Februari 26, 2015

MK Land Holdings Berhad

Bersama Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar di Institut Jantung Negara Hospital, Kuala Lumpur.








Februari 13, 2015

'Awak Kat Mana' Khaidir Zakaria ?

Bismillah

Alhamdulillah. Tahun ini sibuk UnLearn, ReLearn & Focus dan sedang menyambung pengajian Islamic Financial Planning di Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan penghijrahan kareer.

Insha Allah akan di kongsikan serba sedikit pengalaman tentang dunia industri Takaful terutamanya bersama anda bila ada kesempatan untuk berceloteh di weblog ini.

'Awak kat mana' ?  Saya masih di sini terus maju kehadapan.

Saya juga aktif di media sosial


Telegram.me/KhaidirZakaria ,
Twitter @KhaidirStudios ,
Google plus Khaidir Zakaria   

Khaidir Zakaria, Cyberjaya

Bersama Raja Ahmad Khiruddin di GTower Hotel KL

Januari 05, 2015

Bersama Dr Haji Abdul Aziz Hassan

Gambar kenangan bersama rakan kuliah dan guru yang kami hormati di Islamic Financial Planner (IFP) - Financial Planning Association Malaysia (FPAM) (2015 - 2016) di IBFIM Kuala Lumpur.

Kami berpeluang menuntut ilmu bersama beberapa orang pengamal industri kewangan Islam di IBFIM.

Perancang Kewangan Islam (IFP) direka khusus untuk profesional dan eksekutif yang berkhidmat dalam segmen runcit pasaran kewangan Islam. Inovasi berterusan produk kewangan Islam dan permintaan yang semakin meningkat bagi pelanggan runcit Islam yang arif memerlukan panggilan yang lebih tinggi untuk kecekapan dan amalan etika profesional perancangan kewangan.

Sukatan pelajaran program mempunyai empat (4) modul yang merangkumi semua aspek perspektif perancangan kewangan, dan modul-modul ini akan bersepadu sepenuhnya untuk mematuhi prinsip Syariah dan prinsip Islam.

Program berasaskan peperiksaan 4 Modul terdiri daripada perkara-perkara berikut:

Modul 1: Komponen Syariah dan Utama Perancangan Kewangan Islam
Modul 2: Perancangan Pengurusan Islam, Harta dan Waqf
Modul 3: Pelaburan Islam, Persaraan, Zakat dan Perancangan Cukai
Modul 4: Pembinaan Rancangan Kewangan Islam dan Tanggungjawab Profesional

Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti persijilan ini boleh daftar disini.

Dr Haji Abdul Aziz Hassan

Dr Haji Abdul Aziz Hassan
Bersama Dr Haji Abdul Aziz Hassan di IBFIM

Rakan Kuliah Islamic Financial Planner di IBFIM





Tuan Amir Bahari

Dr Haji Abdul Aziz Hassan


Rakan Kuliah Islamic Financial Planner di IBFIM

Bersama Hjh Fatimah Nor di Kuliah IFP, IBFIM MALAYSIA
Bersama Hjh Fatimah Nor di Kuliah IFP, IBFIM 

Dr Haji Abdul Aziz Bin Hassan

Disember 11, 2014

Shopping Buku Big Bad Wolf Book Sale 2014

Dah pergi The Big Bad Wolf Book Sale ? Kalau belum moh lerrr, banyak buku-buku yang bagus dan menarik untuk di beli dengan harga yang begitu berpatutan. Last day 21 December 2014, 11:59PM (Selasa).



Tip ke Big Bad Wolf Book Sale 2014

1. Ruang parking agak sesak, datang awal. Kos Parking RM3 - RM4 per entry. Boleh turun di Stesen Serdang Komuter, perjalanan dalam 25 minit dari Stesen berjalan kaki ke dewan buku.

2. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa, bawa beg sandang dan mineral water.

3. Kalau bawa anak, awasi anak-anak jangan biarkan berseorangan.

4. Luangkan masa dalam 2 ke 5 jam, ada banyak pilihan buku yang berharga dari RM2, RM6, RM8, RM10 dan ke atas sebuah buku. So, plan your budget dan masa wisely. ;)

5. Ruang dalam dewan buku luas dan tersusun mengikut genre.

6. Ia di buka selama 24 jam sehari ! Dan berakhir pada jam 11:59 malam 21/12/2014. Jom, jangan lepaskan peluang !

7. Bila dah ambil buku tu dan kalau ada buku yang tak jadi di beli, susun dan letak-lah di tempatnya semula dengan kemas dan bersih yer. Kita 'ulat buku' yang pembersih-kan ? ;)

Bagaimana nak ke #BigBadWolfBooks ? Okay, jom follow peta di bawah. Hopefully you guys tak sesat.

Rujuk di sini juga untuk maklumat penuh dari webpage BBWB.

Share-lah pengalaman you all juga bersama kami yer di ruang komen di bawah.

Terima kasih

Panduan Pendaftaran Haji

Panduan Pendaftaran Haji Melalui Penyata Akaun KWSP



Bangunan KWSP Jalan Raja Laut


Untuk makluman, untuk melakukan pendaftaran haji, jumlah simpanan akaun Tabung Haji perlu ada sekurang-kurangnya RM 1300.00. 

Dimaklumkan juga, selain itu, Tabung Haji juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran haji menggunakan penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pendaftaran haji melalui KWSP boleh dilakukan di kaunter


  • Cawangan Tabung Haji (TH);
  • Uniteller Tabung Haji iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat.


Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji KSWP

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Mempunyai akaun KWSP dan ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dalam Akaun 1 KWSP
  • Mempunyai akaun Tabung Haji
  • Berusia bawah 55 tahun
  • Pendaftaran haji kali pertama
  • Tidak muflis


Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji KWSP

  • Kad Pengenalan / MyKad.
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini.
  • Buku Akaun Simpanan Tabung Haji (Bagi pendaftaran di Bank Islam dan Bank Rakyat).
Pendaftaran haji secara online boleh dilakukan di Portal MyTaha mahupun melalui perkhidmatan Maybank2U.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC

Sumber : Lembaga Tabung Haji

November 23, 2014

Karnival Upin Ipin Mengecewakan

Super Extremely Mengecewakan!

Kami sangat kecewa dengan pengurusan Karnival Upin Ipin & PICC . Dari sudut keselamatan, pengurusan parking, support crew event Upin Ipin, ruang legar menonton semuanya sangat-sangat-sangat mengecewakan!

Kami sekeluarga pergi pada pagi Sabtu, semalam.

Sedikit pesanan untuk mereka yang nak ke Karnival Upin Ipin :
  • Sediakan beg yang sesuai kecil jika boleh untuk peralatan anak-anak seperti botol susu, susu, mineral water dan sebagainya. Sebolehnya jangan bawa kerusi tolak (Stroller) anak.
  • Parking-lah dengan cermat dan tidak menyusahkan orang lain walaupun pengurusan parking di PICC sangat mengecewakan. Boleh parking di Putrajaya Sentral (RM2 per entry) dan naik bas ke PICC, kemudian jalan kaki menyusuri bukit.
  • Kawal emosi anda sebolehnya atau keluar sahaja majlis untuk mengelakkan pasangan suami-isteri bergaduh di sebabkan suasana sesak yang teramat. 
  • Bawa bekal makanan dan minuman untuk anak-anak sebab harga makanan mahal dan susah untuk di beli (beratur panjang) (P.S : Pesanan ini untuk anak anda yang super aktif dan ramai).
  • Pakai-lah kasut dan pakaian yang sesuai untuk ke majlis yang ramai orang dan penuh sesak. 
Untuk pasangan ibu-bapa yang jenis tak sabar tak di galakkan pergi, kalau nak pergi juga, cuba arrange masa pergi selepas Maghrib sebelum jam 10 malam. Atau, lebih baik pergi MAHA 2014.

Di harap, pihak pengurusan Karnival Upin Ipin dapat belajar dari kesilapan dan kelemahan yang berlaku pada event kali ini (Katanya ini event kali ke-4).

Kami sebenarnya bangga dengan perkembagan hasil kerja tanggan Les' Copaque Production menghasilkan animasi kartun Upin & Ipin ini hingga ke peringkat antarabangsa. Moga terus maju!


Diharap untuk Karnival Upin Ipin yang akan datang tidak mengecewakan lagi.

‪#‎upinipin‬ ‪#‎karnivalupinipin‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎picc‬ ‪#‎upinipinofficial‬

November 21, 2014

Panel Bahagian Pinjaman Perumahan (SPPi)

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) - Prudential BSN Takaful Berhad.




Apakah PruBSN Gadai Janji?


PruBSN Gadai Janji dapat membantu mengelakkan rumah keluarga anda daripada ditarik balik sekiranya anda tidak dapat meneruskan pembayaran balik pinjaman atas sebab-sebab kehilangan upaya atau kematian.

PruBSN Gadai Janji – satu pelan untuk melindungi hak milik kediaman keluarga anda.