Mac 22, 2014

Doa Dhuha

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan: Buku Panduan Mengerjakan Solat Sunat


Doa Selesai Solat Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikanMu,
Keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
Kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,Jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Tip Penting :

1. Lafaz niat “Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”.

2. Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat.

3. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah.

4. Dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.

5. Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

6. Setiap pagi diwajibkan seseorang itu bersedekah bagi pihak setiap anggota badannya.

7. Bertasbih (Subahanallah) adalah sedekah.

8. Setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah.

9. Setiap tahlil (La ilaha illallah) adalah sedekah.

10. Setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah.

11. Memerintah kepada kebaikan adalah sedekah dan melarang daripada keburukan adalah sedekah.

Kami mendoakan agar kita semua di beri kekuatan, kesabaran dan istiqamah dalam menunaikan solat Dhuha ini.  Mari-lah menuju kejayaan. Insya Allah.

Tonton video Doa Dhuha disini berserta lirik.

Tiada ulasan: