Memaparkan catatan dengan label Faraid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faraid. Papar semua catatan

Ogos 23, 2017

Contoh Soalan Berkaitan Pengiraan Faraid

Untuk memahami tentang pengiraan Faraid, kita perlukan latihan yang berterusan.


Kami sertakan beberapa contoh soalan Faraid untuk rujukan dan latihan.


Soalan #1


Aisyah sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang suami, 5 orang anak perempuan, ibu, 3 orang saudara lelaki, 2 orang saudara perempuan.

Soalan #2


Abdullah sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak perempuan, ibu, 2 orang saudara lelaki, 2 orang saudara perempuan.

Soalan #3


Hamdan sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak perempuan, ibu, 5 orang bapa saudara, 3 orang ibu saudara, 2 orang saudara perempuan.


Soalan #4


Aziz sudah berkahwin dan meninggalkan:

Seorang isteri, seorang anak lelaki, 2 orang anak perempuan, bapa, ibu, 3 saudara lelaki, 4 saudara perempuan.

Soalan #5


Fatimah seorang bujang dan meninggalkan:

Seorang ibu, 5 orang saudara lelaki kandung, 4 orang saudara perempuan kandung, 2 orang saudara lelaki sebapa, 3 orang saudara perempuan sebapa, 2 orang saudara lelaki seibu, 3 orang saudara perempuan seibu.

Hint:


Kalalah
Ashabah bil ghair
Ashabah ma'al ghair
Dhawi al-Arham
Ashabah bi al-Nafsi

Rujukan: Universiti Sains Malaysia

April 05, 2017

Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Bagaimana Pentadbiran Harta Pusaka Bagi Mereka Yang Tidak Berwasiat Diuruskan?





Terdapat beberapa langkah yang perlu dikenal pasti. Ahli waris perlu menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti dibawah.


Berikut adalah senarai tugas yang pihak kami di as-Salihin Trustee jalankan:


  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

Dokumen sokongan yang diperlukan:
  • Salinan asal sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan ahli waris
  • Salinan sijil pendaftaran perkahwinan / perceraian
  • Salinan hak milik aset alih dan tidak alih
  • Salinan dokumen hutang simati eg bank, kad kredit, perjanjian jual beli, dll.
Jika anda perhatikan senarai diatas, dapat kita lihat urusan pentadbiran selepas berlaku kematian bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan masa, tenaga, wang, emosi dan pengorbanan. 


Nota Tambahan:



  • Fi tambahan kemungkinan akan dikenakan sekiranya ada penambahan caj contohnya Cukai Kerajaan cukai perkhidmatan seperti GST, duti setem, Perbelanjaan dan Fi pihak ketiga seperti Fi Guaman, Pengurus Dana, Agen Hartanah dan Agen Cukai. 
  • Fi Pentadbiran Tahunan Harta Pusaka akan dikenakan oleh as-Salihin Trustee Berhad (aST) secara keseluruhan apabila Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
  • Nilai Kasar Harta adalah jumlah keseluruhan aset perseorangan termasuk Harta Alih dan Harta Tak Alih sebelum liabiliti ditolak contohnya seperti hutang dan cukai. 
  • Secara keseluruhannya, Harta Tak Alih akan dinilai hanya sekali sahaja pada masa as-Salihin mentadbir harta iaitu pada tarikh Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan. 

  • Dengan membuat perancangan harta pusaka lebih awal, ia akan memudahkan urusan ahli waris dan diri kita di 'masa hadapan'.

    Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. 

    Ogos 05, 2015

    Tanggung Jawab Waris Terhadap Harta Pusaka Si Mati

    FARAID kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka dalam Islam. 





    Sebaik sahaja selepas berlaku kematian seseorang dan sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut hukum faraid, waris-waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa hak yang berkaitan dengan harta si mati iaitu:

    1. Belanja Pengurusan Jenazah 
    Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk segala urusan yang berkaitan pengurusan jenazah yang diiktiraf oleh syarak. Perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta si mati termasuklah pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur, upah membawa jenazah ke kubur sama ada dengan cara diusung atau dibawa dengan kereta jenazah dan sebagainya.

    2. Menyelesaikan Hutang Si Mati (jika ada) 
    Setelah pengurusan jenazah disempurnakan, maka hendaklah dilunaskan pula segala hutang si mati. Hutang dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah S.W.T. dan hutang kepada manusia. 

    3. Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian 
    Mengikut amalan di Malaysia, setelah menyelesaikan hutang-hutang si mati, suami atau isteri si mati boleh menuntut pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlaku kematian salah satu pihak sama ada suami atau isteri. Penentuan kadar harta sepencarian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

    4. Wasiat Si Mati (jika ada) 
    Setelah diselesaikan hutang-hutang dan diputuskan pembahagian harta sepencarian, waris-waris hendaklah menunaikan wasiat jika si mati semasa hayatnya ada meninggalkan wasiat sebagaimana dalam perbincangan seterusnya.

    5. Faraid 
    Setelah diselesaikan semua perkara-perkara seperti di atas, barulah baki daripada harta si mati itu dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum faraid sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

    Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana urusan perlantikan wasi dan pentadbiran Wasiat. 


    Khaidir Zakaria
    011-3292 8711

    as-Salihin Trustee Berhad
    Putrajaya

    Ogos 03, 2015

    Lima Keadaan Hukum Berwasiat




    Apakah Hukum Berwasiat ?


    Hukum berwasiat terbahagi kepada lima bahagian berdasarkan keadaan-keadaan tertentu iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

    Wajib: Iaitu mewasiatkan sesuatu yang wajib dalam tanggungan pewasiat sama ada ia terdiri daripada hak-hak Allah S.W.T. dan hamba seperti mengeluarkan zakat, kifarat, nazar, haji, fidyah dan puasa, menunaikan hutang terhadap pemiutang dan memulangkan barang wadi‘ah kepada tuannya. Dalam keadaan ini, membuat wasiat adalah wajib.

    Sunat: Iaitu mewasiatkan harta pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk golongan tertentu dan kaum kerabat yang tidak akan menerima harta pusaka, fakir miskin, anak angkat, orang yang dalam keperluan, orang yang berhajat, yayasan   kebajikan dan agama seperti masjid dan sebagainya.

    Harus: Iaitu mewasiatkan untuk golongan tertentu termasuklah kaum kerabat yang kaya dan lain-lain.

    Makruh: Iaitu mewasiatkan harta bagi tujuan yang makruh di sisi syarak seperti wasiat untuk mendirikan binaan di atas kubur.

    Haram: Iaitu mewasiatkan harta kepada perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Wasiat jenis ini dianggap batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh ahli-ahli waris.

    Khaidir Zakaria
    as-Salihin Trustee Berhad
    Putrajaya Cyberjaya

    Mei 28, 2015

    Islamic Estate Planner

    Estate Planning Malaysia
    Khaidir Zakaria
    Islamic Estate Planner  / IEP will help you prepare, for example, the necessary documentation which will clarify the position of your existing assets and what is to be done with them upon your death or to see how your children (adopted or otherwise) is to be cared for, or even ensuring that your non-Muslim family (if you are a convert) is taken care of and not just your Islamic brethren.

    Syariah-compliant Islamic Estate Planning services available at as-Salihin Trustee Berhad include the following :

    • Wasiat-Writing services
    • Custodial services
    • Business Continuation Plan
    • Harta Sepencarian Declaration
    • Wakaf Documentation
    • Declaration of Hibah
    • Estate Administration
    • Appointment as Executor
    • Trustee for Amanah Hayat
    Khaidir Zakaria, authorised Islamic Estate Planner representatives of  as-Salihin Trustee Berhad, + 6011-3292 8711 , Cyberjaya. MALAYSIA.


    Thank you

    Mei 18, 2015

    Wasiat dan Tugas Wasi

    Bila Wasiat Berkuatkuasa ?


    WASIAT akan berkuatkuasa hanya selepas kematian. 

    Oleh itu wasiat boleh dipinda seberapa kali oleh pewasiat. Hanya dokumen wasiat terakhir yang di terima. 


    Apa Itu Wasi ?


    WASI adalah orang yang dilantik didalam wasiat untuk melaksanakan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat.

    Apa Tugas Wasi ?

    • Mengenal pasti wasiat
    • Mendapatkan probet
    • Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
    • Membayar semua hutang pewasiat
    • Menyediakan penyata akaun
    • Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
    • Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid


    Khaidir Zakaria, Kelana Jaya
    as-Salihin Trustee Berhad
    011-3292-8711
     —  at Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya



    wasiat-tugas-wasi
    Khaidir Zakaria - as Salihin Trustee Berhad


    Mei 08, 2015

    Soal Jawab Wasiat Islam

    Kami kongsikan soal jawab berkaitan Pentadbiran dan Pengagihan Harta Pusaka untuk rujukan bersama.

    Mengalu-alukan pertanyaan dan perkongsian ilmu untuk pemahaman yang lebih jelas.

    ***
    Soalan : Saya adalah seorang anak angkat. Bolehkah saya mewarisi Harta daripada ibubapa angkat saya?

    1. Tidak, kerana anak angkat bukan waris Faraid.
    2. Ya, dengan pemberian Hibah. (Hibah kpd anak angkat tidak boleh di tarik-balik).
    3. Ya, dengan dgn tidak lebih daripada 1/3 harta.

    ***
    Soalan : Saya difahamkan bahawa undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat?
    1. Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. 

    2. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.



    Khaidir Zakaria, Cyberjaya
    011-3292-8711

    April 01, 2015

    Perancangan Harta Pusaka Islam

    Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam





    • Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
    • Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama. 
    • Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
    • Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
    • Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
    • Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
    • Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
    • Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal. 

    Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi. 

    Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan. 

    Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini.

    Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh ! 

    Terima kasih :)

    Khaidir Zakaria
    Islamic Estate Planner
    PUTRAJAYA

    Proses Pencairan Harta Pusaka