Memaparkan catatan dengan label Khaidir Zakaria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khaidir Zakaria. Papar semua catatan

Februari 13, 2015

'Awak Kat Mana' Khaidir Zakaria ?

Bismillah

Alhamdulillah. Tahun ini sibuk UnLearn, ReLearn & Focus dan sedang menyambung pengajian Islamic Financial Planning di Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan penghijrahan kareer.

Insha Allah akan di kongsikan serba sedikit pengalaman tentang dunia industri Takaful terutamanya bersama anda bila ada kesempatan untuk berceloteh di weblog ini.

'Awak kat mana' ?  Saya masih di sini terus maju kehadapan.

Saya juga aktif di media sosial


Telegram.me/KhaidirZakaria ,
Twitter @KhaidirStudios ,
Google plus Khaidir Zakaria   

Khaidir Zakaria, Cyberjaya

Bersama Raja Ahmad Khiruddin di GTower Hotel KL

Jun 30, 2014

Surround Yourself With The Right People

Add caption

Surround Yourself With Right People

  • Working Malaysians need to have an insurance coverage of about nine times their annual salary, according to a study by the Malaysian Takaful Association (MTA).
  • We lean on our friends a lot. We share our successes and challenges with them. It’s important these people be the ones who support and encourage us. We must find a support system of friends who will support and challenge us. Surround Ourself With The Right People.
  • Rasulullah  bersabda: “Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat
  • Sekiranya anda tidak mempunyai servicing agent takaful dan mempunyai pertanyaan berkaitan pelan takaful keluarga / takaful perniagaan, sila hubungi kami di talian +601132928711 untuk bantuan proses membuat tuntutan ‪‪T‎akaful‬.


Happy Ramadan 1435H Al-Mubarak and a smooth fasting month, wherever you are.

Jun 29, 2014

Amanah Ayah

Nur Aisyah Humaira binti Khaidir


Imam al-Ghazali mengatakan "Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan mutiara yang bersih tanpa ukiran dan gambar. Dia siap untuk diukir dan cenderung kepada apa saja yang mempengaruhinya. Jika dia dibiasakan dan diajarkan untuk berbuat kebaikan, maka dia akan menjadi anak yang baik. Dengan begitu, kedua orang tuanya akan berbahagia di dunia dan akhirat. Demikian juga guru dan pendidiknya. Sedangkan apabila dia dibiasakan berbuat jahat dan dibiarkan begitu saja seperti membiarkan haiwan ternak, maka dia akan sengsara dan binasa. Dosanya pun akan dipikul oleh orang yang bertanggungjawab untuk mengurusnya dan walinya."

Nur Hanania Binti Khaidir Zakaria — at Cyberjaya

Mei 30, 2014

Selamat Ulang Tahun Khaidir Zakaria

Mohamad Manmohan Abdullah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Hari ini 1 Syaaban 1435H dan hari ini juga adalah hari ulang tahun kelahiran-ku yang ke-3x an.

Syukur Alhamdulillah. Jutaan terima kasih di atas semua ucapan doa rakan2 social media eg bloggers, FB-ers, text dan personal call.

Diantara perkara menarik hari ini adalah menerima ucapan doa daripada Pengerusi MDRT Malaysia iaitu saudara En Mohamad Manmohan Abdullah.

Saya sangat teruja menerima ucapan doa beliau. Alhamdulillah. Moga impian ini menjadi kenyataan, ameen ya robb.

Ya Allah, jangan lah Engkau membolak-balikkan hati ku ini, teguhkanlah hati ku atas agama-Mu.

Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim

Terima kasih

Februari 11, 2014

Its a matter of mindset.

Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.
Its a matter of mindset.

Yes, its a matter of mindset. Itu adalah perkara utama yang menjadi penghalang dan kekuatan kita. Semalam selepas pulang dari library IBFIM, aku hadiri appointment. Seperti biasa berkongsi pandangan dan cadangan penyelesaian masalah yang dihadapi prospek. Dalam pada masa yang sama, aku belajar tentang pengajaran dan tauladan dari masalah yang dihadapi prospek, so, aku tak perlu ulang kesilapan yang sama dan pada masa yang sama juga menjadi modal untuk aku share panduan dan pengalaman ini dengan prospek yang lain untuk dijadikan contoh.

Ilmu perlu di cari, amal dan kongsi. Ia tidak merugikan, aku percaya bab tu. So, tak perlu risau tentang idea ini di tiru oleh orang lain.

Tentang mindset. Kalau dalam kotak fikiran kita dah set, 'eh i cant do it, eh tak boleh doh, eh macam tipu je, eh poyo lah ko, eh aku takut lah, eh boleh ker macam tu?'

Bagaimana pula bila mindset kita kata 'Yes, i can do it, Yes, insya Allah, Yes, there is a way to solve the problem, Yes, awek tu sure suka aku punya, Yes, aku dah usaha sebaik mungkin, insya Allah pasti ada hikmah kegagalan ini'.

Nampak tak perbezaan tu? So, kalau mindset kita positive, maka kita akan menjadi positive dan sebaliknya.

Point aku nak share tentang mindset ini adalah bila kita dah set dalam fikiran kita boleh melakukan yang terbaik, insya Allah hasilnya pasti baik.

Bagaimana untuk dapatkan dan kekalkan mindset yang baik  ini?

Very good question. Macam ni, ini apa yang aku praktik.

Contoh : Sekiranya aku risau dan nervous nak berdepan dengan prospek A ini, aku akan bayangkan dia adalah kawan baik aku yang sudah lama aku kenal. Aku akan bayangkan dia sangat berminat ingin tahu tentang apa yang nak aku kongsikan ilmu pengurusan kewangan. Aku akan bayangkan dia suka bercakap dengan aku.

So, bila aku dah set fikiran positive, untuk langkah seterusnya ia menjadi mudah. TAPI, janganlah ko set awal2 to the point 'aku sure gagal-lah' nak bercakap dengan prospek ini hanya kerana prospek adalah seorang Dato'

Ini pengalaman sebenar aku, disebabkan Dato' ini lewat hadir temu janji, aku boleh sound dalam bahasa sopan.. 'Dato' , saya minta maaf waktu temu janji saya bersama Dato' sudah selesai, saya ada 2 lagi appointment yang perlu saya hadir dengan menepati masa. Izinkan saya minta diri dan boleh kita set masa appointment kita esok jam 11am di office Dato' ?

Dato' tu terdiam dan menjawab, I'm sorry and okay. Alhamdulillah, sekarang ini Dato' tersebut adalah salah seorang clients aku dalam projek IT. Lepas ni aku nak slowly approach dia jadi client Takaful aku pula. Insya Allah.

Okay, dah hampir jam 6 pagi, lets prepare for Solat Subuh.

Have a good day!



Januari 22, 2014

Basic Negotiation Skills

Bismillah

Sesi knowledge sharing subject "Basic Negotiation Skills" bersama rakan-rakan volunteers Kindness Malaysia.

Alhamdulliah, sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat.

Diantara point penting yang saya nak kongsikan tentang perbincangan tadi menurut pemahaman saya ;
  • Fokus = Istiqamah
  • Rancang Pelan 
  • Rancang Pelan Kecemasan (Contingency Plan)
  • Kenal pasti kelemahan dan kekuatan diri - sumber semasa
  • Fahami tentang Body Language (ia sangat membantu di dalam urusan urus niaga)
  • Mendengar, Melihat dan Memahami situasi. 
  • Kesungguhan & Kreatif
Disamping itu, saya sangat mengalakkan rakan2 yang ada kelapangan meluangkan sedikit masa untuk melibatkan diri dengan mana-mana badan NGO atau hadiri majlis ilmu di Masjid dan sebagainya. Rapatkan diri dengan majlis ilmu dan jadikan ia habit walaupun hanya melakukan kebaikan yang kecil.

Sesungguhnya, jika kita tidak menghargai akal, tenaga, peluang dan masa muda ini dengan aktiviti yang bermanfaat ia sangat merugikan.






Januari 17, 2014

Laman Facebook Khaidir Zakaria

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,


(Makluman)


Saya juga aktif mengemaskini info berkaitan Perancangan Harta Pusaka Islam di media sosial seperti Facebook Page. Kepada anda yang aktif di Facebook, jemput lawat, share knowledge dan click  Facebook Page Khaidir Zakaria

Terima kasih

Facebook Page Official Khaidir Zakaria
Facebook Khaidir Zakaria





Januari 05, 2014

Selamat Datang ke Weblog Khaidir Zakaria

Biografi Ringkas Khaidir Zakaria


Bismillah

Khaidir Zakaria menyediakan khidmat runding dan nasihat produk kewangan Islam berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Takaful adalah pilihan alternatif kepada pelan Insurans Konvensional. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti di bawah:



  • Pengurusan Pembelian/Pinjaman Perumahan (Mortgage Reducing Term Takaful - MRTT)
  • Pengurusan Permohonan Pelan Kad Perubatan Takaful Keluarga (Individu)
  • Pengurusan Hartanah (Land & Property) (Projek terkini PUSU Heights di UIAM Gombak, 65 lots, 3750psf) limited
  • Pengurusan Perlindungan Perniagaan Takaful "Key Person, Keyman". 
  • Taklimat PERCUMA Pengurusan Risiko di Firma, Kolej, Universiti, Syarikat, Sekolah (by Appointment)
  • Perancangan Harta Pusaka Islam - as-Salihin Trustee Berhad


Khaidir Zakaria adalah ejen berlesen dan berdaftar dengan Malaysian Takaful Association, ahli Life Insurance Associates Malaysia, ahli ordinary The Malaysian Insurance Institute, ejen Takaful Takaful Ikhlas Berhad, Islamic Estate Planner di as-Salihin Trustee Berhad, Pelajar Diploma Malaysian Insurance Institute, ahli Institute Bank-Bank Malaysia IBBM dan ahli Islamic Financial Planner di Islamic Banking Finance Institute Malaysia (IBFIM).


Email : Khaidir.Zakaria@ gmail.com
Twitter : @khaidirstudios
Facebook : fb.com/KhaidirZakaria
LinkedIn: Khaidir Zakaria