Jun 18, 2014

Proses Kemasukan dan Pelepasan di Hospital

Panduan Kemasukan dan Pelepasan di Hospital Mengunakan Kad Perubatan Takaful


Jika anda dimasukkan ke hospital untuk rawatan perubatan atau pembedahan dalam tempoh tiga bulan pertama perlindungan, anda perlu menyelesaikan bil hospital sepenuhnya. Anda boleh mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Syarikat (Takaful Operator) untuk pertimbangan pembayaran balik.

Walau bagaimanapun pengecualian diberikan kepada kemasukan yang disebabkan oleh kemalangan-kemalangan major.

Proses Kemasukan (pada waktu operasi jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam)


  • Sekiranya anda dimasukkan ke hospital, pegawai perubatan atau Pakar diperlukan untuk melengkapkan borang Laporan Perubatan Bahagian 1.
  • Sila tunjukkan kad perubatan anda semasa pendaftaran untuk proses pengesahan di kaunter kemasukan dan pelepasan ke hospital.
  • Pemilik sijil diperlukan untuk membaca dan menandatangi (sign) Deklarasi & Borang Kebenaran.
  • Hospital kemudiannya akan faks Laporan Perubatan Bahagian 1 bersama-sama dengan Borang Perisytiharaan & Kebenaran kepada Syarikat.
  • Syarikat akan mengeluarkan surat jaminan awal kepada hospital tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sijil takaful.


Nota : Hospital boleh mengumpul Lebihan Deposit untuk menampung perbelanjaan bukan perubatan dan caj ko-takaful semasa pendaftaran. Hospital juga boleh mengumpul Deposit Kemasukan jika surat jaminan awal (Gurantee Letter) dari Syarikat tertangguh.

Proses Pelepasan (pada waktu operasi jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam)


  • Apabila anda keluar dari hospital, doktor/pakar diperlukan untuk melengkapkan borang Laporan Perubatan Bahagian 2, dan jabatan bill akan menyediakan dan mengemukakan bil hospital akhir.
  • Hospital kemudian akan faks Laporan Perubatan Bahagian 2 dan bil terakhir kepada Syarikat.
  • Setelah diluluskan, Syarikat akan mengeluarkan surat jaminan akhir kepada hospital tertakluk kepada terma dan syarat-syarat sijil takaful.
  • Hospital akan menerima surat jaminan akhir dan pemilik sijil diperlukan untuk mengesahkan dan menandatangi bil akhir.


Nota : Hospital mungkin membayar balik deposit atau mana-mana baki mengikut budi bicara. Hospital boleh mengambil perbelanjaan bukan perubatan dan caj ko-takaful semasa perlepasan berdasarkan terma dan syarat-syarat perakuan.

Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai perkara di atas, sila hubungi Khidmat Pelanggan Operator Takaful Anda. 

Dapatkan maklumat terkini dari masa ke semasa. Proses diatas mungkin terdapat perubahan bagi setiap operator Takaful seperti Takaful Ikhlas Berhad, PruBSN dan lain-lain.

(Ini adalah sebahagian maklumat yang perlu anda (peserta takaful) ketahui, senantiasa bertanya dan memaklumkan segera kepada ejen takaful yang anda lantik sekiranya menghadapi sebarang masalah kemasukan/pelepasan di hospital) 

Terima kasih

Tiada ulasan: