November 23, 2014

Karnival Upin Ipin Mengecewakan

Super Extremely Mengecewakan!

Kami sangat kecewa dengan pengurusan Karnival Upin Ipin & PICC . Dari sudut keselamatan, pengurusan parking, support crew event Upin Ipin, ruang legar menonton semuanya sangat-sangat-sangat mengecewakan!

Kami sekeluarga pergi pada pagi Sabtu, semalam.

Sedikit pesanan untuk mereka yang nak ke Karnival Upin Ipin :
  • Sediakan beg yang sesuai kecil jika boleh untuk peralatan anak-anak seperti botol susu, susu, mineral water dan sebagainya. Sebolehnya jangan bawa kerusi tolak (Stroller) anak.
  • Parking-lah dengan cermat dan tidak menyusahkan orang lain walaupun pengurusan parking di PICC sangat mengecewakan. Boleh parking di Putrajaya Sentral (RM2 per entry) dan naik bas ke PICC, kemudian jalan kaki menyusuri bukit.
  • Kawal emosi anda sebolehnya atau keluar sahaja majlis untuk mengelakkan pasangan suami-isteri bergaduh di sebabkan suasana sesak yang teramat. 
  • Bawa bekal makanan dan minuman untuk anak-anak sebab harga makanan mahal dan susah untuk di beli (beratur panjang) (P.S : Pesanan ini untuk anak anda yang super aktif dan ramai).
  • Pakai-lah kasut dan pakaian yang sesuai untuk ke majlis yang ramai orang dan penuh sesak. 
Untuk pasangan ibu-bapa yang jenis tak sabar tak di galakkan pergi, kalau nak pergi juga, cuba arrange masa pergi selepas Maghrib sebelum jam 10 malam. Atau, lebih baik pergi MAHA 2014.

Di harap, pihak pengurusan Karnival Upin Ipin dapat belajar dari kesilapan dan kelemahan yang berlaku pada event kali ini (Katanya ini event kali ke-4).

Kami sebenarnya bangga dengan perkembagan hasil kerja tanggan Les' Copaque Production menghasilkan animasi kartun Upin & Ipin ini hingga ke peringkat antarabangsa. Moga terus maju!


Diharap untuk Karnival Upin Ipin yang akan datang tidak mengecewakan lagi.

‪#‎upinipin‬ ‪#‎karnivalupinipin‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎picc‬ ‪#‎upinipinofficial‬

Tiada ulasan: