Januari 04, 2018

Sukarelawan di Kelas Putrajaya Prihatin

Kembali Berkhidmat di Kelas Putrajaya Prihatin


Beberapa hari lagi aku akan kembali berkhidmat pada setiap malam rabu dan khamis berkongsi ilmu Matematik di Kelas Putrajaya Prihatin yang bertempat di Aras 3, Dewan Solat Lelaki Tambahan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. 

Sukarelawan Kelas Putrajaya Prihatin
Kelas Putrajaya Prihatin


Kelas ini aku dan beberapa orang rakan sukarelawan mula tubuhkan pada April 2016. Kami bukan guru sekolah by profession. Kami mengajar berdasarkan pengalaman mahal yang kami belajar sepanjang jatuh bangun mengharungi cabaran masa kini. 

Di Kelas Putrajaya Prihatin kami menerapkan kemahiran insaniah / soft skills

Kami mengajar secara PERCUMA. Dana kami collect dari duit poket kami dan juga secara crowd-funding, sebahagianya pula dibantu oleh ibubapa pelajar, rakan komuniti dan juga kenalan FB Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya.

24hb ni kelas bermula, moh ler yong dan yeop bersama kami berkongsi ilmu dengan anak-anak yang bakal menjadi pemimpin hebat pada masa akan datang ! Insya Allah. :)


Bagaimana untuk sertai Kelas Putrajaya Prihatin ini ?
Setiap peserta yang ingin mengikuti Kelas Putrajaya Prihatin perlu melalui ujian saringan 4M iaitu; Membaca, Menulis, Mengira & Melukis.
Tujuan ujian saringan ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran peserta.
Apa kritiria yang melayakkan anak saya untuk mengikuti Kelas Putrajaya Prihatin 2018 ?
Selain dari faktor 4M diatas, ada beberapa faktor yang lain yang kami ambil kira. Diantaranya adalah pendapatan seisi rumah, attitude peserta, attitude ibubapa dan juga semangat mahu belajar oleh peserta.
Kami juga menghadkan pengambilan peserta kerana untuk menjaga kualiti dan fokus kepada pelajar. 
Buat masa ini hanya (2) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik untuk tahun 1 - tahun 5 yang kami wujudkan.
Tujuan asal kelas ini diwujudkan adalah untuk memberi khidmat berkongsi ilmu secara percuma. Ya, percuma. Memang sengaja kami tidak mewar-warkan tentang kelas ini adalah percuma since April 2016.  
Namun begitu, setelah melalui beberapa fasa pengalaman, kami (baca: rakan sukarelawan) bersepakat untuk mengalakkan setiap peserta yang terpilih tahun ini membuat sumbangan sebanyak RM30 - RM 50 sebulan iaitu 8 kali kelas bagi membiayai kos peralatan pembelajaran dan pengurusan. Kos yang lain akan ditanggung secara crowd-funding.


Kami memerlukan lebih ramai anak muda untuk berkhidmat dalam aktiviti sukarelawan. Kepada pelajar sekolah menengah sekitar Putrajaya tu, jom lah sertai rakan sukarelawan Kelas Putrajaya Prihatin. Marilah bersama kami, kita bersatu mendidik anak bangsa, moga dengan sedikit usaha untuk saham akhirat ini kita semua selamat dunia-akhirat.

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga rakan sukarelawan Kelas Putrajaya Prihatin, sila lawat FB Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya untuk maklumat aktiviti.

Wallahu a'lam

Januari 01, 2018

13 Rabiulakhir 1439H

Hari ini 13 Rabiulakhir 1439H.

Banyak lagi perkara kebaikan yang belum kita lakukan, entah sempat atau tidak.

Dosa tadi, semalam dan sebelum tu tak tau-lah dah berapa banyak.

Mari-lah kita berpesan-pesan dalam membuat kebaikan. Kerana mati itu pasti !

Ya Allah perbaikilah hati kami dan amalan kami. Sucikanlah hati kami dari segala kebencian, sifat iri, dengki dan sombong. Aamin.

mati-pasti


P/S: Mesej ini di set secara auto publish, penulis mungkin sudah tidur awal atau berada di alam lain. :)

Bersyukur-lah

Setiap ujian kesusahan dan kesenangan itu ada hikmahnya. Ada orang rejekinya murah dengan kemewahan harta seperti rumah besar, kereta berteknologi baru, isteri yang cantik, suami kacak berduit tinggi lampai, keluarganya bahagia tetapi belum dikurniakan zuriat, jauh di sudut hati sunyi.

Sebaliknya pula, rejekinya sederhana sahaja, elok dan cantik keluarga bahagia anak-anaknya sihat belaka.

Ada juga yang tiada itu-ini, diuji pula dengan pelbagai dugaan. Bersabar-lah, Allah tidak pernah sesaat pun meninggalkan hambaNya. Ada bahagian untuk mu dan kita semua disana, neraka atau syurga.

Bersyukur-lah. Berdoa dan pinta-lah hanya pada Allah usah di pujuk rayu pada si Mat, Ah Meng dan Ravi atau John si penipu itu !

Oktober 27, 2017

Study Trips: Joy Ride Horseback Riding Siri-2

Kemahiran Asas Dalam Penjagaan Kuda


Nur Hanania 


Saya dan rakan-rakan pelatih di Majlis Ekuin Malaysia akan menganjurkan study trips ke Majlis Ekuin Malaysia Stable MAEPS Serdang.

OBJEKTIF:
Alami pengalaman dan pengetahuan praktikal selama 5 jam dalam aktiviti berkuda seperti keperluan asas grooming kuda, asas penjagaan kuda, joy ride & carrot time dalam persekitaran yang selamat.


PENYERTAAN terhad untuk 20 - 30 peserta sahaja:

**Sarapan pagi disediakan. Sandwich, buah-buahan & mineral water/100plus.**

Kami mengunakan modul asas yang ada dalam Kursus O Levels (National Orientation Level Course in Basic Horse Care and Management).   

Untuk sebarang pertanyaan dan anjuran aktiviti, sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711.

Harap maklum

Ogos 23, 2017

Contoh Soalan Berkaitan Pengiraan Faraid

Untuk memahami tentang pengiraan Faraid, kita perlukan latihan yang berterusan.


Kami sertakan beberapa contoh soalan Faraid untuk rujukan dan latihan.


Soalan #1


Aisyah sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang suami, 5 orang anak perempuan, ibu, 3 orang saudara lelaki, 2 orang saudara perempuan.

Soalan #2


Abdullah sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak perempuan, ibu, 2 orang saudara lelaki, 2 orang saudara perempuan.

Soalan #3


Hamdan sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak perempuan, ibu, 5 orang bapa saudara, 3 orang ibu saudara, 2 orang saudara perempuan.


Soalan #4


Aziz sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak lelaki, 2 orang anak perempuan, bapa, ibu, 3 saudara lelaki, 4 saudara perempuan.

Soalan #5


Fatimah seorang bujang dan meninggalkan:

Seorang ibu, 5 orang saudara lelaki kandung, 4 orang saudara perempuan kandung, 2 orang saudara lelaki sebapa, 3 orang saudara perempuan sebapa, 2 orang saudara lelaki seibu, 3 orang saudara perempuan seibu.

Hint:


Kalalah
Ashabah bil ghair
Ashabah ma'al ghair
Dhawi al-Arham
Ashabah bi al-Nafsi

Rujukan: Universiti Sains Malaysia

April 05, 2017

Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Bagaimana Pentadbiran Harta Pusaka Bagi Mereka Yang Tidak Berwasiat Diuruskan?





Terdapat beberapa langkah yang perlu dikenal pasti. Ahli waris perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti dibawah.


Berikut adalah senarai tugas yang pihak kami di as-Salihin Trustee jalankan:


  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

Dokumen sokongan yang diperlukan:
  • Salinan asal sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan ahli waris
  • Salinan sijil pendaftaran perkahwinan / perceraian
  • Salinan hak milik aset alih dan tidak alih
  • Salinan dokumen hutang simati eg bank, kad kredit, perjanjian jual beli, dll.
Jika anda perhatikan senarai diatas, dapat kita lihat urusan pentadbiran selepas berlaku kematian bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan masa, tenaga, wang, emosi dan pengorbanan. 


Nota Tambahan:



  • Fi tambahan kemungkinan akan dikenakan sekiranya ada penambahan caj contohnya Cukai Kerajaan cukai perkhidmatan seperti GST, duti setem, Perbelanjaan dan Fi pihak ketiga seperti Fi Guaman, Pengurus Dana, Agen Hartanah dan Agen Cukai. 
  • Fi Pentadbiran Tahunan Harta Pusaka akan dikenakan oleh as-Salihin Trustee Berhad (aST) secara keseluruhan apabila Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
  • Nilai Kasar Harta adalah jumlah keseluruhan aset perseorangan termasuk Harta Alih dan Harta Tak Alih sebelum liabiliti ditolak contohnya seperti hutang dan cukai. 
  • Secara keseluruhannya, Harta Tak Alih akan dinilai hanya sekali sahaja pada masa as-Salihin mentadbir harta iaitu pada tarikh Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan. 

  • Dengan membuat perancangan harta pusaka lebih awal, ia akan memudahkan urusan ahli waris dan diri kita di 'masa hadapan'.

    Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. 

    Mac 15, 2017

    Jus Susu Kambing dan Kurma

    Cara Menyediakan Jus Susu Kambing dan Kurma

    Jus Susu Kambing dan Kurma



    Step 1: Dapatkan kurma yang liat sekilo

    Step 2: Susu kambing yang fresh, 1 liter (atau, boleh beli di sini)

    Step 3: Buang biji kurma, blend bersama susu kambing.

    Step 4: Minum dan habiskan ! 

    Step 6: Dapatkan Kurma Kering yang liat. Amalkan setiap hari 7 biji di awal pagi. 

    Step 7: Amalkan surah Mariyam 1-12 (Kisah Nabi Zakaria yang tiada cahaya mata).


    Selamat beramal !