Memaparkan catatan dengan label Ejen Takaful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejen Takaful. Papar semua catatan

September 09, 2015

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi




Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  • Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  • Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  • Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber Rujukan

Ogos 12, 2015

Cabaran Sebagai Perunding Kewangan Islam

Dalam kehidupan seharian kita ada pelbagai cabaran, pengorbanan, masalah, kejayaan, suka-duka dan ia dalam pelbagai bentuk warna warni kehidupan.

Ini kisah tentang Cabaran sebagai Perunding Kewangan Islam.


challenge accepted



Begini-lah cerita aku.




  • Memaksa atau sesetengah orang mengelarkan 'product pushers salesman' itu bukan cara aku. Aku lebih suka berkongsi ilmu solusi dan pengalaman dengan prospeks/clients. Ya benar, ia sumber mata pencarian utama seperti aku yang bekerja sepenuh masa sebagai perunding kewangan. Dan aku memilih untuk tidak memaksa prospek untuk memilih solusi produk yang tidak sepatutnya.
  • Ada sesetengah prospek mengambil mudah tentang perkara ini - bertangguh. Barangkali ada silap pada aku yang tidak menyampaikan info dengan tepat dan jelas atau barangkali prospek memikirkan 'arggh biarlah dulu !'.
  • Tarikh mati kita itu tidak tercatat dalam kad pengenalan. Kematian itu pasti dan tidak awal atau lewat sesaat pun. Bidang kerja aku ini banyak melibatkan kisah hidup dan mati.
  • Perancangan itu penting. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.
  • Ustaz kata kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja. Berbuat baik-lah sesama insan. Jangan menyakitkan hati, dengki, berdendam, tidak jujur, tiada kasih sayang dan sebagainya sikap yang buruk patut di jauhi. Perunding Takaful juga seorang manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Aku usaha untuk sabar dan istiqomah dalam menjalankan tanggung-jawab, namun adakalanya gagal.
  • Dugaan berurusan dengan manusia itu hebat. Tidak seperti mana aku berurusan dengan komputer dulu sebagai jurutera komputer. Sabar itu sangat penting. Melawan hawa nafsu itu memerlukan keberanian dan ia benar sangat mencabar.
  • Kerana duit gelap mata. Kerana duit menjadi hamba. Kerana duit maruah tergadai. Kerana duit orang puja. Kerana duit orang sanjung. Kerana duit orang saling membenci. Kerana duit orang lupa segalanya. Kerana duit juga kita bahagia-merana.
  • Takaful itu sifatnya melindungi. Faraid itu sifatnya mengagih kepada waris yang berhak untuk kebaikan dan kesejahteraan dunia-akhirat. Kedua perkara ini memerlukan perancangan. Perancangan memerlukan ilmu yang betul pada tempatnya.
  • Apa jua kerjaya memerlukan kesabaran, ilmu, kesungguhan, pengorbanan, keberanian, perancangan, kegagalan, kejayaan dan mempercayai segalanya berlaku dengan izin Allah.


Catatan ini adalah pandangan-luahan hati peribadi, ia tidak semestinya betul untuk semua orang.

April 04, 2015

Seminar Hibah dan Takaful



Seminar Hibah & Takaful

Tentatif Program


08:30 - 09:30
Pendaftaran & Sarapan Pagi

09:30 - 12:00
Ceramah Utama oleh Yang Amat Arif Prof. Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar
"Perlaksanaan Hibah Dalam Takaful Menurut Syariah dan Perundangan di Malaysia"

12:00
Ucapan Penutup
En Abdul Aziz Peru Mohamed
Presiden as-Salihin Trustee Berhad

12:30
Bersurai

Di jemput hadir. Sila hubungi saya untuk urusan pertanyaan & pendaftaran.

+6011-3292 8711 

Tag: ‪#‎takaful‬ ‪#‎estateplanner‬ ‪#‎hibah‬ ‪#‎wakaf‬ ‪#‎pendidikan‬ ‪#‎education‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎cyberjaya‬ ‪#‎selangor‬ ‪#‎tabunghaji‬ ‪#‎wasiat

Oktober 31, 2014

Jangan Ambil Mudah Tentang Takaful

7 Perkara anda perlu ambil tahu tentang Takaful dan jangan ambil mudah.


  • Buatlah catatan tentang tarikh premium/caruman perlu dibayar. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tarikhnya, polisi Takaful hayat anda mungkin luput. Click URL ini untuk panduan bayaran caruman secara atas talian.
  • Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti pembayaran dan simpan bukti bayaran online anda di folder yang selamat.
  • Pastikan umur, nama penuh, alamat surat menyurat dan lain-lain maklumat penting anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat dan benar.
  • Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda berdasarkan keperluan dan keutamaan.
  • Simpan dokumen-dokumen polisi anda di tempat yang selamat termasuk resit bayaran original, laporan doktor, dsb.
  • Buat salinan maklumat asas seperti syarikat Takaful pengeluar polisi anda, jenis polisi, nombor polisi dan nama-nama waris anda di tempat lain.
  • Selalu rujuk ejen Takaful anda jika terdapat sebarang kemusykilan atau hubungi segera HQ operator Takaful untuk maklumat lanjut. 

Oktober 19, 2014

Panduan Mendaftar Peperiksaan Asas Takaful

Maklumat Penting Yang Bakal Ejen Takaful Perlu Tahu Tentang Perperiksaan Asas Takaful 


TBE adalah satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan bagi mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan Takaful di Malaysia.




TBE juga mampu menambahkan pengetahuan para ejen untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang adil dan berwibawa kepada para prospek mengikut keperluan prospek itu sendiri.

Peperiksaan Asas Takaful (TBE - Takaful Basic Examination) dijalankan sepenuhnya secara atas talian dan berasaskan komputer dengan pilihan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Jumlah markah lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE) ialah sekurang-kurangnya 55 markah.

Peperiksaan ini adalah kelayakan mandatori bagi meningkatkan dan menambah baik tahap kompetensi dan profesionalisme ejen-ejen Takaful di Malaysia.


Syarat-syarat layak menduduki Peperiksaan Asas Takaful (TBE)

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM/MCE atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Takaful Association (MTA)


Peperiksaan ini dijalankan secara atas talian di pusat-pusat peperiksaan yang telah ditetapkan dan mengandungi tiga (3)  bahagian iaitu:
  • Bahagian A: Asas Takaful dan Takaful Perubatan & Kesihatan - 13 Bab
  • Bahagian B: Takaful Am - 6 Bab
  • Bahagian C: Takaful Keluarga dan Pelan Takaful Berkaitan Pelaburan (ILTP) - 15 Bab


TBE-Peperiksaan-Asas-Takaful
Format Peperiksaan Asas Takaful


Sumber Bahan Rujukan 

Amalan Asas Takaful (Tahap Permulaan untuk Pengamal)
ISBN : 978-967-0149-24-0
639 muka surat/ RM56
Ahmad Mazlan Zulkifli
(Buku ini boleh dibeli di Perpustakaan & Bookshoppe IBFIM di Aras 5, Dataran Kewangan Darul Takaful, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur atau di mana-mana cawangan MPH, Kinokuniya, Perpustakaan Negara, MII dan kedai-kedai buku terpilih).

Nota e-Book PERCUMA dalam format .pdf untuk 
Bahagian A (99 pages , size 1,136KB)
Bahagian B (96 pages , size ) & 
Bahagian C (81 pages, size 625KB) 
boleh dapatkan daripada saya via email ke khaidir.zakaria@gmail.com

****

Sila baca terlebih dahulu dan rujuk URL ini, sebelum membuat sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, bayaran online,  lokasi peperiksaan, pembelian buku rujukan, syarat-syarat peraturan TBE, sijil, yuran dan proses aliran TBE. Atau, sila berhubung terus dengan menghubungi khidmat pelanggan IBFIM 03-2031 1010 

P.S : Saya sangat menggalakkan calon untuk membaca buku rujukan (Amalan Asas Takaful), bagi memahami konsep Takaful dan merujuk dengan mereka yang berpengalaman sebelum menghadiri peperiksaan TBE. Ini bagi memudahkan calon memahami serba sedikit dunia realiti industri Takaful. Diharap panduan ini memberikan sedikit sebanyak pengalaman yang baik kepada anda. Untuk komen penambahbaikan, saya alu-alukan cadangan daripada anda. Terima kasih. 

Jun 18, 2014

Proses Kemasukan dan Pelepasan di Hospital

Panduan Kemasukan dan Pelepasan di Hospital Mengunakan Kad Perubatan Takaful


Jika anda dimasukkan ke hospital untuk rawatan perubatan atau pembedahan dalam tempoh tiga bulan pertama perlindungan, anda perlu menyelesaikan bil hospital sepenuhnya. Anda boleh mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Syarikat (Takaful Operator) untuk pertimbangan pembayaran balik.

Walau bagaimanapun pengecualian diberikan kepada kemasukan yang disebabkan oleh kemalangan-kemalangan major.

Proses Kemasukan (pada waktu operasi jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam)


  • Sekiranya anda dimasukkan ke hospital, pegawai perubatan atau Pakar diperlukan untuk melengkapkan borang Laporan Perubatan Bahagian 1.
  • Sila tunjukkan kad perubatan anda semasa pendaftaran untuk proses pengesahan di kaunter kemasukan dan pelepasan ke hospital.
  • Pemilik sijil diperlukan untuk membaca dan menandatangi (sign) Deklarasi & Borang Kebenaran.
  • Hospital kemudiannya akan faks Laporan Perubatan Bahagian 1 bersama-sama dengan Borang Perisytiharaan & Kebenaran kepada Syarikat.
  • Syarikat akan mengeluarkan surat jaminan awal kepada hospital tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sijil takaful.


Nota : Hospital boleh mengumpul Lebihan Deposit untuk menampung perbelanjaan bukan perubatan dan caj ko-takaful semasa pendaftaran. Hospital juga boleh mengumpul Deposit Kemasukan jika surat jaminan awal (Gurantee Letter) dari Syarikat tertangguh.

Proses Pelepasan (pada waktu operasi jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam)


  • Apabila anda keluar dari hospital, doktor/pakar diperlukan untuk melengkapkan borang Laporan Perubatan Bahagian 2, dan jabatan bill akan menyediakan dan mengemukakan bil hospital akhir.
  • Hospital kemudian akan faks Laporan Perubatan Bahagian 2 dan bil terakhir kepada Syarikat.
  • Setelah diluluskan, Syarikat akan mengeluarkan surat jaminan akhir kepada hospital tertakluk kepada terma dan syarat-syarat sijil takaful.
  • Hospital akan menerima surat jaminan akhir dan pemilik sijil diperlukan untuk mengesahkan dan menandatangi bil akhir.


Nota : Hospital mungkin membayar balik deposit atau mana-mana baki mengikut budi bicara. Hospital boleh mengambil perbelanjaan bukan perubatan dan caj ko-takaful semasa perlepasan berdasarkan terma dan syarat-syarat perakuan.

Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai perkara di atas, sila hubungi Khidmat Pelanggan Operator Takaful Anda. 

Dapatkan maklumat terkini dari masa ke semasa. Proses diatas mungkin terdapat perubahan bagi setiap operator Takaful seperti Takaful Ikhlas Berhad, PruBSN dan lain-lain.

(Ini adalah sebahagian maklumat yang perlu anda (peserta takaful) ketahui, senantiasa bertanya dan memaklumkan segera kepada ejen takaful yang anda lantik sekiranya menghadapi sebarang masalah kemasukan/pelepasan di hospital) 

Terima kasih

Jun 05, 2014

Bagaimana saya membantu prospek memilih pelan ‪Takaful‬ Keluarga ?

Mula-mula saya perlu kenal pasti gaya hidup prospek.

Kemudian, saya akan tanya beberapa soalan berkaitan ‪pengurusan‬ kewangan semasa prospek.

Saya kenal pasti masalah yang di hadapi.
Saya kenal pasti impian dan harapan prospek.

Saya analisis maklumat yang di terima.

Kemudian, dari hasil maklumat tersebut saya berikan tiga (3) cadangan untuk prospek fikirkan, cadangan berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saya pelajari dari 'real experiences' clients saya yang lain.

Dari hasil persetujuan dan persefahaman cadangan tersebut, baru lah kita dapat tentukan berapa bayaran sumbangan bulanan/tahunan yang perlu prospek sumbang berserta faedah yang bakal prospek terima kelak.


Moral of the story :


Setelah ejen takaful menerangkan cadangan yang bertepatan dengan keperluan prospek dan prospek juga perlu jelas dan faham terlebih dahulu kenapa, apa, berapa, bagaimana dan mengapa beliau perlukan pelan perlindungan takaful keluarga (atau perniagaan) bagi membantu beliau dan ahli keluarga dari sudut simpanan, tanggungan kos rawatan, persaraan, simpanan pendidikan, wasiat, dan sebagainya.

Jangan main sign dan angguk kepala sahaja ya !

Harus di ingat, takaful (ILP) bukan-lah pelan 'pure ‪investment'. Dan, pastikan anda juga faham perbezaan 'Caruman' dan 'Simpanan'.

Mei 02, 2014

3 Perkara Membatalkan Sijil Takaful

Teks : Khaidir Zakaria
Rujukan : Dokumen Sijil


Pix credit to actioncoach.com

3 Perkara Membatalkan Sijil Takaful 


Pagi ini aku nak share tip diantara perkara penting asas yang perlu kita ambil tahu tentang pengecualian-pengecualian utama yang tertera dalam polisi.

Aku suka ingatkan kepada semua prospeks dan clients aku tentang kepentingan adanya pelan takaful ini, so, mereka juga perlu tahu hak dan tanggung jawab masing-masing, dalam kes ini tangung jawab aku sebagai perunding kewangan islam dan mereka sebagai client.

Lumrah kehidupan ada rukunnya atau ada adabnya - peraturan. 

Aku akan senaraikan point-point penting untuk you all baca dan fahamkan.

1. Kematian

Jika kematian adalah disebabkan oleh bunuh diri di dalam tempoh setahun daripada tarikh yang dinyatakan di dalam Lampiran 200, tiada Manfaat Kematian akan dibayar. Sebaliknya, hanya nilai Unit-unit yang terdapat pada IUA/PUA akan dibayar*.


Pernah berlaku satu kes di mana laporan polis menyatakan mangsa diklafikasikan membunuh diri, itupun setelah membuat rayuan dan penjelasan lanjut dengan pihak pengendali Takaful/Insuran. Aku sangat bersimpati terhadap client tersebut yang juga merupakan ibu tunggal. 

2. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)


Tiada perlindungan takaful akan dibayar jika hilang upaya secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh :


  • Percubaan membunuh diri atau percubaan mencederakan diri sama ada secara waras atau tidak waras.
  • Mengambil bahagian di dalam penerbangan (termasuk pernerjunan payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi di dalam laluan yang berjadual.
3. Penyakit Kritikal

Tiada manfaat akan dibayar :
  • Jika anda diagnoskan menghidapi penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS atau sebarang jangkitan HIV. Pengecualiannya adalah jika AIDS adalah pada peringkat akhir atau disebabkan oleh pemindahan darah. 
  • Bagi semua penyakit kritikal yang tersenarai dalam Lampiran 200, ia adalah sebelum atau di dalam Tempoh Menunggu 30 hari daripada tarikh yang dinyatakan di dalam Lampiran 200. 
  • Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit kritikal sebelum atau di dalam Tempoh Menunggu 60 hari daripada tarikh yang dinyatakan di dalam Lampiran 200 untuk serangan jantung, penyakit arteri koronari atau penyakit kanser.
So, ingat rules of the game ini, baca dan fahamkan setiap kandungan yang ada di dalam polisi, agar kita tidak menyesal kemudian hari kerana disebabkan sikap sambil lewa. Kalau ada yang tidak jelas, jangan segan bertanya

Ada lagi point-point penting yang akan aku share pada artikel yang akan datang. Sebarang komen dan kritikan membina atau pertanyaan berkaitan pelan Takaful sila hubungi aku di talian 011-3292 8711.

Februari 12, 2014

SWSWSW… Next!

Some Will, Some Wont, So What ? Next-lah!


Ini perkara simple yang boleh kita praktik bila rasa2 nak give up. Jangan disebabkan nyamuk seekor, habis kelambu ko bakar.

Bila berhadapan dengan mereka yang selalu memberi kritikan, rejections, jangan-lah mudah kita mengalah. Aku juga selalu mengalami perkara sebegini. Untuk counter perasaan tu, just katakan pada diri sendiri dengan perkataan diatas, SWSWSW, Next!

Lepas tu, diam dan dengar apa yang prospek tu kata, collect setiap point yang dia 'tembak' sambil tu cepat2 analis, bak kata ex-bos aku dulu, prepare your bullet baik2 untuk balas point2 yang prospek lontar. Kalau ada point yang tak jelas, jawab dengan baik kau reffer pada mereka yang senior untuk dapatkan jawapan yang tepat, bukan main tarammmm jer. Fact is fact, jangan auta! Kau boleh guna teknik SWOT ni juga untuk handle objections.

Ia akan meringgankan sikit beban stress dalam hati. Senyum dah teruskan langkah seterusnya.

Ejen Etiqa, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas Berhad, PruBSN Takaful, AIA dan mana2 ejen Takaful pastinya merasai perkara ini, begitu juga dengan semua ahli perniagaan. Kehidupan kita dikelilingi dengan pelbagai ragam dan karenah. So, hadap jer dengan rileks.

Siang tadi di library sempat beborak dengan gadis cantik. Okay-lah, rasa cool lah juga, ahha! :D

Nanti kita sambung borak lagi. Aku ada beberapa buku nak baca dan prepare ILP Plan Illustration Takaful untuk prospek. 

Good night!

Januari 17, 2014

Laman Facebook Khaidir Zakaria

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,


(Makluman)


Saya juga aktif mengemaskini info berkaitan Perancangan Harta Pusaka Islam di media sosial seperti Facebook Page. Kepada anda yang aktif di Facebook, jemput lawat, share knowledge dan click  Facebook Page Khaidir Zakaria

Terima kasih

Facebook Page Official Khaidir Zakaria
Facebook Khaidir Zakaria