Mac 12, 2014

FREE Market TTDI

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Facebook FreeMarketTTDI

#FreeMarket Malaysia




Alhamdulillah.

Okay, hari ini aku nak share satu aktiviti komuniti yang best dan kreatif iaitu #FreeMarketTTDI aktiviti yang memberi secara percuma. BERI atau Ambil Apa Sahaja!

Ia bakal diadakan ada 16 Mac 2014 bertempat di Jalan Sehala (Bersebelahan Masjid At-Taqwa & Bakti-TTDI) off Jalan Dato Sulaiman, TTDI 60000 Kuala Lumpur, pada jam 09pagi hingga 11pagi.

Terdapat 130 parking lot disediakan berkonsepkan car boot sale kepada mereka yang berminat sebagai penyumbang dan ia berdasarkan 'first come, first serve basis' so, please datang awal.

Taniah diucapkan kepada mereka yang terlibat menganjurkan aktiviti ini dan moga ia bermanfaat kepada orang ramai. Insya Allah, aku akan hadir bersama Hanania dan Hadif untuk turut serta.

Jom! ;-) Kongsikan info ini pada kawan2 blogger yang lain.



Tiada ulasan: