Memaparkan catatan dengan label Harta Sepencarian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harta Sepencarian. Papar semua catatan

Januari 13, 2018

5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Nota ini adalah ringkasan tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama (juga dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian).


5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama


Kita biasa dengar Tuntutan Harta Sepencarian kan ? Ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. 

Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini memberi banyak manfaat kepada pasangan suami isteri sebelum berlaku;
  • Perceraian 
  • Poligami
  • Kematian

Sila baca dengan teliti dan fahami maklumat yang ingin disampaikan. Kami mengalu-alukan soalan dan pertanyaan. 

1. PENGAKUAN HAKMILIK


Kedua-dua pihak mengakui dan mengesahkan bahawa pada tarikh perjanjian dibuat Pihak Pertama dan Pihak Kedua adalah pemilik berdaftar ke atas aset yang dipersetujui.
  • Pihak Pertama - Suami
  • Pihak Kedua - Isteri

2. PENGAGIHAN ASET


Kedua-dua pihak juga dengan ini mengakui dan mengesahkan bahawa mulai tarikh Perjanjian ini dilaksanakan, aset yang dipersetujui adalah milik bersama Pihak Pertama dan Pihak Kedua mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama. 

Bagi memastikan pengagihan aset ini diiktiraf sah mengikut Hukum Syarak dan mengikat di sisi perundangan negara, kedua pihak mengakui dan mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan apa jua kepentingan yang beliau ada pada aset berkenaan sebelum Perjanjian ini.


3. KESAN PERJANJIAN


Perjanjian ini mengikat semua waris, wasi dan wakil diri kedua-dua pihak.

Perjanjian ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda KECUALI menerusi satu Perjanjian pembatalan yang disetujui secara bertulis oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya selepas Perjanjian ini dibuat, kedua-dua pihak secara bersama atau mana-mana pihak secara usahanya sendiri telah memperolehi aset lain dari semasa ke semasa, kedua-dua pihak masih boleh berunding untuk mewujudkan satu Perjanjian baru bagi membuat pindaan atau penambahan kepada Perjanjian ini.

Selagi Perjanjian ini masih lagi berkuatkuasa dan belum dipinda dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis, kedua-dua pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan ke atas mana-mana aset yang bukan miliknya seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. 


4. PENYELESAIAN PERTIKAIAN


Jika timbul apa-apa perselisihan atau pertikaian melibatkan pelaksanaan atau pentafsiran Perjanjian ini, pertikaian itu hendak-lah dirujuk kepada Hukum Syarak dan Mahkamah Syariah. 


5. AKUJANJI


Kedua pihak iaitu suami dan isteri dengan ini membuat akujanji akan melaksanakan apa jua tindakan dan menandatangi apa jua dokumen atau suratcara yang perlu atau yang dikehendaki oleh Hukum Syarak dan perundangan negara termasuk mendapat kebenaran mana-mana pihak sekiranya ada bebanan, untuk memastikan maksud Perjanjian ini tercapai dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sekiranya berlaku kegagalan atau keengganan yang tidak wajar oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan apa yang dinyatakan dalam Perjanjian,  pihak yang terkilan boleh mengambil apa jua tindakan undang-undang yang perlu bagi memastikan maksud Perjanjian tercapai dan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Kedua pihak iaitu suami dan isteri bersetuju bahawa mereka atau wakil mereka akan memindah milik Harta yang dipersetujui mengikut peratusan yang telah dipersetujui sekiranya berlaku salah satu daripada peristiwa berikut, yang mana lebih awal;
  • Perceraian 
  • Poligami
  • Kematian

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan memberi pencerahan dan manfaat kepada pembaca tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Wallahu a'lam

November 07, 2016

Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Perjanjian Aset Perolehan Bersama (juga dikenali sebagai Deklarasi Harta Sepencarian) adalah dokumen deklarasi harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah dan berdaftar di Malaysia.



Sedutan dari Sesi Soal Jawab semasa Majlis Pelancaran Buku '55 Soal Jawab Undang-undang Keluarga Islam' bersama Dato' Hj Ismail Yahya, mantan Ketua Hakim Syari'e dan Mantan Mufti Terengganu.


Didalam dokumen perjanjian tersebut dinyatakan dengan jelas bagi kedua belah pihak tentang perjanjian hak milik sesebuah aset apabila berlaku kematian, poligami atau perceraian.

Dokumen ini dicadangkan dibuat SEBELUM berlaku kematian, poligami atau perceraian.

Aset yang telah dinyatakan dalam dokumen Deklarasi Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini TIDAK termasuk dalam agihan Faraid dengan itu manfaat ini dapat membantu bagi menjamin pihak suami atau (dan) isteri dari pengagihan kepada pihak ketiga.

Harta yang dituntut kebiasaannya adalah harta yang bernilai seperti Harta Tak Alih seperti;
  • Tanah
  • Rumah 


Ciri-Ciri Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Pemberian lebih bahagian kepada suami atau isteri/isteri-isteri
  • Memudahkan pembahagian harta di antara suami dan isteri
  • Berkuatkuasa serta merta
Kelebihan Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Semua pihak (suami dan isteri/isteri-isteri) boleh memutuskan dan bersetuju dengan cara pembahagian
  • Menjimatkan masa, kos dan emosi
  • Melindungi hak suami atau isteri/isteri-isteri
  • Mempercepatkan prosess pembahagian
  • Deklarasi ini merekodkan persetujuan di antara pihak suami dan isteri/isteri-isteri

Syarat Untuk Perjanjian Aset Perolehan Bersama

  • Harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan yang sah dan berdaftar di Malaysia.
  • Bukan Harta Amanah atau Harta Hibah
  • Harta diperolehi adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak

BACA:  5 Perkara Penting Tentang Perjanjian Aset Perolehan Bersama


Berapa kos untuk menyediakan dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama ini ?

Ia bermula dari RM1000 + RM250 utk Monogami dan RM1,200 + RM250 untuk pasangan yang Poligami untuk 3 aset yang pertama.

Kos ini tidak seberapa berbanding kesan yang akan anda hadapi apabila telah berlaku ke peringkat tuntutan harta sepencarian tanpa sokongan bukti dan rekod sumbangan yang kukuh. Percaya-lah!

Gambar dibawah adalah contoh sebahagian daripada dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama untuk rujukan anda.

Berminat untuk dapatkan info lanjut ? Sila hubungi kami seperti no yang terpapar disebelah kanan weblog ini. 

dokumen-perjanjian-aset-perolehan-bersama
Contoh Dokumen Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Ogos 16, 2016

Khidmat Menulis Wasiat, Hibah dan Harta Sepencarian

Kami menyediakan khidmat merancang dan menguruskan dokumen Wasiat, Hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian.


Dari segi harta yang boleh diwasiatkan adalah harta alih seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, takaful, hutang dan lain-lain dan harta tak alih seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.


Jika anda orang yang berharta, orang yang lanjut usia, orang yang tidak berkahwin, orang yang mempunyai anak angkat, orang yang berhutang, orang yang tiada waris dan muallaf adalah sangat digalakkan membuat wasiat. 


Sekiranya ada harta pusaka yang tiada pentadbir atau ada harta pusaka yang masih belum diuruskan, juga boleh kami bantu. 


Buat temu janji hari ini secara online dan kami akan hubungi anda semula secepat mungkin. :) 


Khidmat Wasiat, Hibah dan Harta Sepencarian

Sila hubungi no phone yang ada dalam poster untuk maklumat lanjut.

September 08, 2015

Awalnya, Semua Begitu Indah

Bagaimana Deklarasi Harta Sepencarian Dapat Membantu Pasangan Suami Isteri? 


Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.

Isu tuntutan Harta Sepencarian selepas perceraian atau kematian pasangan suami-isteri menjadi isu kritikal yang jarang dibincangkan secara terbuka. Masih ramai dikalangan kita yang kurang pendedahan tentang prosidur tuntutan, pengagihan dan perancangan awal pengurusan harta hasil usaha dan sumbangan dalam membina perniagaan dan pendapatan bersama ini. 

Lebih membimbangkan pada mereka (segelintir suami) yang berpoligami dan menafikan pula hak isteri-isteri yang banyak membantu. Kita semua tahu isteri menerima 1/8 hak faraid dari bahagian harta peninggalan si suami. 

So, bagaimana untuk kita secure bahagian agihan lebih dari 1/8 ? 

Bagaimana dengan harta hasil usaha sama dalam membina rumah tangga dan juga perniagaan seperti contoh kisah Shahir dan Iris Damia dalam Slot Ratu Cinta Iris ?

Kami menawarkan khidmat menyediakan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian bagi mengatasi masalah diatas dan ia melindungi hak bahagian suami dan isteri sekiranya berlaku poligamikematian atau perceraian di antara mereka.


Tip Deklarasi Harta Sepencarian


Berikut adalah senarai dokumen dan perkara yang di perlukan dalam membuat Deklarasi Harta Sepencarian.
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami dan isteri berserta salinan sijil nikah dan bukti pemilikan harta 
  • Untuk yang monogami dan yang berpoligami, semua isteri mestilah hadir sama bersetuju dengan pengagihan dan hasrat dibuat dengan rela hati
  • Senarai Harta Alih
  • Senarai Harta Tak Alih
  • Fi permohonan tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tidak dapat diteruskan atau dibatalkan
  • Fi Pentadbiran Harta Pusaka adalah dikira berdasarkan kepada nilai pasaran harta ketika Probet dikeluarkan

Hubungi kami hari ini untuk urusan (click) temujanji khidmat nasihat dan perbincangan lanjut. 

Terima kasih

Khaidir Zakaria
011-3292 8711 
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Ogos 08, 2015

Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka

Mungkin ramai yang tak sedar kesan melewatkan pengagihan harta pusaka ini boleh membawa banyak kemudaratan daripada kesenangan. 



Rata-rata respon dari org ramai semasa kami menjalankan direct-survey tentang kepentingan merancang dan mengurus agih harta pusaka adalah :


  • Saya tiada harta
  • Saya ... belum nak mati
  • Dah ada Faraid tak perlu Wasiat-lahh
  • Nanti dulu, bukan sekarang sebab saya belum bersedia lagi
  • Saya dah bagi awal2 semua harta saya pada anak-anak
  • Anak-anak saya semua dah besar, pandai-pandai-lah mereka cari harta sendiri
  • Saya banyak hutang !


Demi-masa


Diantara Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka adalah :



  • Hutang si mati tidak di jelaskan kerana tiada siapa yang tahu rekod hutang si mati.
  • Waris menguasai harta si mati secara batil / haram kerana mengambil hak waris yang lain sesuka hati tanpa persetujuan semua waris yang berhak. 
  • Dokumen hilang, tiada maklumat yang sah dan jelas dan ini memboleh mendorong kepada keterangan palsu
  • Bilangan waris semakin bertambah, tiada sesiapa yang mengambil tanggung jawab menguruskan.
  • Keluarga berpecah belah, mungkin bertambah teruk masing2 mengambil sikap lepas tangan.
  • Akhirnya harta si mati tidak di uruskan, aset beku, pertukaran geran tanah bermasalah dan masalah lain timbul berterusan. 

Ogos 06, 2015

Wasiat Jemaah Haji Malaysia

Sampaikan Mesej Penting Ini Kepada Bakal Jemaah Haji Yang Anda Sayangi. 



Kepada individu atau jemaah haji Malaysia (Kursus Haji Perdana khususnya) yang memerlukan khidmat menyediakan dokumen Wasiat, Hibah atau Harta Sepencarian yang komprehensif sila hubungi kami untuk khidmat nasihat.

Jemaah Haji Malaysia
Jemaah Haji


Menyediakan dokumen Wasiat tidak semestinya untuk menunggu musibah berlaku, ia satu persediaan awal untuk hari esok kerana ajal dan maut Allah lebih mengetahui.

Ramai yang salah anggap, menyediakan dokumen wasiat perlu ada harta berjuta-juta atau berbillion ringgit contohnya.

Dua perkara penting yang perlu kita ambil perhatian apabila berlaku kematian dan kaedah pengurusan harta pusaka;


  • Pentadbiran
  • Pengagihan (Faraid)



wasiat hibah haji dan Umrah 400px x 400px

Point penting adalah menguruskan - mentadbir hutang-hutang diri sendiri (pewasiat). Kita semua pasti tidak mahu pergi ke alam seterusnya dengan amalan yang kurang cantik. Dengan menyediakan dokumen wasiat sebagai perancangan awal ia dapat membantu sedikit sebanyak agihan harta kita. Dapat dilunaskan hutang, selebihnya jika ada baki baru-lah di agihkan kepada waris sama ada mengikut hukum faraid, pesanan-wasiat ataupun secara muafakat.

Mesej ini bukan sahaja hanya di tujukan kepada mereka yang hendak menunaikan haji atau umrah sahaja. 

Kepada mereka yang beragama Islam, berkemampuan, sihat mental, dah baligh dan mahu berpesan-pesan kepada ahli keluarga terutamanya juga boleh menyediakan dokumen wasiat.

Verbal atau cakap mulut sahaja tidak memadai masa kini. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis mengikut rukun dan mematuhi undang-undang.

Kepada jemaah Haji Umrah Malaysia, bertindak-lah sekarang dengan membuat persiapan awal menyediakan dokumen perancangan harta pusaka ! 

" Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau susahkan, semoga segala urusanku berakhir dengan baik. "

April 01, 2015

Harta Sepencarian

5 Perkara Penting Tentang Harta Sepencarian



Harta Sepencarian

  • Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.
  • Penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan di selesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum pembahagian baki harta dibuat mengikut hukum Faraid.
  • Bukan semua harta yang di perolehi semasa ikatan perkhawinan boleh di klasifikasikan sebagai harta sepencarian. Oleh itu, harta yang di perolehi oleh pasangan melalui pusaka atau hibah adalah BUKAN harta "perolehan bersama" dan tidak boleh di klasfikasikan sebagai harta sepencarian.
  • Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai Harta Sepencarian. Wang KWSP tersebut adalah sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum Faraid. Penama di KWSP hanya bertindak sebagai pemegang Amanah dan ia perlu di agihkan mengikut hukum Faraid. 
  • Deklarasi Harta Sepencarian ini dibuat dengan persetujuan bersama Suami, Isteri dan Isteri-Isteri. 

Dokumen yang diperlukan untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian adalah:

  • Salinan I/C Suami Isteri
  • Salinan Sales and Purchase Agreement 
  • Salinan Sijil Nikah
Sila kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan yang anda sayang dan hubungi kami melalui email atau call 011-3292 8711 untuk bantuan maklumat tambahan. 

Perancangan Harta Pusaka Islam

Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam





  • Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
  • Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama
  • Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
  • Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
  • Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
  • Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
  • Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
  • Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal. 

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi. 

Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan. 

Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini.

Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh ! 

Terima kasih :)

Khaidir Zakaria
Islamic Estate Planner
PUTRAJAYA