Februari 28, 2014

Putaran Kehidupan KITA.

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Pengalaman & Pandangan Peribadi

0 - 18 tahun 

Masa kita bergantung kepada Ibu Bapa,
Masa kita belajar tentang ABC, Alif Ba Ta, 1 2 3,
Masa kita dengar lagu Rasa Sayang eh Rasa Sayang Sayang eh!.
Masa kita 'kontrak' loan PA-MA.
Masa kita gatal nak 'ber-cinta-monyet'.

19 - 21 tahun

Kita dah tamat pengajian di Kolej atau barangkali Universiti itu-ini,
Tak kira lah Universiti IPTA atau IPTS atau IPT 'Antarabangsa',
Loan dulu-lah, PTPTN kan ado,
Kita dah di-set dalam kepala OTAK kita LOAN dulu-LAH!

22 - 55 tahun

Apply kerja,
Dah kerja,
Tak kerja,
LOAN-lah, Kredit Kad,
Beli kereta 'laju' baru,
Beli handphone baru,
Beli kasut baru,
Asyik nak BARU ajerr!

Sekarang masa GATAL, kawin-lah, kawin pun nak grand, LOAN-lah, Okay sekarang dah KAWIN.

Ada Anak, Comel, Alhamdulillah.

Sekarang masa isteri, anak, IBU BAPA pula bergantung kepada KITA,
CUBA renung kembali, masa pengorbanan IBU BAPA kita,
Ikut perut demi mahu anaknya BERJAYA,
Demi mahu melihat anaknya senang kemudian hari,
Bukan harap balasan.

TAPI, 
Mampukah kita ?
Mampukah kita memberikan kebahagian kepada mereka?
Mampukah kita membantu mereka?
Mampukah kita memberi kasih sayang?
Mampukah kita membalas jasa mereka?
Mampukah kita ?

56 - dan seterusnya..

Kita akan pergi,
Pasti pergi,
Mungkin kita pergi lebih awal,
Pergi selamanya meninggalkan dunia,
Pergi meninggalkan nama,
Pergi meninggalkan ...
Apa yang kita BAWAK?

SEMUA ini tentang pengurusan kehidupan. Pengurusan Risiko. KITA harus ambil tahu, belajar dan rancang terlebih dahulu. Kita merancang, Allah yang menentukan.

Kita ikhtiar.
Kita berdoa,
Kita berusaha,
Kita tawakal,
Letak jauh-jauh EGO tu.

Ya Allah! Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangiku di waktu aku kecil.

Amin ya Robb.

Tiada ulasan: