiranya mereka ingin menuntut hak harta sepencarian, dalam masa yang sama terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri dan anak-anak yang masih kecil, membayar hutang persendirian, dan mungkin perlu mendapatkan kerjasama daripada mertua atau ipar.

Dan untuk proses yang perlu dilalui, mereka juga perlu berurusan dengan 'Person In Charge' bagi semua pihak yang terlibat.

BACA: Contoh Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Perancangan harta pusaka adalah sebagai satu tanda keprihatinan anda terhadap nasib yang bakal menimpa ahli keluarga.

Daripada page as-Salihin Trustee Berhad.

Kes Kematian Tanpa Wasiat
Solat Jenazah



September 06, 2015

Panduan Menyediakan Wasiat di as-Salihin Trustee Berhad

buat wasiat dan hibah di as-salihin-trustee-berhad

Ini adalah nota ringkas prosidur yang biasa di praktik dan panduan menyediakan wasiat di as-Salihin Trustee Berhad. IEP atau Islamic Estate Planner akan mengenal pasti beberapa perkara seperti di bawah semasa fact-finding prospek. Hasrat si pewasiat mesti-lah mematuhi hukum syarak dan tidak melanggar undang-undang. Si pewasiat hendak-lah dalam keadaan waras, bercakap benar, bertanggung-jawab dan tidak menyembunyikan fakta-fakta penting.


Langkah 1

  • Memastikan pewasiat adalah beragama Islam. 
  • Mengenali status pewasiat sama ada berkeluarga/bujang/janda/duda/monogami/poligami/anak angkat/anak OKU atau mualaf.
  • Mendapatkan maklumat lengkap butiran peribadi pewasiat.
  • Melantik Pentadbir / Wasi. 

Langkah 2

  • Melantik penjaga (jika ada anak kandung minor di bawah umur 18 tahun).
  • Hanya perlu diisi oleh pewasiat lelaki.

Langkah 2A

Mendapatkan persetujuan pewasiat untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian / Perjanjian Aset Perolehan Bersama bagi suami-isteri (monogami & poligami) yang menyumbang usaha, idea, tenaga dan duit dalam pengumpulan harta bersama di sepanjang perkawinan yang sah.


Langkah 3

  • Menyenaraikan semua ahli waris faraid pewasiat (suami/isteri/anak/adik-beradik termasuk ibu bapa, jika ada).
  • Mendapatkan nama penuh ahli waris mengikut kad pengenalan beserta no talian telefon semasa untuk dihubungi.

Langkah 4

  • Menyenaraikan keterangan aset, benefisiari dan bahagian % pengagihan harta alih dan harta tak alih.
  • Menyenaraikan keterangan semasa HUTANG / LIABILITI seperti Personal Loan, PTPTN, Home Loan, Credit Card Loan, pinjaman perniagaan dan lain-lain.
  • Mengenal pasti cara pengagihan harta si pewasiat sama ada mengikut cara sama rata, faraid atau muafakat.
  • Menamakan ahli bukan waris dengan 1/3 bahagian, jika ada. 
  • Bagi rumah kediaman dan harta-harta komersial, nyatakan alamat dan nombor hak milik.
  • Bagi tanah nyatakan nombor hak milik tanah dan lokasi.
  • Bagi akaun bank - nyatakan cawangan bank dan no. akaun jenis akaun dan tidak perlu nyatakan nilai dalam akaun.
  • Nyatakan no polisi Takaful Keluarga.
  • Nyatakan no rujukan ASB, KWSP, Tabung Haji, Saham, no. ahli koperasi, Safe Deposit Box, dan lain-lain. 

Langkah 5

  • Mendapatkan kebenaran pewasiat untuk kuasa tambahan Wasi untuk membayarkan zakat, kaffarat, haji dan fidyah puasa.
  • Menyediakan surat pesanan terakhir si pewasiat kepada waris.
  • Memaklumkan kepada pewasiat bahawa kesemua waris fardu akan menerima lebihan / baki / semua harta dalam jumlah yang sama -- tertakluk kepada persetujuan semua ahli waris selepas kematian si pewasiat.

Langkah 6

  • Menentukan dan menyenaraikan aset khas untuk melangsaikan hutang si pewasiat. (Contoh: Gunakan duit dari pampasan Takaful Hayat atau jual rumah di Bangsar untuk langsaikan hutang XYZ).

Rumusan : Isi Kandungan Dokumen Wasiat Akhir as-Salihin Trustee Berhad

  • Perlantikan Pelaksana Wasiat iaitu Wasi
  • Perlantikan Penjaga Harta bagi anak dibawah umur
  • Klausa penyelesaian hutang dan perbelanjaan si pewasiat
  • Klausa pemberian harta pusaka
  • Perbentukan Amanah dalam wasiat
  • Klausa baki Harta yang tidak di isytihar
  • Arahan-arahan tambahan
  • Pesanan terakhir si pewasiat

Supporting document yang diperlukan:

  • Salinan I/C / Kad Pengenalan (Original Sighted)
  • Salinan Sijil Nikah ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Salinan Sales and Purchase Agreement ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
  • Deposit / Commitment Fees untuk memulakan kerja deraf dokumen Wasiat.


Semoga panduan menyediakan Wasiat ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Untuk pertanyaan dan urusan perdaftaran ;

Sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711 untuk urusan temu janji dan maklumat lanjut. Atau, sila booking temu janji secara atas talian di sini, klik >> Daftar Temu janji <<

Wallahu a'lam