Oktober 04, 2014

PruBSN UmmahLink

Pelancaran produk baru pelan berkaitan pelaburan PruBSN UmmahLink pada 5 Oktober 2014


Pelan ini akan menggantikan pelan tradisional yang sedia ada, PruBSN Ummah.






PruBSN UmmahLink ialah sebuah pelan berkaitan pelaburan unik yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan perlindungan, tujuan simpanan selamat dan peluang untuk meningkatkan simpanan melaluli dana-dana berkaitan pelaburan. Produk ini direka khas untuk disesuaikan dengan gaya hidup pelanggan moden.


Manfaat CashBuilder, sebagai sebahagian daripada PruBSN UmmahLink, turut menyediakan :

  • Perlindungan hayat apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Perlindungan hayat berganda untuk Kematian atau TPD semasa menunaikan Haji atau Umrah (perjalanan tanpa had) – untuk orang Islam sahaja.
  • Badal Hajj sebanyak RM 3,000 (ini akan dibayar bagi orang bukan Islam sebagai tambahan kepada manfaat kematian biasa)
  • Khairat Kematian sebanyak RM 2,000
  • Bayaran Tunai setiap 2 tahun melalui CashBuilder
  • Cabutan SSP BSN bulanan (sila rujuk laman web BSN untuk maklumat lanjut mengenai hadiah yang ditawarkan)
  • Jumlah perlindungan yang minimum bagi PruBSN UmmahLink ialah RM 25,000.
  • Umur minimum untuk PruBSN UmmahLink ialah 19 tahun umur hari jadi akan datang (a.n.b.) sementara umur maksimum ialah 70 a.n.b.
  • Tempoh manfaat untuk PruBSN UmmahLink adalah sehingga 80 a.n.b
  • Sumbangan minimum untuk PruBSN UmmahLink ialah RM150 sebulan (termasuk sumbangan CashBuilder).
  • Sumbangan dan Tabarru’ yang dikenakan adalah tidak dijamin dan boleh diubah dari masa ke semasa.  Notis bertulis terlebih dahulu akan diberikan kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.
  • Bayaran Tunai tetap setiap 2 tahun
  • Pemindahan secara automatik ke Tabung Haji atau akaun bank peribadi anda
  • Simpanan berkala dan potensi untuk mendapatkan pulangan pelaburan melalui dana-dana berkaitan pelaburan.
Untuk pertama kalinya di pasaran, pelan ini memperkenalkan ciri yang sangat unik yang memberi hak kepada pelanggan yang menyimpan di dalam pelan ini untuk layak di dalam cabutan bertuah bulanan melalui Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (SSP).



Untuk penerangan lanjut dan temujanji, sila hubungi kami di talian +6011-3292 8711


Terima kasih

Tiada ulasan: