Oktober 19, 2014

Panduan Mendaftar Peperiksaan Asas Takaful

Maklumat Penting Yang Bakal Ejen Takaful Perlu Tahu Tentang Perperiksaan Asas Takaful 


TBE adalah satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan bagi mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan Takaful di Malaysia.




TBE juga mampu menambahkan pengetahuan para ejen untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang adil dan berwibawa kepada para prospek mengikut keperluan prospek itu sendiri.

Peperiksaan Asas Takaful (TBE - Takaful Basic Examination) dijalankan sepenuhnya secara atas talian dan berasaskan komputer dengan pilihan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Jumlah markah lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) ialah sekurang-kurangnya 55 markah.

Peperiksaan ini adalah kelayakan mandatori bagi meningkatkan dan menambah baik tahap kompetensi dan profesionalisme ejen-ejen Takaful di Malaysia.


Syarat-syarat layak menduduki Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM/MCE atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Takaful Association (MTA)


Peperiksaan ini dijalankan secara atas talian di pusat-pusat peperiksaan yang telah ditetapkan dan mengandungi tiga (3)  bahagian iaitu:
  • Bahagian A: Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan - 13 Bab
  • Bahagian B: Takaful Am - 6 Bab
  • Bahagian C: Takaful Keluarga dan Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILTP) - 15 Bab


TBE-Peperiksaan-Asas-Takaful
Format Peperiksaan Asas Takaful


Sumber Bahan Rujukan 

Amalan Asas Takaful (Tahap Permulaan untuk Pengamal)
ISBN : 978-967-0149-24-0
639 muka surat/ RM56
Ahmad Mazlan Zulkifli
(Buku ini boleh dibeli di Perpustakaan & Bookshoppe IBFIM di Aras 5, Dataran Kewangan Darul Takaful, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur atau di mana-mana cawangan MPH, Kinokuniya, Perpustakaan Negara, MII dan kedai-kedai buku terpilih).

Nota e-Book PERCUMA dalam format .pdf untuk 
Bahagian A (99 pages , size 1,136KB)
Bahagian B (96 pages , size ) & 
Bahagian C (81 pages, size 625KB) 
boleh dapatkan daripada saya via email ke khaidir.zakaria@gmail.com

****

Sila baca terlebih dahulu dan rujuk URL ini, sebelum membuat sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, bayaran online,  lokasi peperiksaan, pembelian buku rujukan, syarat-syarat peraturan TBE, sijil, yuran dan proses aliran TBE. Atau, sila berhubung terus dengan menghubungi khidmat pelanggan IBFIM 03-2031 1010 

P.S : Saya sangat menggalakkan calon untuk membaca buku rujukan (Amalan Asas Takaful), bagi memahami konsep Takaful dan merujuk dengan mereka yang berpengalaman sebelum menghadiri peperiksaan TBE. Ini bagi memudahkan calon memahami serba sedikit dunia realiti industri Takaful. Diharap panduan ini memberikan sedikit sebanyak pengalaman yang baik kepada anda. Untuk komen penambahbaikan, saya alu-alukan cadangan daripada anda. Terima kasih. 

Tiada ulasan: