Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan

Ogos 12, 2018

Türkçe dersi di Putrajaya

Kelas Asas Bahasa Turki (Türkçe dersi) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. 


Syukur alhamdulillah, Allah temukan aku dengan saudara Na’im Suhaimi di media social Facebook. Pertemuan itu telah menghasilkan kerjasama untuk menubuhkan Kelas Asas Bahasa Turki di Kelas Putrajaya Prihatin dengan sokongan dan kerjasama baik pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Tujuan penubuhan ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan anak muda di kawasan sekitar khususnya Putrajaya dan Bangi. 

Kelas ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menambah ilmu Bahasa.


Topik menyentuh bab perbualan harian. Buku latihan yang digunakan adalah İstanbul Yabancılar İçin Türkçe Ders Kitabı A1.

Selain Kelas Asas Bahasa Turki, di Kelas Putrajaya Prihatin juga ada menganjurkan Kelas Asas Bahasa Isyarat, ia diadakan sebulan sekali. 

Inisiatif dan objektif utama kelas ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan rasa sayangkan ilmu dalam pada masa yang sama dapat kita mengimarahkan Masjid. 

Moga ada keberkatan dan hikmah kepada peserta yang hadir menimba ilmu ini. 

Türkçe dersi di Putrajaya
Türkçe dersi di Putrajaya

Diantara perkataan yang telah kami belajar pada hari ini;


  • Merhaba / Hi 
  • Günaydın / Selamat pagi
  • Nasılsın? / Apakhabar?
  • Iyiyim / Saya sihat
  • Nerelisin? / Berasal dari mana?
  • Hoşça kal! / Selamat tinggal! / Bye
  • Güle güle / Selamat tinggal / Bye
  • Teşekkür ederim / Terima kasih
  • Senin adın ne? Siapa nama kamu?
  • Benim adım Khaidir Zakaria / Nama saya Khaidir Zakaria
  • Memnun oldum / Selamat berkenalan


Contoh Ayat Perbualan


Merhaba! Benim adim Khaidir Zakaria. Ben Malezyalıyım. Memnun oldum. 

(Hi, Nama saya Khaidir Zakaria, saya berasal dari Malaysia. Selamat berkenalan!

Siz nasılsınız?

(Apakhabar?)

Teşekkür, ederim iyiyim

(Terima kasih, saya sihat.)

Hingga kita bertemu lagi di Kelas Asas Bahasa Turki seterusnya. :)  Hoşça kal!

Mac 12, 2018

Cari Khaidir Zakaria di Google Search

Bermusafir ke UniSZA dari Putrajaya untuk ilmu Faraid.

Selama (40 jam) iaitu 7 minggu ini saya akan berulang alik ke Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UNISZA.

Penulis berpeluang menuntut ilmu dengan Tuan Haji Wan Abdul Halim bin Wan Harun (Perunding W. Halim. Lot 927-C, Tingkat Atas, Jalan Kuala Berang, Kg. Wakaf Beruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu)

Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik ya.  😎

IKLAN & Hebahan

Bismillah. Perlukan khidmat perancangan harta pusaka seperti Hibah, Faraid, Wasiat atau Deklarasi Harta Sepencarian?

Kami menyediakan khidmat merancang dan menguruskan dokumen Wasiat, Hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian di Putrajaya, Bandar Seri Putra & Bandar Baru Bangi.

Call kami 011-3292 8711 sekarang, atau, cari 'Khaidir Zakaria' di Google Search untuk info lanjut.



istana kehakiman putrajaya




Ogos 15, 2015

Panduan Pembahagian Pusaka dalam Islam


1. Apabila meningal dunia seorang bapa dan meninggalkan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan, maka anak yang lelaki mendapat dua kali ganda anak perempuan, umpamanya kalau harta peninggalan bernilai RM 900 ribu, maka anak lelaki mendapat RM 600 ribu dan anak perempuan RM 300 ribu, (Kalau hanya anak lelaki sahaja, maka semua harta dapat kepadanya). Kalau anak lelaki tidak ada, cuma anak perempuan seorang sahaja, maka ia mendapat 1/2 dari harta dan jika anak perempuan dua orang atau lebih, maka mereka mendapat 2/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

2. Ibu dan bapa masing-masing mendapat 1/6, jika si mati itu mempunyai anak. Jika si mati tidak mempunyai anak, maka ibunya mendapat 1/3. Tetapi jika si mati meninggalkan beberapa saudara, maka ibunya mendapat 1/6 juga. Semuanya itu sesudah dibayarkan segala hutang-hutangnya dan wasiat-wasiatnya si mati  kepada masjid atau fakir miskin dan sebagainya.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

3. Kalau si mati tidak beranak maka saudara perempuan (seibu sebapa atau sebapa saja) mendapat 1/2, tetapi kalau saudara perempuan itu dua orang atau lebih, mereka mendapat 2/3. Dan kalau berhimpun saudara lelaki dan saudara perempuan, maka si lelaki mendapat dua kali yang di perolehi oleh perempuan.

Rujuk Surah An-Nisa : 176

4. Suami mendapat pusaka dari isterinya yang meninggal 1/2, jika isterinya itu tidak beranak. Jika mempunyai anak, maka suami mendapat 1/4. Isteri mendapat pusaka dari suaminya yang meninggal 1/4, jika suaminya itu tidak mempunyai anak. Jika ada anak, maka isteri mendapat 1/8  dari harta peninggalan. Jika si mati itu tidak beranak dan tidak juga berbapa, maka ketika itu mempusakai saudara seibu (lelaki atau perempuan). Jika ia seorang mendapat 1/6 dan jika dua orang atau lebih mereka mendapat 1/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 12

Hubungi kami hari ini untuk maklumat dan khidmat menyediakan dokumen Wasiat yang komprehensif. 

Khaidir Zakaria, Putrajaya
011-3292 8711
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Ogos 05, 2015

Tanggung Jawab Waris Terhadap Harta Pusaka Si Mati

FARAID kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka dalam Islam. 





Sebaik sahaja selepas berlaku kematian seseorang dan sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut hukum faraid, waris-waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa hak yang berkaitan dengan harta si mati iaitu:

1. Belanja Pengurusan Jenazah 
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk segala urusan yang berkaitan pengurusan jenazah yang diiktiraf oleh syarak. Perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta si mati termasuklah pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur, upah membawa jenazah ke kubur sama ada dengan cara diusung atau dibawa dengan kereta jenazah dan sebagainya.

2. Menyelesaikan Hutang Si Mati (jika ada) 
Setelah pengurusan jenazah disempurnakan, maka hendaklah dilunaskan pula segala hutang si mati. Hutang dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah S.W.T. dan hutang kepada manusia. 

3. Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian 
Mengikut amalan di Malaysia, setelah menyelesaikan hutang-hutang si mati, suami atau isteri si mati boleh menuntut pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlaku kematian salah satu pihak sama ada suami atau isteri. Penentuan kadar harta sepencarian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

4. Wasiat Si Mati (jika ada) 
Setelah diselesaikan hutang-hutang dan diputuskan pembahagian harta sepencarian, waris-waris hendaklah menunaikan wasiat jika si mati semasa hayatnya ada meninggalkan wasiat sebagaimana dalam perbincangan seterusnya.

5. Faraid 
Setelah diselesaikan semua perkara-perkara seperti di atas, barulah baki daripada harta si mati itu dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum faraid sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana urusan perlantikan wasi dan pentadbiran Wasiat. 


Khaidir Zakaria
011-3292 8711

as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya

Ogos 03, 2015

Lima Keadaan Hukum Berwasiat




Apakah Hukum Berwasiat ?


Hukum berwasiat terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan keadaan-keadaan tertentu iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib: Iaitu mewasiatkan sesuatu yang wajib dalam tanggungan pewasiat sama ada ia terdiri daripada hak-hak Allah S.W.T. dan hamba seperti mengeluarkan zakat, kifarat, nazar, haji, fidyah dan puasa, menunaikan hutang terhadap pemiutang dan memulangkan barang wadi‘ah kepada tuannya. Dalam keadaan ini, membuat wasiat adalah wajib.

Sunat: Iaitu mewasiatkan harta pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk golongan tertentu dan kaum kerabat yang tidak akan menerima harta pusaka, fakir miskin, anak angkat, orang yang dalam keperluan, orang yang berhajat, yayasan   kebajikan dan agama seperti masjid dan sebagainya.

Harus: Iaitu mewasiatkan untuk golongan tertentu termasuklah kaum kerabat yang kaya dan lain-lain.

Makruh: Iaitu mewasiatkan harta bagi tujuan yang makruh di sisi syarak seperti wasiat untuk mendirikan binaan di atas kubur.

Haram: Iaitu mewasiatkan harta kepada perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Wasiat jenis ini dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh ahli-ahli waris.

Khaidir Zakaria
as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya Cyberjaya

Jun 11, 2015

Bersama Tun Mahathir di Putrajaya

Alhamdulillah minggu lepas berpeluang bertemu Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Kami sempat berbual ringkas.


Saya menghormati dan menghargai jasa baik beliau sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia.

Bersama Tun Mahathir di LPF Putrajaya
Bersama Tun Mahathir Mohamad

Jun 17, 2014

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

"6 Bulan Pertama, Hanya Susu Ibu"


Minggu lepas aku kerap ke Hospital & Klinik sekitar Putrajaya, ada beberapa perkara yang aku fikir berguna untuk di kongsikan bersama pembaca weblog ini dan rujukan kepada penduduk setempat Putrajaya terutamanya.

Objektif penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah ini diharap boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk berkongsi masalah atau pertanyaan berkaitan susu ibu.

Berikut adalah senarai nama Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu W.P Putrajaya bers.

Hospital Putrajaya

  • Dewan Bersalin (0383124238)
  • Wad O&G 2A 0383124338)
  • Wad O&G 2B (0383124336)
  • Wad Pediatrik 2C (0383124340)
  • Unit Rawatan Rapi Bayi (0383124328)
  • Klinik O&G (0383124309)
  • Klinik Pediatrik (0383124310)
  • Unit Pendidikan Kesihatan (0383124200) ext 1104


No Talian Penting Klinik Berhampiran Hospital Putrajaya

  • Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 (0388883057)
  • Klinik Kesihatan Presint 3 (0388880241)
  • Klinik Kesihatan Presint 11 (0388811732)
  • Klinik Kesihatan Dengkil (0387686355)
  • Klinik Kesihatan Puchong (0380611814)
  • Klinik Kesihatan Salak (0387069011)
  • Klinik Kesihatan Sri Kembangan (0389455929)
  • Klinik Kesihatan Bangi (0389258707)
  • Klinik Kesihatan Changgang (0331491355)

Februari 05, 2014

Khidmat Masyarakat di Putrajaya dan Cyberjaya

Teks : Khaidir Zakaria
Lokasi : Putrajaya dan Cyberjaya

Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya

Pusat Pembelajaran Kejiranan
Pusat Pembelajaran Kejiranan


Sebagai warga Putrajaya dan Cyberjaya dengan ini aku menawarkan khidmat menguruskan permohonan kad perubatan dan perkongsian maklumat berkaitan perlindungan Takaful untuk ahli keluarga tersayang dan juga perancangan harta pusaka (wasiat, hibah, faraid, dll.) 

Sebarang pertanyaan boleh ajukan via phone call/whatsapp/telegram 011 3292 8711.

Untuk pertanyaan dan temujanji, boleh berjumpa di mana-mana Kompleks Kejiranan P9, Surau Al Mizan Persint 8, Surau Al Fuqran Persint 11, P16, Masjid Tuanku Mizan atau di Old Town White Coffee Kopitiam Cyberjaya (bersebelahan DHL, Maybank dan Fujitsu). 

Khaidir Zakaria , Putrajaya 

Januari 21, 2014

Senarai Komplikasi-komplikasi Bersalin

Bismillah.

Berikut adalah senarai komplikasi-komplikasi yang berkaitan ketika hamil dan bersalin. Ia dilindungi dalam package pelan Prudential BSN Takaful : HealthEnrich. Sila rujuk pakar perubatan berdekatan berkaitan maklumat tepat mengenai simptom 8 penyakit dibawah.

Dengan faktor permakanan, persekitaran,  kos perubatan dan kos sara hidup yang tinggi, saya sangat mengalakkan cik dara, bakal ibu, puan dan suami mendapatkan maklumat lanjut dan dapatkan kad perubatan ini secepat mungkin bagi melindungi isteri , bakal cahaya mata dan dalam masa yang sama membantu pengurusan kewangan anda pada masa hadapan. 

Produk HealthEnrich ini adalah patuh syariah. Hubungi saya hari ini untuk urusan temujanji dan pendaftaran kad perubatan. Terima kasih.

Khaidir Zakaria
011 2826 1061

Januari 19, 2014

Kos Pendidikan Sekolah Swasta di Malaysia.





Sila lihat jumlah yuran tahunan tersebut. Kita sedang bicara tentang kos pendidikan untuk masa hadapan. Nilai yang begitu tinggi seperti juga kos perubatan dan sara hidup. 


Pada pandangan saya, amat merugikan mereka yang tidak menghargai masa dan peluang. Sebagai bapa, pengorbanan hari ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita esok hari. Uruskan kewangan anda dengan bijak, cari dan wujudkan peluang menambah sumber pendapatan. Individu yang malas mencari ilmu adalah individu yang jauh ketinggalan.

Simpanan Pendidikan di Pelan Takaful adalah salah satu alternatif untuk anda. Fikirkan dan selamat hujung minggu.

Rujukan : The Edge Malaysia
Foto : FB Jason Teoh