Memaparkan catatan dengan label Wasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wasiat. Papar semua catatan

Ogos 15, 2015

Panduan Pembahagian Pusaka dalam Islam


1. Apabila meningal dunia seorang bapa dan meninggalkan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan, maka anak yang lelaki mendapat dua kali ganda anak perempuan, umpamanya kalau harta peninggalan bernilai RM 900 ribu, maka anak lelaki mendapat RM 600 ribu dan anak perempuan RM 300 ribu, (Kalau hanya anak lelaki sahaja, maka semua harta dapat kepadanya). Kalau anak lelaki tidak ada, cuma anak perempuan seorang sahaja, maka ia mendapat 1/2 dari harta dan jika anak perempuan dua orang atau lebih, maka mereka mendapat 2/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

2. Ibu dan bapa masing-masing mendapat 1/6, jika si mati itu mempunyai anak. Jika si mati tidak mempunyai anak, maka ibunya mendapat 1/3. Tetapi jika si mati meninggalkan beberapa saudara, maka ibunya mendapat 1/6 juga. Semuanya itu sesudah dibayarkan segala hutang-hutangnya dan wasiat-wasiatnya si mati  kepada masjid atau fakir miskin dan sebagainya.

Rujuk Surah An-Nisa : 11

3. Kalau si mati tidak beranak maka saudara perempuan (seibu sebapa atau sebapa saja) mendapat 1/2, tetapi kalau saudara perempuan itu dua orang atau lebih, mereka mendapat 2/3. Dan kalau berhimpun saudara lelaki dan saudara perempuan, maka si lelaki mendapat dua kali yang di perolehi oleh perempuan.

Rujuk Surah An-Nisa : 176

4. Suami mendapat pusaka dari isterinya yang meninggal 1/2, jika isterinya itu tidak beranak. Jika mempunyai anak, maka suami mendapat 1/4. Isteri mendapat pusaka dari suaminya yang meninggal 1/4, jika suaminya itu tidak mempunyai anak. Jika ada anak, maka isteri mendapat 1/8  dari harta peninggalan. Jika si mati itu tidak beranak dan tidak juga berbapa, maka ketika itu mempusakai saudara seibu (lelaki atau perempuan). Jika ia seorang mendapat 1/6 dan jika dua orang atau lebih mereka mendapat 1/3.

Rujuk Surah An-Nisa : 12

Hubungi kami hari ini untuk maklumat dan khidmat menyediakan dokumen Wasiat yang komprehensif. 

Khaidir Zakaria, Putrajaya
011-3292 8711
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Ogos 13, 2015

Siapa Golongan Ashab Al-Furud

Golongan ashab al-furud merupakan ahli waris yang paling utama dan didahulukan dalam pembahagian dan penerimaan harta pusaka berbanding ahli waris asabah dan dhawi al-arham. 

Ashab al-furud terdiri daripada 12 golongan iaitu suami, isteri, ibu, bapa, datuk (bapa kepada bapa), nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa), anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan), saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara perempuan seibu dan dan saudara lelaki seibu.

Ahli waris ashab al-furud akan menerima salah satu bahagian atau fardu berikut, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/6, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki.  

(1) Suami menerima 1/2 jika si mati (isteri) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/4 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.  

(2) Isteri menerima 1/4 jika si mati (suami) tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah, atau 1/8 jika si mati mempunyai anak (lelaki atau perempuan) atau cucu ke bawah.  

(3) Bapa menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki atau ke bawah, atau 1/6 dan asabah jika si mati mempunyai anak perempuan, atau asabah jika si mati tidak mempunyai anak (lelaki atau perempuan), anak perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah.  

(4) Datuk (bapa kepada bapa) Kedudukan datuk sama seperti bapa, tetapi datuk tidak akan mewarisi harta pusaka selagi ada bapa kerana datuk didinding oleh bapa. Datuk akan mendapat 1/6 atau 1/6 dan asabah atau  asabah iaitu sama seperti bapa.

(5) Ibu menerima 1/6 jika si mati mempunyai anak, atau anak  perempuan kepada anak lelaki atau ke bawah, atau mempunyai  beberapa orang saudara(lelaki atau perempuan); atau 1/3 daripada keseluruhan harta pusaka jika si mati tidak mempunyai ahli-ahli waris tersebut di atas; atau 1/3 baki jika si  mati meninggal salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa  ahli waris yang lain (iaitu dalam kes Umariyyatain sahaja).  

(6) Nenek tidak akan mewarisi harta selagi mempunyai ibu. Nenek hanya mendapat 1/6 sama ada seorang atau lebih.  

(7) Anak perempuan menerima 1/2 jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih atau mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan  anak lelaki. Anak lelaki mendapat dua bahagian anak perempuan.  

(8) Anak perempuan kepada anak lelaki menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih, 1/6 jika bersama-sama seorang anak perempuan; mendapat asabah bi al-ghayr ketika bersama-sama dengan anak lelaki kepada anak lelaki atau terdinding oleh anak lelaki atau oleh dua orang anak perempuan, kecuali jika terdapat anak lelaki  kepada anak lelaki yang sama-sama menerima asabah bi al-ghayr.  

(9) Saudara perempuan seibu sebapa menerima 1/2 jika seorang; 2/3 jika dua orang atau lebih;  asabah bi al-ghayr ketika bersama saudara lelaki seibu sebapa; asabah ma’a al-ghayr ketika bersama-sama anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau bersama kedua- duanya; atau terdinding oleh anak lelaki atau cucu lelaki atau ke bawah.

Sumber rujukan : Koleksi Kertas Kerja Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ogos 08, 2015

Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka

Mungkin ramai yang tak sedar kesan melewatkan pengagihan harta pusaka ini boleh membawa banyak kemudaratan daripada kesenangan. 



Rata-rata respon dari org ramai semasa kami menjalankan direct-survey tentang kepentingan merancang dan mengurus agih harta pusaka adalah :


  • Saya tiada harta
  • Saya ... belum nak mati
  • Dah ada Faraid tak perlu Wasiat-lahh
  • Nanti dulu, bukan sekarang sebab saya belum bersedia lagi
  • Saya dah bagi awal2 semua harta saya pada anak-anak
  • Anak-anak saya semua dah besar, pandai-pandai-lah mereka cari harta sendiri
  • Saya banyak hutang !


Demi-masa


Diantara Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka adalah :



  • Hutang si mati tidak di jelaskan kerana tiada siapa yang tahu rekod hutang si mati.
  • Waris menguasai harta si mati secara batil / haram kerana mengambil hak waris yang lain sesuka hati tanpa persetujuan semua waris yang berhak. 
  • Dokumen hilang, tiada maklumat yang sah dan jelas dan ini memboleh mendorong kepada keterangan palsu. 
  • Bilangan waris semakin bertambah, tiada sesiapa yang mengambil tanggung jawab menguruskan.
  • Keluarga berpecah belah, mungkin bertambah teruk masing2 mengambil sikap lepas tangan.
  • Akhirnya harta si mati tidak di uruskan, aset beku, pertukaran geran tanah bermasalah dan masalah lain timbul berterusan. 

Ogos 06, 2015

Wasiat Jemaah Haji Malaysia

Sampaikan Mesej Penting Ini Kepada Bakal Jemaah Haji Yang Anda Sayangi. 



Kepada individu atau jemaah haji Malaysia (Kursus Haji Perdana khususnya) yang memerlukan khidmat menyediakan dokumen Wasiat, Hibah atau Harta Sepencarian yang komprehensif sila hubungi kami untuk khidmat nasihat.

Jemaah Haji Malaysia
Jemaah Haji


Menyediakan dokumen Wasiat tidak semestinya untuk menunggu musibah berlaku, ia satu persediaan awal untuk hari esok kerana ajal dan maut Allah lebih mengetahui.

Ramai yang salah anggap, menyediakan dokumen wasiat perlu ada harta berjuta-juta atau berbillion ringgit contohnya.

Dua perkara penting yang perlu kita ambil perhatian apabila berlaku kematian dan kaedah pengurusan harta pusaka;


  • Pentadbiran
  • Pengagihan (Faraid)



wasiat hibah haji dan Umrah 400px x 400px

Point penting adalah menguruskan - mentadbir hutang-hutang diri sendiri (pewasiat). Kita semua pasti tidak mahu pergi ke alam seterusnya dengan amalan yang kurang cantik. Dengan menyediakan dokumen wasiat sebagai perancangan awal ia dapat membantu sedikit sebanyak agihan harta kita. Dapat dilunaskan hutang, selebihnya jika ada baki baru-lah di agihkan kepada waris sama ada mengikut hukum faraid, pesanan-wasiat ataupun secara muafakat.

Mesej ini bukan sahaja hanya di tujukan kepada mereka yang hendak menunaikan haji atau umrah sahaja. 

Kepada mereka yang beragama Islam, berkemampuan, sihat mental, dah baligh dan mahu berpesan-pesan kepada ahli keluarga terutamanya juga boleh menyediakan dokumen wasiat.

Verbal atau cakap mulut sahaja tidak memadai masa kini. Semuanya mesti dalam bentuk bertulis mengikut rukun dan mematuhi undang-undang.

Kepada jemaah Haji Umrah Malaysia, bertindak-lah sekarang dengan membuat persiapan awal menyediakan dokumen perancangan harta pusaka ! 

" Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau susahkan, semoga segala urusanku berakhir dengan baik. "

Ogos 03, 2015

Lima Keadaan Hukum Berwasiat




Apakah Hukum Berwasiat ?


Hukum berwasiat terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan keadaan-keadaan tertentu iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib: Iaitu mewasiatkan sesuatu yang wajib dalam tanggungan pewasiat sama ada ia terdiri daripada hak-hak Allah S.W.T. dan hamba seperti mengeluarkan zakat, kifarat, nazar, haji, fidyah dan puasa, menunaikan hutang terhadap pemiutang dan memulangkan barang wadi‘ah kepada tuannya. Dalam keadaan ini, membuat wasiat adalah wajib.

Sunat: Iaitu mewasiatkan harta pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk golongan tertentu dan kaum kerabat yang tidak akan menerima harta pusaka, fakir miskin, anak angkat, orang yang dalam keperluan, orang yang berhajat, yayasan   kebajikan dan agama seperti masjid dan sebagainya.

Harus: Iaitu mewasiatkan untuk golongan tertentu termasuklah kaum kerabat yang kaya dan lain-lain.

Makruh: Iaitu mewasiatkan harta bagi tujuan yang makruh di sisi syarak seperti wasiat untuk mendirikan binaan di atas kubur.

Haram: Iaitu mewasiatkan harta kepada perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Wasiat jenis ini dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh ahli-ahli waris.

Khaidir Zakaria
as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya Cyberjaya

Mei 18, 2015

Wasiat dan Tugas Wasi

Bila Wasiat Berkuatkuasa ?


WASIAT akan berkuatkuasa hanya selepas kematian. 

Oleh itu wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat. Hanya dokumen wasiat terakhir yang di terima. 


Apa Itu Wasi ?


WASI adalah orang yang dilantik didalam wasiat untuk melaksanakan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat.

Apa Tugas Wasi ?

  • Mengenal pasti wasiat
  • Mendapatkan probet
  • Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
  • Membayar semua hutang pewasiat
  • Menyediakan penyata akaun
  • Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
  • Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid


Khaidir Zakaria, Kelana Jaya
as-Salihin Trustee Berhad
011-3292-8711
 —  at Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya



wasiat-tugas-wasi
Khaidir Zakaria - as Salihin Trustee Berhad


Mei 08, 2015

Soal Jawab Wasiat Islam

Kami kongsikan soal jawab berkaitan Pentadbiran dan Pengagihan Harta Pusaka untuk rujukan bersama.

Mengalu-alukan pertanyaan dan perkongsian ilmu untuk pemahaman yang lebih jelas.

***
Soalan : Saya adalah seorang anak angkat. Bolehkah saya mewarisi Harta daripada ibubapa angkat saya?

1. Tidak, kerana anak angkat bukan waris Faraid.
2. Ya, dengan pemberian Hibah. (Hibah kpd anak angkat tidak boleh di tarik-balik).
3. Ya, dengan dgn tidak lebih daripada 1/3 harta.

***
Soalan : Saya difahamkan bahawa undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?
1. Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. 

2. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.



Khaidir Zakaria, Cyberjaya
011-3292-8711

April 14, 2015

Contoh Senarai Dialog Wasiat

Beberapa Contoh Senarai Dialog Ringkas Berkaitan Wasiat. 



great minds discuss ideas


Kami catat dan kongsikan contoh senarai dialog yang biasa orang ramai kata tentang Wasiat.




  • 'Bukan kata dengan ada Wasiat semua urusan pengagihan mudah' 
  • 'Samaada memiliki Wasiat atau tiada Wasiat, masih memerlukan Mahkahmah Tinggi untuk mengeluarkan Surat Kuasa'
  • 'So, kenapa perlu saya menyediakan Wasiat?'
  • 'Kalau pergi Mahkahmah Tinggi saya perlu Lawyer/Peguam untuk dapatkan Probet? (Praticing Sivil & Sharie Lawyer) 'Buat sendiri tak boleh ke?'
  • 'Dimana nak dapatkan Sijil Faraid? Dapatkan di Mahkahmah Tinggi atau Mahkahmah Shariah?
  • 'Penting ke Sijil Faraid ni?'
  • 'Saya dah bagi harta seperti rumah, tanah, KWSP, takaful saya pada anak2, isteri secara verbal/lisan. Tak boleh ke?' 
  • 'Wasiat tu haram!' 
  • 'Bukankah Islam hanya membenarkan kita berwasiat 1/3 sahaja? Bolehkah saya wasiatkan kepada waris saya? 
  • 'Banyak sangat prosess-lah, lecehh'
  • 'Betul-ker Wasi/Pentadbir akan menguruskan hutang2 saya selepas kematian saya?' 
  • 'Loan-Rumah saya ada MRTA, kalau saya mati, hutang rumah saya selesai, so, tak perlu Wasiat-lah kan?'
  • 'Pembahagian harta saya, harta saya kenapa saya perlu bagi harta saya kepada Waris saya sedangkan waris Faraid saya tidak menyumbang langsung?' 
  • 'Kemana harta saya jika harta saya tidak di Wasiatkan? Baitulmal ? Kerajaan? 
  • 'Wasiat tidak perlu nama Waris.'
  • 'Saya buat Wasiat tetapi tidak mengikut had Faraid, tidak berdosakah saya?'
  • 'Saya tak der Aset, hutang jer banyak. Perlu juga ker sediakan Wasiat'
  • 'Banyak kes harta tertangguh-tidak-berwasiat adalah dari orang yang tak berapa Kaya, betul ke?'
  • 'Registar of Unclaimed Money tu apa? Kalau tiada Wasiat, harta saya ke sini ke?
  • 'Penama KWSP tu pemegang Amanah. Penama tidak ada hak mengunakanya, betul?'
  • 'Kalau penama bawah umur, kemana duit pampasan Takaful saya tu pergi?'
  • 'Kalau penama meninggal dunia, macam mana?'
  • 'Orang Bankrap atau Waris Bankrap boleh buat Wasiat?' Tak Boleh ke ?
  • 'Jika saya boleh melantik mana-mana Individu untuk menjadi wasi Wasiat saya. Kenapa perlu saya melantik Amanah Raya atau as-Salihin Trustee ?'
  • 'Saya dah tulis Wasiat dengan Peguam ABC & Co. So, kenapa saya perlu tulis Wasiat dengan Amanah Raya atau as-Salihin Trustee?' 
  • 'Kalau Peguam ABC & Co meninggal dunia dahulu sebelum Pewasiat, macam mana?' 
  • 'Prosidur polisi perlaksaan Wasiat setiap pemegang Amanah ni sama ke?' Contoh - Amanah Raya , as-Salihin Trustess, Maybank Trustee, dll.
  • 'Fee setiap pemegang Amanah ini sama ke?'
  • 'Apa beza as-Salihin Trustee dengan Amanah Raya?'
  • 'Bank2 GLC seperti Bank Rakyat, Bank Islam, dll dan bukan Bank GLC seperti CIMB Trustee, RHB Trustee, Maybank Trustee' - Apa Business Utama Bank2 ini?
  • 'UBB Trustee Berhad ?'
  • 'Perlu-kah saya beritahu Isteri saya tentang Wasiat saya?'
  • 'Saya tiada anak. Perlukah saya berwasiat juga?'
  • 'Harta saya di luar negara boleh-kah Pentadbir as-Salihin Trustee menguruskannya?'
  • 'Apa yang akan berlaku sekiranya syarikat pemegang Amanah bankrap?' Sila rujuk Akta Syarikat Amanah 1949.
  • 'Saya nak hadiahkan rumah ini kepada isteri ketiga saya, boleh? Perlu nyatakan dalam Wasiat?'
  • 'Saya nak agihkan harta saya kepada rumah kebajikan, rumah tahfiz, boleh? Bagaimana? 


Dicatat oleh Khaidir Zakaria

April 04, 2015

Seminar Hibah dan Takaful



Seminar Hibah & Takaful

Tentatif Program


08:30 - 09:30
Pendaftaran & Sarapan Pagi

09:30 - 12:00
Ceramah Utama oleh Yang Amat Arif Prof. Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar
"Perlaksanaan Hibah Dalam Takaful Menurut Syariah dan Perundangan di Malaysia"

12:00
Ucapan Penutup
En Abdul Aziz Peru Mohamed
Presiden as-Salihin Trustee Berhad

12:30
Bersurai

Di jemput hadir. Sila hubungi saya untuk urusan pertanyaan & pendaftaran.

+6011-3292 8711 

Tag: ‪#‎takaful‬ ‪#‎estateplanner‬ ‪#‎hibah‬ ‪#‎wakaf‬ ‪#‎pendidikan‬ ‪#‎education‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎cyberjaya‬ ‪#‎selangor‬ ‪#‎tabunghaji‬ ‪#‎wasiat

April 01, 2015

Perancangan Harta Pusaka Islam

Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam





  • Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
  • Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama. 
  • Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
  • Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
  • Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
  • Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
  • Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
  • Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal. 

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi. 

Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan. 

Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini.

Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh ! 

Terima kasih :)

Khaidir Zakaria
Islamic Estate Planner
PUTRAJAYA

Proses Pencairan Harta Pusaka




Jun 22, 2014

Hibah dan Wasiat

APA ITU HIBAH & WASIAT ?



Kenapa Perlu Buat Wasiat ?


Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, manakala wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak.


Rukun Hibah dan Syaratnya



Pemberi Hibah

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.


Penerima Hibah

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.


Barang atau harta yang dihibahkan


Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
  • Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
  • Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
  • Ia boleh diserah milikkan.
  • Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
  • Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.


Ijab dan Qabul


Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  • Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
  • Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
  • Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.
***

Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.


Rukun dan Syarat Wasiat



Pewasiat 

Pewasiat hendaklah seorang yang mukallaf (baligh dan berakal), merdeka dan dengan pilihan sendiri serta pemilik kepada harta yang diwasiatkan.


Penerima Wasiat

Penerima wasiat juga boleh terdiri daripada golongan fakir miskin, ulamak, masjid, sekolah dan sebagainya yang berbentuk umum dan tidak di khususkan, tetapi wasiat tersebut bukan-lah bertujuan maksiat.


Harta yang diwasiatkan

Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau tak alih atau manfaat yang bernilai di sisi syarak, boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat dan wujud dalam milikan pewasiat (jika ditentukan) atau wujud semasa kematian pewasiat (jika tidak ditentukan).


Ijab dan Qabul

Sighah (Ijab dan Qabul) wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama ada melalui lisan, tulisan atau isyarat.


Rujukan :
Hibah & Wasiat : Analisis Hukum dan Aplikasi di Malaysia
Saudara Mohd Zamro Muda, UKM