Mungkin ramai yang tak sedar kesan melewatkan pengagihan harta pusaka ini boleh membawa banyak kemudaratan daripada kesenangan.
Rata-rata respon dari org ramai semasa kami menjalankan direct-survey tentang kepentingan merancang dan mengurus agih harta pusaka adalah :
- Saya tiada harta
- Saya ... belum nak mati
- Dah ada Faraid tak perlu Wasiat-lahh
- Nanti dulu, bukan sekarang sebab saya belum bersedia lagi
- Saya dah bagi awal2 semua harta saya pada anak-anak
- Anak-anak saya semua dah besar, pandai-pandai-lah mereka cari harta sendiri
- Saya banyak hutang !
Diantara Kesan Melewatkan Pembahagian Harta Pusaka adalah :
- Hutang si mati tidak di jelaskan kerana tiada siapa yang tahu rekod hutang si mati.
- Waris menguasai harta si mati secara batil / haram kerana mengambil hak waris yang lain sesuka hati tanpa persetujuan semua waris yang berhak.
- Dokumen hilang, tiada maklumat yang sah dan jelas dan ini memboleh mendorong kepada keterangan palsu.
- Bilangan waris semakin bertambah, tiada sesiapa yang mengambil tanggung jawab menguruskan.
- Keluarga berpecah belah, mungkin bertambah teruk masing2 mengambil sikap lepas tangan.
- Akhirnya harta si mati tidak di uruskan, aset beku, pertukaran geran tanah bermasalah dan masalah lain timbul berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan