Februari 07, 2014

Kerjaya Perunding Kewangan PruBSN Takaful

Al Isra' Associates Sdn Bhd telah di tubuhkan di Malaysia pada September 2006 bersamaan 27 rejab, 1427 Hijrah. Syarikat ini diberi nama sempena peristiwa Israk dan mikraj yang mana Al-Isra' itu sendiri membawa maksud 'perjalanan'.

Al Isra' Associates Sdn Bhd
Al IsraAssociates Sdn Bhd

Al-Isra' di tubuhkan bagi memenuhi beberapa objektif seperti berikut :

  1. Menyatukan hati-hati semua pihak termasuk perunding kewangan,pengurus-pengurus unit, kakitangan sokongan dan pelanggan dengan mempraktikkan ajaran islam di dalam urusan kerja seharian.
  2. Mendidik semua pihak (pengurus, perunding kewangan,kakitangan,rakan niaga) tentang kepentingan perancangan kewangan islam di dalam mencapai matlamat hidup mereka.
  3. Menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif kepada semua pihak bagi membantu mereka berjaya di dalam kerjaya.
  4. Melahirkan perunding-perunding kewangan dan pengurus bumiputera yang hebat dan luarbiasa bagi menghadapi cabaran di dalam dunia insurans dan takaful yang sangat kompetitif.
  5. Menggabungkan kepakaran setiap perunding kewangan yang ada memandangkan setiap mereka datang dari latar belakang dan disipin yang berbeza.
  6. Mengendali perunding-perunding kewangan dengan berlandaskan amalan yang sihat dan standard bagimembentuk suatu pasukan yang kuat dan bergerak dalam sinergi mencapai objektif mereka.
  7. Mengumpul dana dari semangat berpasukan dan tidak berorentasikan keuntungan bagi menyokong perkembangan perniagaan.

Kepada mereka yang berniat dan berminat menceburi kerjaya bidang Pengurusan Kewangan Islam selaku pasukan rakan kerja, sila hubungi Team Lead saya iaitu En Aziz Riadi di talian 019-323 2121 / 019-355 2121

Terima kasih

Tiada ulasan: