Memaparkan catatan dengan label Perlindungan Risiko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlindungan Risiko. Papar semua catatan

Oktober 15, 2014

Kajian Kes Takaful



Bagaimana dan apakah faktor asas yang di ambil kira dalam memohon sesebuah pelan perlindungan Takaful?

Contoh Kajian Kes

Kemukakan maklumat pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, hutang, asset, dll seperti berikut

!Awas, hutang itu double edge sword.

Azmin Ali bin Abdullah
31 tahun
Lelaki
Single
Jurutera Komputer
Multi National Company di Cyberjaya
RM3,700/sebulan @ RM44,400/setahun (Pendapatan)

Merokok (RM96/sebulan 8 kotak Dunhill)
Sewa-Beli Kereta Satria Neo (RM500/sebulan)
Sewa Bilik (RM350/sebulan)
Makan & Minum (RM600/sebulan, anggaran RM20/sehari)
Petrol (RM184/sebulan = 80L , jarak perjalanan dari rumah ke office adalah 15km)
Tol & Parking (RM100/sebulan dalam Touch N Go)
Credit Card (RM200/sebulan)
Astro (RM110/sebulan)
Pospaid Phone (RM100)
Hiburan & Rekreasi (RM300/sebulan)

Simpanan Tabung Haji (RM200/sebulan)
Zakat Pendapatan (RM95/sebulan)

Jumlah perbelanjaan Azmin Ali sebulan adalah RM 2,835 = RM 34,020/setahun ( - RM 3,700)
baki RM 865

Net Cash Flow = Total Inflows - Total Outflows

Kiraan kelayakan basic sum covered.

(Berdasarkan Multiple of Earned Income Factor = Death Cover 15-30x, Crictical Illness 7-10x)

(Pendapatan sebulan x 12 bulan x 9 tahun)
(RM3,700 x12 x 9 = RM 399,600)

Cadangan jumlah perlindungan asas yang perlu ada seperti di bawah.

Berapa yang perlu Azmin Ali carum sebulan untuk dapatkan 
Basic sum covered RM 400,000
Critical Illness benefit RM 400,000
Dan, RM 100,000/setahun Full Coverage Kad Perubatan?

= RM600/sebulan caruman takaful (ver2.4.0.9)

Baki perbelanjaan tolak caruman perlindungan takaful

RM 865 – RM600
=  RM 265

Baki RM265 ini dicadangkan di simpan-labur di Tabung Haji, PRS (Private Retirement Scheme) atau ASB.

*Kiraan ini tidak termasuk pendapatan pasif dan cukai. 

Oktober 04, 2014

PruBSN UmmahLink

Pelancaran produk baru pelan berkaitan pelaburan PruBSN UmmahLink pada 5 Oktober 2014


Pelan ini akan menggantikan pelan tradisional yang sedia ada, PruBSN Ummah.






PruBSN UmmahLink ialah sebuah pelan berkaitan pelaburan unik yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan perlindungan, tujuan simpanan selamat dan peluang untuk meningkatkan simpanan melaluli dana-dana berkaitan pelaburan. Produk ini direka khas untuk disesuaikan dengan gaya hidup pelanggan moden.


Manfaat CashBuilder, sebagai sebahagian daripada PruBSN UmmahLink, turut menyediakan :

  • Perlindungan hayat apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Perlindungan hayat berganda untuk Kematian atau TPD semasa menunaikan Haji atau Umrah (perjalanan tanpa had) – untuk orang Islam sahaja.
  • Badal Hajj sebanyak RM 3,000 (ini akan dibayar bagi orang bukan Islam sebagai tambahan kepada manfaat kematian biasa)
  • Khairat Kematian sebanyak RM 2,000
  • Bayaran Tunai setiap 2 tahun melalui CashBuilder
  • Cabutan SSP BSN bulanan (sila rujuk laman web BSN untuk maklumat lanjut mengenai hadiah yang ditawarkan)
  • Jumlah perlindungan yang minimum bagi PruBSN UmmahLink ialah RM 25,000.
  • Umur minimum untuk PruBSN UmmahLink ialah 19 tahun umur hari jadi akan datang (a.n.b.) sementara umur maksimum ialah 70 a.n.b.
  • Tempoh manfaat untuk PruBSN UmmahLink adalah sehingga 80 a.n.b
  • Sumbangan minimum untuk PruBSN UmmahLink ialah RM150 sebulan (termasuk sumbangan CashBuilder).
  • Sumbangan dan Tabarru’ yang dikenakan adalah tidak dijamin dan boleh diubah dari masa ke semasa.  Notis bertulis terlebih dahulu akan diberikan kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.
  • Bayaran Tunai tetap setiap 2 tahun
  • Pemindahan secara automatik ke Tabung Haji atau akaun bank peribadi anda
  • Simpanan berkala dan potensi untuk mendapatkan pulangan pelaburan melalui dana-dana berkaitan pelaburan.
Untuk pertama kalinya di pasaran, pelan ini memperkenalkan ciri yang sangat unik yang memberi hak kepada pelanggan yang menyimpan di dalam pelan ini untuk layak di dalam cabutan bertuah bulanan melalui Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (SSP).



Untuk penerangan lanjut dan temujanji, sila hubungi kami di talian +6011-3292 8711


Terima kasih

September 09, 2014

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara




Ingatlah Kamu 5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Ingatlah Kamu 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

5 Perkara Sebelum 5 Perkara


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

  • Masa sihat sebelum sakit.
  • Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
  • Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
  • Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
  • Masa hidup sebelum tiba masa mati.


Dalam urusan memohon pelan perlindungan Takaful, faktor kesihatan dan usia adalah perkara utama yang diambil kira. Selain itu, faktor risiko gaya hidup, jantina, pekerjaan & perniagaan. 

Oleh itu, rebutlah peluang seperti mana 5 perkara sebelum 5 perkara dalam menguruskan pelan kewangan kita.

Sekiranya anda seorang usahawan, ahli perniagaan atau individu yang sdang memikirkan dan mengambil berat tentang hal urusan pelan perlindungan risiko kewangan dan mahukan maklumat tambahan, hubungi saya hari ini untuk bantuan lanjut.

Insya Allah, saya akan usaha memberikan beberapa penyelesaian perlindungan risiko perniagaan dan individu berdasarkan keperluan anda.

Terima kasih

Khaidir Zakaria , Putrajaya