Mac 18, 2014

Talent Longue Mingle and Pitch

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Mingle&Pitch

Bismillah.

Talent Longue Cafe

Bersama Founder Kindness.my dan Projek Iqra' di Talent Lounge, Damansara Perdana.



Majlis ilmu ini bertujuan berkongsi idea dan pengalaman kemahiran masing-masing. Aku suka majlis ilmu seperti ini kerana terdapat ramai dikalangan mereka yang kreatif dan mempunya idea yang gila-gila selain itu dapat menambah kenalan.

Kebelakangan ini aku suka share tentang aktiviti komuniti yang diadakan sebab aku rasa ia satu tanggung jawab sosial menyebarkan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Paling tidak aku dapat 'tumpang' satu token bekalan untuk masa akhirat nanti dengan menyebarkan majlis ilmu seperti Mingle & Pitch ini.

Berikut adalah maklumat lokasi, masa dan tarikh aktiviti. Dijemput semua untuk hadir memerah idea dan berkongsi idea super awesome anda!

Bila? 22 March 2014 (Sabtu)
Di mana? Talent Longue, PJ Trade Center, Damansara Perdana, Block A, (03-77222952)
Jam berapa? 745pm - 10pm (datang awal, solat Maghrib dulu)
Siapa Host?  Syed Azmi (0162184769) Projek #TamakPahala

Okay, kita jumpa disana nanti, Insya Allah.

Terima kasih

Khaidir Zakaria

Tiada ulasan: