08:30 - 09:30 Pendaftaran & Sarapan Pagi 09:30 - 12:00 Ceramah Utama oleh Yang Amat Arif Prof. Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar "Perlaksanaan Hibah Dalam Takaful Menurut Syariah dan Perundangan di Malaysia" 12:00 Ucapan Penutup En Abdul Aziz Peru Mohamed Presiden as-Salihin Trustee Berhad 12:30 Bersurai Di jemput hadir. Sila hubungi saya untuk urusan pertanyaan & pendaftaran. +6011-3292 8711 Tag: #takaful #estateplanner #hibah #wakaf #pendidikan #education #putrajaya #cyberjaya #selangor #tabunghaji #wasiat
Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.
Penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan di selesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum pembahagian baki harta dibuat mengikut hukum Faraid.
Bukan semua harta yang di perolehi semasa ikatan perkhawinan boleh di klasifikasikan sebagai harta sepencarian. Oleh itu, harta yang di perolehi oleh pasangan melalui pusaka atau hibah adalah BUKAN harta "perolehan bersama" dan tidak boleh di klasfikasikan sebagai harta sepencarian.
Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai Harta Sepencarian. Wang KWSP tersebut adalah sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum Faraid. Penama di KWSP hanya bertindak sebagai pemegang Amanah dan ia perlu di agihkan mengikut hukum Faraid.
Deklarasi Harta Sepencarian ini dibuat dengan persetujuan bersama Suami, Isteri dan Isteri-Isteri.
Dokumen yang diperlukan untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian adalah:
Salinan I/C Suami Isteri
Salinan Sales and Purchase Agreement
Salinan Sijil Nikah
Sila kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan yang anda sayang dan hubungi kami melalui email atau call 011-3292 8711 untuk bantuan maklumat tambahan.
Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam
Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama.
Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal.
Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi. Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan. Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini. Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh ! Terima kasih :) Khaidir Zakaria Islamic Estate Planner
PUTRAJAYA