Februari 10, 2014

Cerita Petang

Selepas selesai meeting dan negotation tempoh hari jam 1300H, aku tiada appointment yang dijadualkan hingga jam 1530H. So, aku pun 'window shopping' di car showroom Mercedes & Porsche.

Aku memang sengaja menyinggah showroom tu untuk jadikan kayu api pembakar semangat. Dalam masa yang sama aku akan menyapa tetamu lain yang hadir, bertanyakan khabar, business, itu dan ini. (nak kata as fact finding prospect pun yer juga, ahha!)

Kalau ikutkan minat aku lebih suka jenama/model Itali, Alfa Romeo. Okay itu tak dinafikan dan aku dikenali dengan nama Tuah di kalangan ahli kelab pemilik Alfa Romeo di lembah Klang. Selain itu, aku juga suka jenama model Subaru Sti, Porsche 911, Audi RS4/R8 dan Bentley CGT. (Tidak salah berangan dahulu, rezeki dari Allah, mana tahu esok2 Allah makbulkan doa, amin.)

Back to the topic. Kebanyakkan yang datang ke showroom kereta ini aku lihat mereka yang berpendapatan baik, pakaian cantik, ahli perniagaan dan ada yang gaya sedikit sombong, tetapi tidak semua.

Aku pun mulai borak dengan ejen penjual kereta tersebut. Aku tegur dia, dia jawab bersahaja. Barangkali dia pandang lekeh. Aku pun bertanya tentang model, spec, road handling, harga, AP, maintenance dan bla bla. Nak dijadikan cerita, perbualan kami menjadi semakin ramah dan selesa. So, mudah lah untuk aku dapatkan beberapa info yang aku perlukan. Bingo!

Bertukar kad business itu perkara wajib setiap kali berjumpa kenalan baru. Menjaga kepercayaan dan hubungan baik itu juga penting. Ada kata mengatakan, "Its not always what you know, is about who you know".

Okay, nanti kita sambung cerita lagi. :-)


Tiada ulasan: