April 03, 2015

AIFiWM

Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM)



Barisan Ahli Jawatan Kuasa 2015 - 2017 AIFiWM

April 01, 2015

Harta Sepencarian

5 Perkara Penting Tentang Harta Sepencarian



Harta Sepencarian

  • Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkhawinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut.
  • Penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan di selesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum pembahagian baki harta dibuat mengikut hukum Faraid.
  • Bukan semua harta yang di perolehi semasa ikatan perkhawinan boleh di klasifikasikan sebagai harta sepencarian. Oleh itu, harta yang di perolehi oleh pasangan melalui pusaka atau hibah adalah BUKAN harta "perolehan bersama" dan tidak boleh di klasfikasikan sebagai harta sepencarian.
  • Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai Harta Sepencarian. Wang KWSP tersebut adalah sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum Faraid. Penama di KWSP hanya bertindak sebagai pemegang Amanah dan ia perlu di agihkan mengikut hukum Faraid. 
  • Deklarasi Harta Sepencarian ini dibuat dengan persetujuan bersama Suami, Isteri dan Isteri-Isteri. 

Dokumen yang diperlukan untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian adalah:

  • Salinan I/C Suami Isteri
  • Salinan Sales and Purchase Agreement 
  • Salinan Sijil Nikah
Sila kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan yang anda sayang dan hubungi kami melalui email atau call 011-3292 8711 untuk bantuan maklumat tambahan. 

Perancangan Harta Pusaka Islam

Berikut Adalah Keperluan & Kelebihan Perancangan Harta Pusaka Islam





  • Pasangan yang mempunyai ANAK PEREMPUAN sahaja, adik-beradik suami / isteri dapat mewarisi harta mengikut HUKUM FARAID.
  • Lelaki yang BERPOLIGAMI, sangat digalakkan dan sebaik-baiknya membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN / Perjanjian Aset Perolehan Bersama
  • Mu'alaf boleh memberi 1/3 bahagian harta kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
  • Pasangan yang tiada ANAK, baki harta diwarisi adik-beradik suami / isteri mengikut HUKUM FARAID. Sekiranya ada anak angkat, apakah cara yang terbaik untuk mengagihkan harta ?
  • Mempunyai anak angkat / anak tiri / cucu, tanpa Wasiat mereka TIADA hak dalam FARAID.
  • Pemberian HIBAH semasa hidup tidak termasuk di dalam bahagian pusaka dan tidak tertakluk kepada HUKUM FARAID.
  • Lantik Wasi / Pentadbir Harta Pusaka anda hari ini untuk kemudahan esok hari.
  • Dokumen wasiat yang terakhir adalah yang terpakai - valid dan berkuatkuasa setelah kematian si pewasiat. Dokumen tersebut akan mewakili si pewasiat mengurus agih harta pusaka kepada ahli waris secara legal. 

Kami mengalu-alukan pertanyaan dan sedia membantu meringankan beban atau kemusykilan yang anda hadapi. 

Kongsikan ilmu ini dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan. 

Dapatkan khidmat nasihat perancang harta pusaka Islam berdekatan anda atau hubungi kami untuk temujanji & maklumat lanjut hari ini.

Ambil peluang ini dengan bertanya - Biar tahu jangan keliru, usah bertangguh ! 

Terima kasih :)

Khaidir Zakaria
Islamic Estate Planner
PUTRAJAYA

Proses Pencairan Harta Pusaka




Mac 30, 2015

Retirement Planning

Key Objectives of Retirement Planning



1. To ensure financial surplus at all times.

2. To ensure that the immediate family's basic financial needs are fulfilled.

3. To ensure that the personal financial needs are fulfilled.

Februari 26, 2015

MK Land Holdings Berhad

Bersama Tan Sri Datuk (Dr) Haji Mustapha Kamal bin Haji Abu Bakar di Institut Jantung Negara Hospital, Kuala Lumpur.








Februari 13, 2015

'Awak Kat Mana' Khaidir Zakaria ?

Bismillah

Alhamdulillah. Tahun ini sibuk UnLearn, ReLearn & Focus dan sedang menyambung pengajian Islamic Financial Planning di Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan penghijrahan kareer.

Insha Allah akan di kongsikan serba sedikit pengalaman tentang dunia industri Takaful terutamanya bersama anda bila ada kesempatan untuk berceloteh di weblog ini.

'Awak kat mana' ?  Saya masih di sini terus maju kehadapan.

Saya juga aktif di media sosial


Telegram.me/KhaidirZakaria ,
Twitter @KhaidirStudios ,
Google plus Khaidir Zakaria   

Khaidir Zakaria, Cyberjaya

Bersama Raja Ahmad Khiruddin di GTower Hotel KL