Memaparkan catatan dengan label Maybank2U. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maybank2U. Papar semua catatan

Disember 11, 2014

Panduan Pendaftaran Haji

Panduan Pendaftaran Haji Melalui Penyata Akaun KWSP



Bangunan KWSP Jalan Raja Laut


Untuk makluman, untuk melakukan pendaftaran haji, jumlah simpanan akaun Tabung Haji perlu ada sekurang-kurangnya RM 1300.00. 

Dimaklumkan juga, selain itu, Tabung Haji juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran haji menggunakan penyata akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Pendaftaran haji melalui KWSP boleh dilakukan di kaunter


  • Cawangan Tabung Haji (TH);
  • Uniteller Tabung Haji iaitu Bank Islam dan Bank Rakyat.


Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran haji KSWP

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Mempunyai akaun KWSP dan ada sekurang-kurangnya RM1300.00 dalam Akaun 1 KWSP
  • Mempunyai akaun Tabung Haji
  • Berusia bawah 55 tahun
  • Pendaftaran haji kali pertama
  • Tidak muflis


Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji KWSP

  • Kad Pengenalan / MyKad.
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini.
  • Buku Akaun Simpanan Tabung Haji (Bagi pendaftaran di Bank Islam dan Bank Rakyat).
Pendaftaran haji secara online boleh dilakukan di Portal MyTaha mahupun melalui perkhidmatan Maybank2U.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center di talian 03 6207 1919 – THCC

Sumber : Lembaga Tabung Haji

Mac 25, 2014

Panduan Bayaran Caruman PruBSN via Maybank2U

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Payment Channels PruBSN

Berikut adalah panduan bayaran bulanan secara online sijil polisi Prudential BSN Takaful via Maybank2U.



  • Aksess ke Maybank2U
  • Click ke Tab Accounts & Banking
  • Click Bill Payment > Pilih Company (Insurance & Takaful) > Prudential BSN Takaful Bhd
  • Click Continue
  • Masukkan jumlah bayaran sumbangan bulanan anda.
  • Masukkan no sijil polisi (no yang sama di Kad Perubatan anda) Contoh : 9573xxxx
  • Click Continue dan ikut arahan paparan seterusnya. 
  • Tamat




Sekiranya anda menghadapi masalah, sila hubungi saya untuk bantuan lanjut di talian +6011-3292-8711

Atau, hubungi segera ejen anda dan pastikan bayaran menepati jadual untuk mengelakkan polisi lapse. 


Atau hubungi Khidmat Pelanggan PruBSN di talian 03 2053 7188. (9am - 4pm, Isnin - Jumaat)



Maklumat tambahan (Sept, 2014)



Berikut adalah senarai bank yang menerima pembayaran caruman Prudential BSN Takaful Berhad via Auto Billing Debit (Debit Card) dan Credit Card.

  1. Bank Islam
  2. Bank Rakyat
  3. Bank Simpanan Nasional - BSN
  4. CIMB Bank & CIMB Islamic (5196-03xx-xxxx-xxxx) & (5210-59xx-xxxx-xxxx)
  5. Citibank (4619-78xx-xxxx-xxxx) & (4377-98xx-xxxx-xxxx)
  6. Hong Leong Bank
  7. Maybank
  8. Public Bank
  9. RHB Bank
  10. Standard Charted Bank
Nota Penting :

! Pemohon perlu memastikan bahawa PruBSN diberitahu mengenai penukaran atau pembatalan yang dibuat oleh pemohon sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembayaran caruman yang seterusnya dilaksanakan.


Terima kasih


Khaidir Zakaria

Cyberjaya & Putrajaya