Oktober 29, 2014

Petua Merawat Saluran Darah Jantung Tersumbat

Resepi ini dikongsikan oleh Mufti Mohammed Kantharvi, London UK untuk di kongsi bersama.


Bahan-bahan: 


  • 1 cawan pati Halia – lebih kurang 6 inci halia yang di blender.
  • 1 cawan pati Bawang Putih – lebih kurang 5-6 labu bawang putih yang dikupas dan dikisar.
  • 1 cawan pati Lemon – lebih kurang 4-5 biji lemon
  • 1 cawan pati Cuka Apple
  • 3 cawan Madu Kelulut (800gm)


For Your Heart Vein Opening
For Your Heart Vein Opening

Cara Hidangan Petua Merawat Saluran Darah Jantung Tersumbat


Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang sederhana selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu kelulut semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari sekali sehari sebelum sarapan pagi atau seusai solat subuh. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Dengan izin Allah, rawatan ini akan berhasil.

Sila rujuk Doktor anda untuk maklumat kesihatan semasa anda sebelum mengamalkan tip ini.

Rujukan :
Garlic Juice Heart Desease Cure
Tip Kesihatan Bersama Syarih - Petua merawat Saluran Darah Jantung Tersumbat

1 ulasan:

Unknown berkata...

Klu mkn ubat darah tinggi. mkn ramuan ni blh ke