Memaparkan catatan dengan label Tabung Haji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Haji. Papar semua catatan

Ogos 05, 2015

Tanggung Jawab Waris Terhadap Harta Pusaka Si Mati

FARAID kaedah terbaik dalam pembahagian harta pusaka dalam Islam. 





Sebaik sahaja selepas berlaku kematian seseorang dan sebelum harta pusakanya dibahagikan mengikut hukum faraid, waris-waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan beberapa hak yang berkaitan dengan harta si mati iaitu:

1. Belanja Pengurusan Jenazah 
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk segala urusan yang berkaitan pengurusan jenazah yang diiktiraf oleh syarak. Perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta si mati termasuklah pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur, upah membawa jenazah ke kubur sama ada dengan cara diusung atau dibawa dengan kereta jenazah dan sebagainya.

2. Menyelesaikan Hutang Si Mati (jika ada) 
Setelah pengurusan jenazah disempurnakan, maka hendaklah dilunaskan pula segala hutang si mati. Hutang dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah S.W.T. dan hutang kepada manusia. 

3. Menyelesaikan Tuntutan Harta Sepencarian 
Mengikut amalan di Malaysia, setelah menyelesaikan hutang-hutang si mati, suami atau isteri si mati boleh menuntut pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah negeri-negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlaku kematian salah satu pihak sama ada suami atau isteri. Penentuan kadar harta sepencarian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

4. Wasiat Si Mati (jika ada) 
Setelah diselesaikan hutang-hutang dan diputuskan pembahagian harta sepencarian, waris-waris hendaklah menunaikan wasiat jika si mati semasa hayatnya ada meninggalkan wasiat sebagaimana dalam perbincangan seterusnya.

5. Faraid 
Setelah diselesaikan semua perkara-perkara seperti di atas, barulah baki daripada harta si mati itu dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut hukum faraid sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui bagaimana urusan perlantikan wasi dan pentadbiran Wasiat. 


Khaidir Zakaria
011-3292 8711

as-Salihin Trustee Berhad
Putrajaya

Disember 11, 2014

Panduan Pendaftaran Haji

Panduan Pendaftaran Haji Melalui Penyata Akaun KWSP



Bangunan KWSP Jalan Raja Laut


Untuk makluman, untuk melakukan pendaftaran haji, jumlah simpanan akaun Tabung Haji perlu ada sekurang-kurangnya RM 1300.00. 

Dimaklumkan juga, selain itu, Tabung Haji juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran haji menggunakan penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pendaftaran haji melalui KWSP boleh dilakukan di kaunter


  • Cawangan Tabung Haji (TH);
  • Uniteller Tabung Haji iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat.


Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji KSWP

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Mempunyai akaun KWSP dan ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dalam Akaun 1 KWSP
  • Mempunyai akaun Tabung Haji
  • Berusia bawah 55 tahun
  • Pendaftaran haji kali pertama
  • Tidak muflis


Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji KWSP

  • Kad Pengenalan / MyKad.
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini.
  • Buku Akaun Simpanan Tabung Haji (Bagi pendaftaran di Bank Islam dan Bank Rakyat).
Pendaftaran haji secara online boleh dilakukan di Portal MyTaha mahupun melalui perkhidmatan Maybank2U.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC

Sumber : Lembaga Tabung Haji