November 04, 2014

Semua Tentang Kita

Istilah 'kita semua' lebih tepat berbanding 'kami' bagi maksud situasi pembayaran kos pembedahan, perubatan, elaun dan pampasan Takaful.


Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

Ini juga bermaksud, setiap sumbangan ke Dana Risiko – Tabarru' iaitu sumbangan derma kita adalah bagi membantu dan melindungi Peserta antara satu sama lain semasa berlaku musibah atau kecemasan. Manakala, Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

So, ia adalah 'kita semua' dan bukan 'kami' yang merujuk kepada Pengendali Takaful (mengikut model perniagaan Wakalah Bil Ajr), agensi XYZ itu sendiri mahupun ejen Takaful! (Ya, ejen Takaful juga merupakan salah seorang peserta yang menyumbang).

Remember, takaful itu adalah pelan perlindungan kewangan – berdasarkan keperluan dan keutamaan. 

Ambil langkah bijak mengurus cash flow anda, lindungi aset dan urus liabiliti dengan pengurusan risiko Takaful yang komprehensif.


Suzardi Maulan
P.S  : Saya mengalakkan anda membeli dan membaca buku Panduan Cash Flow tulisan ini untuk rujukan pelan pengurusan kewangan peribadi yang terurus. 


Tiada ulasan: