Memaparkan catatan dengan label Deklarasi Harta Sepencarian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Deklarasi Harta Sepencarian. Papar semua catatan

Jun 27, 2018

Kes Kematian Tanpa Wasiat

Proses Permohonan Harta Sepencarian Untuk Kes-Kes Kematian Tanpa Wasiat.


Video ini menceritakan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh balu @ Pihak Yang Menuntut Harta Sepencarian, setelah kematian pasangannya, sehinggalah kepada menuntut harta pusaka secara keseluruhannya, iaitu;


  • Membuat permohonan Pengisytiharan Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah.
  • Membuat permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah.
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di institutsi-institusi berkaitan seperti Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.


Biasanya, tuntutan harta sepencarian dibuat sekiranya balu mahukan pembahagian yang lebih daripada hak faraid mereka. Bayangkan, jika semua prosedur di atas terpaksa dilalui oleh balu si mati, sekiranya mereka ingin menuntut hak harta sepencarian, dalam masa yang sama terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri dan anak-anak yang masih kecil, membayar hutang persendirian, dan mungkin perlu mendapatkan kerjasama daripada mertua atau ipar.

Dan untuk proses yang perlu dilalui, mereka juga perlu berurusan dengan 'Person In Charge' bagi semua pihak yang terlibat.

BACA: Contoh Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Perancangan harta pusaka adalah sebagai satu tanda keprihatinan anda terhadap nasib yang bakal menimpa ahli keluarga.

Daripada page as-Salihin Trustee Berhad.

Kes Kematian Tanpa Wasiat
Solat Jenazah



Januari 13, 2018

5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Nota ini adalah ringkasan tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama (juga dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian).


5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama


Kita biasa dengar Tuntutan Harta Sepencarian kan ? Ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. 

Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini memberi banyak manfaat kepada pasangan suami isteri sebelum berlaku;
  • Perceraian 
  • Poligami
  • Kematian

Sila baca dengan teliti dan fahami maklumat yang ingin disampaikan. Kami mengalu-alukan soalan dan pertanyaan. 

1. PENGAKUAN HAKMILIK


Kedua-dua pihak mengakui dan mengesahkan bahawa pada tarikh perjanjian dibuat Pihak Pertama dan Pihak Kedua adalah pemilik berdaftar ke atas aset yang dipersetujui.
  • Pihak Pertama - Suami
  • Pihak Kedua - Isteri

2. PENGAGIHAN ASET


Kedua-dua pihak juga dengan ini mengakui dan mengesahkan bahawa mulai tarikh Perjanjian ini dilaksanakan, aset yang dipersetujui adalah milik bersama Pihak Pertama dan Pihak Kedua mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama. 

Bagi memastikan pengagihan aset ini diiktiraf sah mengikut Hukum Syarak dan mengikat di sisi perundangan negara, kedua pihak mengakui dan mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan apa jua kepentingan yang beliau ada pada aset berkenaan sebelum Perjanjian ini.


3. KESAN PERJANJIAN


Perjanjian ini mengikat semua waris, wasi dan wakil diri kedua-dua pihak.

Perjanjian ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda KECUALI menerusi satu Perjanjian pembatalan yang disetujui secara bertulis oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya selepas Perjanjian ini dibuat, kedua-dua pihak secara bersama atau mana-mana pihak secara usahanya sendiri telah memperolehi aset lain dari semasa ke semasa, kedua-dua pihak masih boleh berunding untuk mewujudkan satu Perjanjian baru bagi membuat pindaan atau penambahan kepada Perjanjian ini.

Selagi Perjanjian ini masih lagi berkuatkuasa dan belum dipinda dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis, kedua-dua pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan ke atas mana-mana aset yang bukan miliknya seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. 


4. PENYELESAIAN PERTIKAIAN


Jika timbul apa-apa perselisihan atau pertikaian melibatkan pelaksanaan atau pentafsiran Perjanjian ini, pertikaian itu hendak-lah dirujuk kepada Hukum Syarak dan Mahkamah Syariah. 


5. AKUJANJI


Kedua pihak iaitu suami dan isteri dengan ini membuat akujanji akan melaksanakan apa jua tindakan dan menandatangi apa jua dokumen atau suratcara yang perlu atau yang dikehendaki oleh Hukum Syarak dan perundangan negara termasuk mendapat kebenaran mana-mana pihak sekiranya ada bebanan, untuk memastikan maksud Perjanjian ini tercapai dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sekiranya berlaku kegagalan atau keengganan yang tidak wajar oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan apa yang dinyatakan dalam Perjanjian,  pihak yang terkilan boleh mengambil apa jua tindakan undang-undang yang perlu bagi memastikan maksud Perjanjian tercapai dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Kedua pihak iaitu suami dan isteri bersetuju bahawa mereka atau wakil mereka akan memindah milik Harta yang dipersetujui mengikut peratusan yang telah dipersetujui sekiranya berlaku salah satu daripada peristiwa berikut, yang mana lebih awal;
  • Perceraian 
  • Poligami
  • Kematian

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan memberi pencerahan dan manfaat kepada pembaca tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Wallahu a'lam

November 07, 2016

Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Perjanjian Aset Perolehan Bersama (juga dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian) adalah dokumen deklarasi harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah dan berdaftar di Malaysia.



Sedutan dari Sesi Soal Jawab semasa Majlis Pelancaran Buku '55 Soal Jawab Undang-undang Keluarga Islam' bersama Dato' Hj Ismail Yahya, mantan Ketua Hakim Syari'e dan Mantan Mufti Terengganu.


Didalam dokumen perjanjian tersebut dinyatakan dengan jelas bagi kedua belah pihak tentang perjanjian hak milik sesebuah aset apabila berlaku kematian, poligami atau perceraian.

Dokumen ini dicadangkan dibuat SEBELUM berlaku kematian, poligami atau perceraian.

Aset yang telah dinyatakan dalam dokumen Deklarasi Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini TIDAK termasuk dalam agihan Faraid dengan itu manfaat ini dapat membantu bagi menjamin pihak suami atau (dan) isteri dari pengagihan kepada pihak ketiga.

Harta yang dituntut kebiasaannya adalah harta yang bernilai seperti Harta Tak Alih seperti;
  • Tanah
  • Rumah 


Ciri-Ciri Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Pemberian lebih bahagian kepada suami atau isteri/isteri-isteri
  • Memudahkan pembahagian harta di antara suami dan isteri
  • Berkuatkuasa serta merta
Kelebihan Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Semua pihak (suami dan isteri/isteri-isteri) boleh memutuskan dan bersetuju dengan cara pembahagian
  • Menjimatkan masa, kos dan emosi
  • Melindungi hak suami atau isteri/isteri-isteri
  • Mempercepatkan prosess pembahagian
  • Deklarasi ini merekodkan persetujuan di antara pihak suami dan isteri/isteri-isteri

Syarat Untuk Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan yang sah dan berdaftar di Malaysia.
  • Bukan Harta Amanah atau Harta Hibah
  • Harta diperolehi adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak

BACA:  5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama


Berapa kos untuk menyediakan dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini ?

Ia bermula dari RM1000 + RM250 utk Monogami dan RM1,200 + RM250 untuk pasangan yang Poligami untuk 3 aset yang pertama.

Kos ini tidak seberapa berbanding kesan yang akan anda hadapi apabila telah berlaku ke peringkat tuntutan harta sepencarian tanpa sokongan bukti dan rekod sumbangan yang kukuh. Percaya-lah!

Gambar dibawah adalah contoh sebahagian daripada dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama untuk rujukan anda.

Berminat untuk dapatkan info lanjut ? Sila hubungi kami seperti no yang terpapar disebelah kanan weblog ini. 

dokumen-perjanjian-aset-perolehan-bersama
Contoh Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama