Julai 02, 2014

Kadar Zakat Fitrah 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014M / 1435H untuk setiap negeri di Malaysia yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Kadar zakat fitrah ditetapkan berdasarkan nilai satu gantang bersamaan 2.7 kg beras (atau senilai dengannya - ijtihad) yang di makan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat_fitrah
Bayaran Zakat Fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya di pagi Hari Raya Aidilfitri. Zakat boleh dibayar kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Sebaik-baiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. 

Negeri Kadar Zakat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan RM 7.00
Selangor RM 7.00
Melaka RM 6.70
Johor RM 5.00 & RM 8.00
Negeri Sembilan RM 6.50
Pahang RM 7.00
Perak RM 7.00
Pulau Pinang RM 7.00
Kedah RM 7.00
Perlis RM 6.50
Kelantan RM 7.00
Sabah & Sarawak RM 7.00

* Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar zakat fitrah pada RM 5.00 & RM 8.00 bersamaan satu gantang beras. 
** Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

Nota Tambahan :

Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hariraya.
  • Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal
  • Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga selepasnya.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Tiada ulasan: