Langkah 1
- Memastikan pewasiat adalah beragama Islam.
- Mengenali status pewasiat sama ada berkeluarga/bujang/janda/duda/monogami/poligami/anak angkat/anak OKU atau mualaf.
- Mendapatkan maklumat lengkap butiran peribadi pewasiat.
- Melantik Pentadbir / Wasi.
Langkah 2
- Melantik penjaga (jika ada anak kandung minor di bawah umur 18 tahun).
- Hanya perlu diisi oleh pewasiat lelaki.
Langkah 2A
Mendapatkan persetujuan pewasiat untuk membuat Deklarasi Harta Sepencarian / Perjanjian Aset Perolehan Bersama bagi suami-isteri (monogami & poligami) yang menyumbang usaha, idea, tenaga dan duit dalam pengumpulan harta bersama di sepanjang perkawinan yang sah.Langkah 3
- Menyenaraikan semua ahli waris faraid pewasiat (suami/isteri/anak/adik-beradik termasuk ibu bapa, jika ada).
- Mendapatkan nama penuh ahli waris mengikut kad pengenalan beserta no talian telefon semasa untuk dihubungi.
Langkah 4
- Menyenaraikan keterangan aset, benefisiari dan bahagian % pengagihan harta alih dan harta tak alih.
- Menyenaraikan keterangan semasa HUTANG / LIABILITI seperti Personal Loan, PTPTN, Home Loan, Credit Card Loan, pinjaman perniagaan dan lain-lain.
- Mengenal pasti cara pengagihan harta si pewasiat sama ada mengikut cara sama rata, faraid atau muafakat.
- Menamakan ahli bukan waris dengan 1/3 bahagian, jika ada.
- Bagi rumah kediaman dan harta-harta komersial, nyatakan alamat dan nombor hak milik.
- Bagi tanah nyatakan nombor hak milik tanah dan lokasi.
- Bagi akaun bank - nyatakan cawangan bank dan no. akaun jenis akaun dan tidak perlu nyatakan nilai dalam akaun.
- Nyatakan no polisi Takaful Keluarga.
- Nyatakan no rujukan ASB, KWSP, Tabung Haji, Saham, no. ahli koperasi, Safe Deposit Box, dan lain-lain.
Langkah 5
- Mendapatkan kebenaran pewasiat untuk kuasa tambahan Wasi untuk membayarkan zakat, kaffarat, haji dan fidyah puasa.
- Menyediakan surat pesanan terakhir si pewasiat kepada waris.
- Memaklumkan kepada pewasiat bahawa kesemua waris fardu akan menerima lebihan / baki / semua harta dalam jumlah yang sama -- tertakluk kepada persetujuan semua ahli waris selepas kematian si pewasiat.
Langkah 6
- Menentukan dan menyenaraikan aset khas untuk melangsaikan hutang si pewasiat. (Contoh: Gunakan duit dari pampasan Takaful Hayat atau jual rumah di Bangsar untuk langsaikan hutang XYZ).
Rumusan : Isi Kandungan Dokumen Wasiat Akhir as-Salihin Trustee Berhad
- Perlantikan Pelaksana Wasiat iaitu Wasi
- Perlantikan Penjaga Harta bagi anak dibawah umur
- Klausa penyelesaian hutang dan perbelanjaan si pewasiat
- Klausa pemberian harta pusaka
- Perbentukan Amanah dalam wasiat
- Klausa baki Harta yang tidak di isytihar
- Arahan-arahan tambahan
- Pesanan terakhir si pewasiat
Supporting document yang diperlukan:
- Salinan I/C / Kad Pengenalan (Original Sighted)
- Salinan Sijil Nikah ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
- Salinan Sales and Purchase Agreement ** (Untuk urusan Perjanjian Aset Perolehan Bersama)
- Deposit / Commitment Fees untuk memulakan kerja deraf dokumen Wasiat.
Semoga panduan menyediakan Wasiat ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Untuk pertanyaan dan urusan perdaftaran ;
Sila hubungi En Khaidir Zakaria di talian 011-3292 8711 untuk urusan temu janji dan maklumat lanjut. Atau, sila booking temu janji secara atas talian di sini, klik >> Daftar Temu janji <<
Wallahu a'lam
Wallahu a'lam
2 ulasan:
Alhamdulillah tuan, sgt bagus dan lebih profesional, perancangan yg menyeluruh, Terbaikkk
Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Mohamad Abdul Aziz. Moga ia memberi bermanfaat.
Catat Ulasan