Hari ini 13 Rabiulakhir 1439H.
Banyak lagi perkara kebaikan yang belum kita lakukan, entah sempat atau tidak.
Dosa tadi, semalam dan sebelum tu tak tau-lah dah berapa banyak.
Mari-lah kita berpesan-pesan dalam membuat kebaikan. Kerana mati itu pasti !
Ya Allah perbaikilah hati kami dan amalan kami. Sucikanlah hati kami dari segala kebencian, sifat iri, dengki dan sombong. Aamin.
P/S: Mesej ini di set secara auto publish, penulis mungkin sudah tidur awal atau berada di alam lain. :)
Blog ini tentang perkongsian pengalaman dan cabaran sebagai sukarelawan, pecinta kuda, itu-ini, perunding hartanah dan harta pusaka.
Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan
Januari 01, 2018
Ogos 15, 2015
Panduan Pembahagian Pusaka dalam Islam
1. Apabila meningal dunia seorang bapa dan meninggalkan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan, maka anak yang lelaki mendapat dua kali ganda anak perempuan, umpamanya kalau harta peninggalan bernilai RM 900 ribu, maka anak lelaki mendapat RM 600 ribu dan anak perempuan RM 300 ribu, (Kalau hanya anak lelaki sahaja, maka semua harta dapat kepadanya). Kalau anak lelaki tidak ada, cuma anak perempuan seorang sahaja, maka ia mendapat 1/2 dari harta dan jika anak perempuan dua orang atau lebih, maka mereka mendapat 2/3.
Hubungi kami hari ini untuk maklumat dan khidmat menyediakan dokumen Wasiat yang komprehensif.
Khaidir Zakaria, Putrajaya
011-3292 8711
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad
Label:
Amanah,
as-Salihin Trustee,
Hibah,
Putrajaya,
Wasiat
Lokasi:
Putrajaya, Putrajaya, Malaysia
Ogos 13, 2015
Siapa Golongan Ashab Al-Furud
Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham.
Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu.
Ahli waris ashab al-furud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.
(1) Suami menerima 1/2 jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/4 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.
(2) Isteri menerima 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.
(3) Bapa menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.
(4) Datuk (bapa kepada bapa) Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 atau 1/6 dan asabah atau asabah iaitu sama seperti bapa.
(5) Ibu menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 baki jika si mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).
(6) Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 sama ada seorang atau lebih.
(7) Anak perempuan menerima 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anak perempuan.
(8) Anak perempuan kepada anak lelaki menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih, 1/6 jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.
(9) Saudara perempuan seibu sebapa menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih; asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.
Sumber rujukan : Koleksi Kertas Kerja Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ogos 08, 2015
Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka
Mungkin ramai yang tak sedar kesan melewatkan pengagihan harta pusaka ini boleh membawa banyak kemudaratan daripada kesenangan.
Rata-rata respon dari org ramai semasa kami menjalankan direct-survey tentang kepentingan merancang dan mengurus agih harta pusaka adalah :
- Saya tiada harta
- Saya ... belum nak mati
- Dah ada Faraid tak perlu Wasiat-lahh
- Nanti dulu, bukan sekarang sebab saya belum bersedia lagi
- Saya dah bagi awal2 semua harta saya pada anak-anak
- Anak-anak saya semua dah besar, pandai-pandai-lah mereka cari harta sendiri
- Saya banyak hutang !
Diantara Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka adalah :
- Hutang si mati tidak di jelaskan kerana tiada siapa yang tahu rekod hutang si mati.
- Waris menguasai harta si mati secara batil / haram kerana mengambil hak waris yang lain sesuka hati tanpa persetujuan semua waris yang berhak.
- Dokumen hilang, tiada maklumat yang sah dan jelas dan ini memboleh mendorong kepada keterangan palsu.
- Bilangan waris semakin bertambah, tiada sesiapa yang mengambil tanggung jawab menguruskan.
- Keluarga berpecah belah, mungkin bertambah teruk masing2 mengambil sikap lepas tangan.
- Akhirnya harta si mati tidak di uruskan, aset beku, pertukaran geran tanah bermasalah dan masalah lain timbul berterusan.
Ogos 06, 2015
Wasiat Jemaah Haji Malaysia
Sampaikan Mesej Penting Ini Kepada Bakal Jemaah Haji Yang Anda Sayangi.
Kepada individu atau jemaah haji Malaysia (Kursus Haji Perdana khususnya) yang memerlukan khidmat menyediakan dokumen Wasiat, Hibah atau Harta Sepencarian yang komprehensif sila hubungi kami untuk khidmat nasihat.
![]() |
Jemaah Haji |
Menyediakan dokumen Wasiat tidak semestinya untuk menunggu musibah berlaku, ia satu persediaan awal untuk hari esok kerana ajal dan maut Allah lebih mengetahui.
Ramai yang salah anggap, menyediakan dokumen wasiat perlu ada harta berjuta-juta atau berbillion ringgit contohnya.
Dua perkara penting yang perlu kita ambil perhatian apabila berlaku kematian dan kaedah pengurusan harta pusaka;
- Pentadbiran
- Pengagihan (Faraid)
Point penting adalah menguruskan - mentadbir hutang-hutang diri sendiri (pewasiat). Kita semua pasti tidak mahu pergi ke alam seterusnya dengan amalan yang kurang cantik. Dengan menyediakan dokumen wasiat sebagai perancangan awal ia dapat membantu sedikit sebanyak agihan harta kita. Dapat dilunaskan hutang, selebihnya jika ada baki baru-lah di agihkan kepada waris sama ada mengikut hukum faraid, pesanan-wasiat ataupun secara muafakat.
Mesej ini bukan sahaja hanya di tujukan kepada mereka yang hendak menunaikan haji atau umrah sahaja.
Kepada mereka yang beragama Islam, berkemampuan, sihat mental, dah baligh dan mahu berpesan-pesan kepada ahli keluarga terutamanya juga boleh menyediakan dokumen wasiat.
Verbal atau cakap mulut sahaja tidak memadai masa kini. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis mengikut rukun dan mematuhi undang-undang.
Kepada jemaah Haji Umrah Malaysia, bertindak-lah sekarang dengan membuat persiapan awal menyediakan dokumen perancangan harta pusaka !
" Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau susahkan, semoga segala urusanku berakhir dengan baik. "
Ogos 05, 2015
Tanggung Jawab Waris Terhadap Harta Pusaka Si Mati
FARAID kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka dalam Islam.
Sebaik sahaja selepas berlaku kematian seseorang dan sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut hukum faraid, waris-waris bertanggungjawa
1. Belanja Pengurusan Jenazah
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk segala urusan yang berkaitan pengurusan jenazah yang diiktiraf oleh syarak. Perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta si mati termasuklah pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur, upah membawa jenazah ke kubur sama ada dengan cara diusung atau dibawa dengan kereta jenazah dan sebagainya.
2. Menyelesaikan Hutang Si Mati (jika ada)
Setelah pengurusan jenazah disempurnakan, maka hendaklah dilunaskan pula segala hutang si mati. Hutang dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah S.W.T. dan hutang kepada manusia.
3. Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian
Mengikut amalan di Malaysia, setelah menyelesaikan hutang-hutang si mati, suami atau isteri si mati boleh menuntut pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlaku kematian salah satu pihak sama ada suami atau isteri. Penentuan kadar harta sepencarian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.
4. Wasiat Si Mati (jika ada)
Setelah diselesaikan hutang-hutang dan diputuskan pembahagian harta sepencarian, waris-waris hendaklah menunaikan wasiat jika si mati semasa hayatnya ada meninggalkan wasiat sebagaimana dalam perbincangan seterusnya.
5. Faraid
Setelah diselesaikan semua perkara-perkara
Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana urusan perlantikan wasi dan pentadbiran Wasiat.
Khaidir Zakaria
011-3292 8711
as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya
Ogos 03, 2015
Lima Keadaan Hukum Berwasiat
Apakah Hukum Berwasiat ?
Hukum berwasiat terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan keadaan-keadaan tertentu iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Wajib: Iaitu mewasiatkan sesuatu yang wajib dalam tanggungan pewasiat sama ada ia terdiri daripada hak-hak Allah S.W.T. dan hamba seperti mengeluarkan zakat, kifarat, nazar, haji, fidyah dan puasa, menunaikan hutang terhadap pemiutang dan memulangkan barang wadi‘ah kepada tuannya. Dalam keadaan ini, membuat wasiat adalah wajib.
Sunat: Iaitu mewasiatkan harta pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk golongan tertentu dan kaum kerabat yang tidak akan menerima harta pusaka, fakir miskin, anak angkat, orang yang dalam keperluan, orang yang berhajat, yayasan kebajikan dan agama seperti masjid dan sebagainya.
Harus: Iaitu mewasiatkan untuk golongan tertentu termasuklah kaum kerabat yang kaya dan lain-lain.
Makruh: Iaitu mewasiatkan harta bagi tujuan yang makruh di sisi syarak seperti wasiat untuk mendirikan binaan di atas kubur.
Haram: Iaitu mewasiatkan harta kepada perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Wasiat jenis ini dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh ahli-ahli waris.
Khaidir Zakaria
as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya Cyberjaya
April 01, 2015
Perancangan Harta Pusaka Islam
Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam
- Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
- Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama.
- Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
- Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
- Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
- Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
- Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
- Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal.
Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi.
Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan.
Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini.
Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh !
Terima kasih :)
Khaidir Zakaria
Islamic Estate Planner
PUTRAJAYA
Langgan:
Catatan (Atom)